CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buli: Pelajar dakwa dipaksa menari 'wadidaw', dicekik kerana rambut panjang

15-4-2025 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1238| Komen: 16|Original author: tatod

[attach]2818626[/attach]


BERA – Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah berasrama di daerah ini mendakwa menjadi mangsa buli apabila dipaksa menari tarian tular ‘wadidaw’ dan dicekik hanya kerana berambut panjang.



Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa mangsa pada 13 April lalu.


Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku semasa pelajar tingkatan satu hingga tiga dipanggil menghadiri sesi ‘roll call’ atas arahan warden bagi tujuan pemeriksaan bilik oleh Persatuan Jabatan Penguasa Asrama (JPA).


“Bagaimanapun, siasatan awal mendapati lima pelajar telah mengambil alih sesi ‘roll call’ tersebut dan bertindak membuli mangsa dengan memaksanya menari ‘wadidaw’.



“Mangsa juga mendakwa telah dicekik oleh salah seorang pelajar terlibat kerana berambut panjang,” katanya.


Zulkiflee berkata, permohonan untuk menjalankan siasatan telah dibuat pegawai penyiasat di Pejabat Pendakwa Raya.


"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.



Tambah beliau, pihak polis memandang serius kejadian buli di sekolah, terutamanya melibatkan sekolah berasrama penuh dan akan terus bekerjasama rapat dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bera bagi membanteras gejala buli dalam kalangan pelajar. - Sinar Harian



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 14-4-2025 09:19 PM
Sekolah mana la ni.
Kalau pun rambut dia panjang, bg la arahan untuk
gunting rambut hujung minggu masa outing ka.
Pulang wajib ka.
Semua benda nak handle dgn cara kekerasan
Quote isseliparjepun 14-4-2025 10:02 PM
Harap Pengetua dan PPD dan JPN bekerjasama untuk banteras. Bukannya swept under the carpet saja.
Quote B40tastePosh 14-4-2025 11:32 PM
Awadidaw, awadidaw, hobah hobah awe awe
Quote L.U.S.M 15-4-2025 03:18 PM
Tarian wadiwaw tu cmneee
Quote acikonion 15-4-2025 11:14 PM
L.U.S.M replied at 15-4-2025 03:18 PM
Tarian wadiwaw tu cmneee

Tarian dr konoha nk dpt kn gift kt TT. Cer search kt TT. Confirm berderet keluar
Quote acikonion 15-4-2025 11:16 PM
Random btl suruh menari tarian wadidaw. Cubit kang yg membuli tu.
Quote zorrro_03 16-4-2025 09:23 AM
lembik laaaa sekor2.  
Quote gideoncross 17-4-2025 01:15 AM
acikonion replied at 15-4-2025 11:14 PM
Tarian dr konoha nk dpt kn gift kt TT. Cer search kt TT. Confirm berderet keluar

Klau iol on Tik Tok tngh2 mlm, msti ada Live dorg dancing tarian ni
Quote gideoncross 17-4-2025 01:15 AM
L.U.S.M replied at 15-4-2025 03:18 PM
Tarian wadiwaw tu cmneee

Sjenis tarian ntah apa2 ntah kat Tik Tok, sllunya ummah Yindon yg buat time Live
Quote shernazz 17-4-2025 07:45 AM
Muka polis tu mcm.kazarudin
Quote Decaffeinated 17-4-2025 08:02 AM
Tepek tarian tu boleh? Aku xde tiktok, boikot.

Quote Decaffeinated 17-4-2025 08:11 AM
akies replied at 14-4-2025 09:19 PM
Sekolah mana la ni.
Kalau pun rambut dia panjang, bg la arahan untuk
gunting rambut hujung minggu ma ...


Potongkan aja macam kena gigit tikus sampai tak boleh repair.
Quote acikonion 17-4-2025 08:52 AM
Edited by acikonion at 17-4-2025 08:53 AM
Decaffeinated replied at 17-4-2025 08:02 AM
Tepek tarian tu boleh? Aku xde tiktok, boikot.

Wadidaw... Wadidaw
[tiktok]7446842650302434577[/tiktok]
Quote acikonion 17-4-2025 08:53 AM
Acik la... Dh tua. X reti nk tepek video tu
Quote acikonion 17-4-2025 08:55 AM
gideoncross replied at 17-4-2025 01:15 AM
Klau iol on Tik Tok tngh2 mlm, msti ada Live dorg dancing tarian ni

Entah bape la hasil kutipan gift tiap malam tu dorg berwadidaw
Quote Decaffeinated 17-4-2025 12:56 PM

La... camtu ja bully? Lemah!

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-4-2025 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.067326 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top