“Macam saya kata, saya tak nak duit dia. Duit dia tak ada nilai pada saya. Yang paling bernilai adalah keikhlasan hati,” katanya.
Mengulas lanjut, pelakon filem Telaga Suriram ini juga menegaskan, pintu kemaafan masih terbuka buat pempengaruh itu.
“Apabila kita bersalah, berdosa, menzalimi seseorang kenalah minta pada hamba Allah itu dengan ikhlas dan tulus mengatakan minta maaf. Itu nilai kemaafan pada saya. Bila kita mati tak adalah kena merangkak dekat padang masyar.
“Selagi saya bernyawa datanglah minta maaf. Tetapi ada tempoh hadnya. Akan ada satu masa pintu kemaafan ditutuplah.
“Sebab bagi saya duit dia memang tak ada nilai. Saya tak nak duit dia. Money is not everything but, money is so everything bila kita ikhlas dalam pekerjaan kita dan dalam persahabatan dan perhubungan dan persaudaraan,” jelasnya.
Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My