CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembantu kedai makan di Kelantan rogol budak 12 tahun

15-4-2025 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 986| Komen: 7|Original author: Raline

km.PNG


KOTA BHARU – Seorang pembantu kedai makan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun di sebuah rumah di Kampung Pintu Geng dekat sini pada Disember lalu.

Tertuduh, Nuh Che Hamzah, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tiga bulan semasa kejadian di sebuah rumah di Kampung Pintu Geng di sini kira-kira pukul 9.30 malam pada 8 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Mohd. Nashriq Nik Mohd. Nazman.

Terdahulu, Ahmad Faiz tidak mencadangkan sebarang jaminan memandangkan kes tersebut serius dan melibatkan mangsa yang merupakan kanak-kanak.

Nik Mohd. Nashriq dalam rayuannya memohon satu ikat jamin dengan jumlah yang tidak melebihi RM10,000 dengan alasan tertuduh hanya bekerja sebagai seorang pembantu kedai makan dan perlu menjaga ibu yang terlantar akibat strok.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 15 Mei depan untuk sebutan semula kes. Tertuduh membayar ikat jamin yang ditetapkan mahkamah.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 15-4-2025 01:55 PM
Mak terlantar tu just alasan dia je. Orang kalau letak mak bapak dalam otak, dia xkan buat benda yang memalukan mak bapak. Jantan macam ni elok mampos kena liwat je la
Quote tokchik 15-4-2025 04:00 PM
BUKAN SUKA SAMA SUKA KE?

TETAPI SEBAB BUDAK TU BAWAH UMUR CHARGE ROGOL
Quote PULANGKAN 15-4-2025 06:46 PM
tokchik replied at 15-4-2025 04:00 PM
BUKAN SUKA SAMA SUKA KE?

TETAPI SEBAB BUDAK TU BAWAH UMUR CHARGE ROGOL

kalau betul suka sama suka, budak perempuan tu pun patut kena gak, walaupun bawah umo
gatai sangat. kalau rotan dan getah paip tak jalan, mungkin kita patut pertimbangkan, cili giling
Quote aciksenah 16-4-2025 02:37 PM
tokchik replied at 15-4-2025 04:00 PM
BUKAN SUKA SAMA SUKA KE?

TETAPI SEBAB BUDAK TU BAWAH UMUR CHARGE ROGOL

Kalau budak bawah umur sah2 la kena grooming. Mentang2 budak bawah umur senang kena gula2..nak ambik kesempatan pulak ye. Jangan jadi enebler ye perbuatan jijik dan terkutuk mcm ni.

Quote black_handbag 16-4-2025 03:16 PM
budak2 skrg 12 tahun pun dah macam remaja sekolah menengah. ni cinta suka sama suka ke? kenal kat hp eh? budak 12 tahun pun ko lalu ye dah macam adik2 tu
Quote hiswife 16-4-2025 03:24 PM
Kalau suka sama suka pun sebagai orang dewasa u should know better
Quote B40tastePosh 17-4-2025 08:23 AM
Asyik asyik Kelantan...yang pelik pelik Kelantan...dah macam Konoha.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-4-2025 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.031461 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top