CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Nak letak nama anak ala mat salih, laki bini muka Melayu Jawa

15-4-2025 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 838| Komen: 17|Original author: Raline

mj.PNG


Memang benar pemilihan nama bayi merupakan satu perkara yang sangat penting kerana ia bukan sahaja kekal menjadi identiti seumur hidup.

Bagi umat Islam, pemilihan nama bayi sering dikaitkan dengan keindahan maknanya dengan harapan anak membesar dengan baik seiring namanya.

Bagaimanapun, peredaran masa menyaksikan pemilihan nama bayi berubah mengikut trend yang mana ada pasangan suami isteri mahukan nama lebih moden.

Dalam sesetengah kes, situasi ini boleh mencetuskan pertikaian sesama ahli keluarga sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang individu di laman sosial.

Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti itu, kakaknya yang baru menimang cahaya mata perempuan berhasrat menamakan bayinya dengan nama moden dan kedengaran ala mat salih.

"Kakak aku nak namakan anak dia Lily Grace. Mak bapa aku pertikaikan, tak ada ke nama Melayu yang elok maknanya?

"Dia (kakak) kata dah berkenan nama mat salih. Tapi laki bini muka keturunan Melayu Jawa," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Sekadar berkongsi cerita untuk bertanyakan pandangan ramai, hantaran individu berkenaan bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

Sebahagian daripada mereka bersetuju dengan pendapat ibu bapa individu tersebut agar bayi berkenaan diberi 'nama Melayu', antaranya untuk mengekalkan identiti dan mempunyai makna yang indah.

"20 tahun lagi, hilang identiti Melayu kita.

"Ni mesti ingat anak nama English boleh nampak macam educated dan high class  .

"Kena buli dekat sekolah, depress... Mak bapa punca," antara komen netizen.

Namun sebahagian yang lain pula berpandangan nama berkenaan tidak janggal dan turut mempunyai makna yang baik meskipun sinonim dengan mat salih.

"Okay je, cantik nama tu. Dua perkataan, empat suku kata. Tak susah nak sebut nama penuh dalam senafas. Anak dia, biarlah nak letak nama apa pun.

"Dia yang beranak, suka hati dialah nak bubuh nama anak dia apa as long as baik je," demikian komen netizen yang lebih bersifat terbuka.

Sebagai maklumat tambahan, memetik portal Mufti Wilayah Persekutuan, seseorang anak perlu diberikan nama yang baik dan tiada sebarang unsur syirik, serta berbeza daripada nama yang bukan Islam.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 15-4-2025 03:24 PM
Lily grace Binti Wak Suparjo..kehkeh
Quote PULANGKAN 15-4-2025 06:42 PM
ok ja Iols rasa

I mean, tengok ler list nama budak sekolah sekarang. dah jadi common name ja
Helena? Camelia? Rosy? Izzy? Melur? habis la semua nama munge-munge join sekali. dan ni semua nama tengah tau. at least nama budak sekarang ada 2-3 patah perkataan baru la jumpa bin, binti

jenuh la diknon time periksa. orang lain dah mula jawab soalan, ko masih mengisi ruangan nama

mari kita tanya cikgu-cikgu dan pekerja hospital yang handle budak2 baru sekarang. aneh ke idok nama diorang

tu tak campur lagi yang jenis mixed. cikgu nak sebut pun kena bukak google translate dulu, nak dengar bunyi camane. nak sebut pun payah
Quote doubleA 15-4-2025 08:55 PM
Ok je lily tu, satu nama lagi buh la bunyi meleis on paper jah. Ko nak panggil, panggil jela lily grace. Kang kalau muka tak seiring nama kesian pulak budak kena perli kt sekolah
Quote misszazaz 16-4-2025 09:06 AM
hahhaaaaa...lawak tang muka jawa
Quote yusryimran 16-4-2025 09:16 AM
L.U.S.M replied at 15-4-2025 03:24 PM
Lily grace Binti Wak Suparjo..kehkeh

