CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Yang Cakap Epidural Cheat Code Tu Pernah Beranak Tak? Awak Lelaki Tak Pernah Rasa Bersalin’ – Elisya Sandha

28-4-2025 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 404| Komen: 3|Original author: Raline


ELISYA-SANDHA-1-1-630x388.jpg

Pelakon Elisya Sandha tampil bersuara menegur kenyataan seorang pempengaruh yang didakwa memperlekeh penggunaan suntikan epidural oleh bekas isterinya semasa proses melahirkan anak.

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Nur Elisya Sandha Hassan, 26, berkata isu berkaitan proses bersalin bukanlah sesuatu yang boleh dibuat bahan jenaka atau diperlekehkan, terutamanya oleh golongan lelaki yang tidak pernah merasai pengalaman itu sendiri.

Amboi! Dia yang cakap tu pernah mengandung atau beranak tak? Suka hati je nak cakap macam tu.

Kalau bab bersalin ni saya memang emosi.

Awak lelaki, awak tak pernah ada dekat tempat perempuan yang mengandung dan bersalin.

Tambah Elisya yang juga adik kepada aktres Fasha Sandha, menyamakan penggunaan epidural sebagai ‘cheat code’ dalam proses melahirkan adalah satu penghinaan besar kepada ibu-ibu yang berjuang membawa nyawa ke dunia.

Awak boleh cakap epidural tu cheat code? Itu satu penghinaan lah. Nak cakap tu fikir lah dulu.

Awak pergi lah tanya mana-mana perempuan, kalau bukan bekas isteri awak pun, pergi tanya kawan ke mak awak ke, tanya diorang apa beza kalau pakai epidural dan tidak.

Susulan daripada itu, pelakon drama Mihrab Cinta Zulaikha ini juga menasihati orang ramai agar tidak memandang rendah terhadap individu lain.

Kita jangan nak pandang rendah dengan manusia.

Sama ada seseorang perempuan tu ambil epidural atau tidak, dia tetap melahirkan seorang manusia.

Sebelum ini, tular satu tangkap layar perbualan di Direct Message (DM) yang menunjukkan seorang pempengaruh media sosial didakwa memperlekeh bekas isterinya yang bersalin menggunakan epidural dengan menyifatkannya sebagai ‘cheat code’.

Perbualan itu mencetuskan kemarahan ramai sehingga wujud gerakan memboikot perniagaannya. Susulan kontroversi tersebut, pempengaruh berkenaan tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya.

Sumber : Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kuin-Kepam 28-4-2025 08:57 PM

Quote azurro 29-4-2025 07:41 AM
Bangang betul la..
Dia perli bekas isteri dia yang melahirkan zuriat dia sendiri, punya bangang la.. kalau perli bini org bleh lg terima, ni bekas isteri sendiri.
Quote azurro 29-4-2025 07:41 AM
Bangang betul la..
Dia perli bekas isteri dia yang melahirkan zuriat dia sendiri, punya bangang la.. kalau perli bini org bleh lg terima, ni bekas isteri sendiri.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.033606 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top