wei tersedak aku baca
Quote lightheaded67 16-4-2025 09:46 AM
halah, org puteh pon bukan smua nya ropa helok. biase je ni,ni adelah kesan globalisation?? ke salah? entahle. asalkan maksod nama elok udahle. nama huduh2 lagi naya anak
Quote A-Are 16-4-2025 10:47 AM
suka hatilah dorang nak letak nama anak pon...xpayah nak lekeh lekehkan nama anak orang..mungkin mak bapak dia suka sgt nama tu..sama macam mak bapak nak dipanggil mommy daddy even muka jawa ke casablanca ke..suka hatilah..Remember, we listen but we dont judge .. tiberr
Quote Samerosie 16-4-2025 10:59 AM
OK je tapi jangan pelik2 nok, nanti budak2 even cikgu yg BI pun aras paras idung sebut nama anak hang Gra-chie.  Sbb nama anak iols ada surname tapi cikgu sebut bunyi dah macam nama jawa.
Quote nuryakmal 16-4-2025 11:00 AM
tapi i suka je nama macam faith soraya tu.

looks so demure
Quote matseh 16-4-2025 11:13 AM
Stephanie, anak ayah..
Quote chikumanis 16-4-2025 02:10 PM
tu belum masuk lagi nama yg suami pilih, bini pilih, mak mertua pilih, ipar duai pilih, mak kandung pilih, cukup 7 harakat baru ada bin/binti

paling tak boleh blah, bila panggil...baby, adik, yaya, lola, lila....
Quote Supersirap 17-4-2025 05:00 PM
Ada kawan dulu namanya Roy Polly
Quote miss_perfect 17-4-2025 07:19 PM
Lecturer aku pernah buat muka tak percaya ye bila dia panggil sorang classmate aku... Siap tanya sekali lagi nak confirm betul ke tu nama dia. Nama dia tu nama orang Melayu banyak je pakai, tapi kalau orang mungkin bayangkan pemilik nama tu hensem. Kalau dalam novel mungkin la boleh jadi nama playboy untuk menggambarkan nama tu layak untuk orang hensem. Classmate aku tu unfortunately rupa dia memang Jawa habis.

So far I rasa nama anak2 perempuan Hanis Kepam tak sepadan dengan rupa.
Quote miss_perfect 17-4-2025 07:19 PM
Lecturer aku pernah buat muka tak percaya ye bila dia panggil sorang classmate aku... Siap tanya sekali lagi nak confirm betul ke tu nama dia. Nama dia tu nama orang Melayu banyak je pakai, tapi kalau orang mungkin bayangkan pemilik nama tu hensem. Kalau dalam novel mungkin la boleh jadi nama playboy untuk menggambarkan nama tu layak untuk orang hensem. Classmate aku tu unfortunately rupa dia memang Jawa habis.

So far I rasa nama anak2 perempuan Hanis Kepam tak sepadan dengan rupa.
Quote miss_perfect 17-4-2025 07:20 PM
Lecturer aku pernah buat muka tak percaya ye bila dia panggil sorang classmate aku... Siap tanya sekali lagi nak confirm betul ke tu nama dia. Nama dia tu nama orang Melayu banyak je pakai, tapi kalau orang mungkin bayangkan pemilik nama tu hensem. Kalau dalam novel mungkin la boleh jadi nama playboy untuk menggambarkan nama tu layak untuk orang hensem. Classmate aku tu unfortunately rupa dia memang Jawa habis.

So far I rasa nama anak2 perempuan Hanis Kepam tak sepadan dengan rupa.
Quote cattiecute 21-4-2025 04:24 PM
lily grace tu sedap je nama
tapi tu la
walaupun muka mak pak jawa je
make sure anak2 tu bersiap elok2 lawa kemas2 bersih2
nampak la comel juga
jangan la selenge hingus meleleh
baju koyak tepi
pastu nama lily grace.
rupa tak penting sangat sebab ikut mak ayah
pembawakan tu penting.
tah la tak pandai aku nak ekpelen
Quote cattiecute 21-4-2025 04:24 PM
-double post -

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-4-2025 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.047513 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top