CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Erra Fazira Dedah Rahsia Awet Muda, Amalkan Petua Tradisi Dari Ibu Tersayang – ‘Jangan Makan Bergoreng, Jangan Ambil Kafein’

28-4-2025 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2045| Komen: 35|Original author: Raline



erraa-1-630x388.jpg


Pelakon jelita yang sentiasa kelihatan anggun dan menawan, Erra Fazira berkongsi rahsia di sebalik penampilannya yang kekal awet muda walaupun kini sudah mencecah usia 51 tahun.

Menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan bersama Datuk Rosyam Nor, Erra berkongsi bahawa rutin penjagaan diri yang diamalkannya sejak dulu adalah hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri.



Apa yang saya amalkan adalah apa yang mak ajar saya daripada zaman muda lagi. Penjagaan kulit, pemakanan dan senaman semua saya ikut mak saya.

Menurutnya lagi, ibunya masih kekal aktif bersenam dan menjaga penampilan walaupun telah berusia. Malah, ibunya mengamalkan rutin melumur losyen ke seluruh badan dan wajah selama 10 minit setiap hari.

Alhamdulillah sampai sekarang ni mak saya masih lagi aktif bersenam. Dia biasa akan duduk selama 10minit dan lumurkan losyen pada badan, muka. Rutin tu dilakukan sejak dia muda sampai sekarang.

Contohnya kalau shampu rambut pun tak akan tukar dari dulu sampai sekarang.

Bukan itu sahaja, pelakon Maria Mariana ini turut memberitahu bahawa ibunya seorang yang sangat tegas dalam soal pemakanan.

Pemakanan pun mak pantau juga, jangan makan bergoreng, jangan ambil kafein. Kalau ikutkan banyak lagi yang pantangnya.

Konsistensi dan disiplin tinggi dalam menjaga gaya hidup sihat ternyata menjadi kunci utama kecantikan asli Erra Fazira, sekaligus menjadi inspirasi buat ramai wanita untuk kekal sihat dan menawan walaupun meningkat usia.

Salah satu buat dia cantik mantain sebab dia tak buat muka dan badan. Dia biarkan badan muka menua seiring usia. hanya jaga apa yang patut.

Dia memang ori lawa, jaga makan, happy life, ada duit untuk maintain kan kecantikan. Memang rajin nak jadi lawa, kalau ada semua benda tapi malas nak cantikkan diri tak jadi jugak

Erra macam jenis jarang stress tu yang sentiasa muda walaupun banyk kontroversi rumah tangga dan macam-macam tapi tetap positive thinking.

Sumber : Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 28-4-2025 08:41 AM
awet muda ke noks....
Quote apedehal 28-4-2025 08:42 AM
Nmpak je mcm da berusia..cuma cantik lagi la..da chuols pun bekas ratu cantik ken
Quote bluebutter 28-4-2025 09:06 AM
Dia mmg lawa, features dia very sharp. Sharp features. Plus tinggi Dan slim.
And kulit putih merah.

If menua pun still intact.
Plus makan vitamin banyak kut kan.


Ada satu petua I tgk u tube, kekalkan collagen dalam badan if tak nak kulit lepeor (lendut leper).

Santan.
Gelatin (beli yang for masakan, jadikan gel campur air).
Epal hijau (ikut suka banyak mana)
Flax seed (ikut suka banyak mana)

Blend semua, jadikan smoothie, makan pepagi.

Ini I tgk u tube Dari Indonesia.
I dah Cuba, mmg ada kurang sakit urat, Dan kulit pipi I jadi moise lembap lembap.
Pakai bedak sikit je Dan blusher.
Kulit jadi glowing satu badan.

Quote Levespa 28-4-2025 11:15 AM
Tapi erra ni make up terlalu tebal..cuba light2 je.. tak la nampak keras sangat
Quote cantthinkofany 28-4-2025 11:27 AM
iyeee iyeee jeeeeeeeeeee.....
Quote L.U.S.M 28-4-2025 12:21 PM
Rambut pun dia xde dye xde straight

Tetap pakai wig je
Quote BungaKencana 28-4-2025 12:30 PM
bab tak ambil kafein tu je aku da gagal

Quote black_handbag 28-4-2025 12:33 PM
takleh amik kafein eh.. susah tu. tambah jenis xleh buat keje kalau xdpt kopi
Quote LaskarHijayu 28-4-2025 12:51 PM
Ratu makan kueh-kueh kukus yg kurang manis je
Quote noor2 28-4-2025 12:52 PM
Ye ke....ala aku pun org ingat muda....
Quote BoongaKertas 28-4-2025 02:35 PM
iols mcm susah nak follow ni. bab kopi tu, dem. susahnya nak bercerai dgn kopi. huwaaaa.
Quote cashewnut 28-4-2025 05:41 PM
Minum 1 cawan coffee bagus untuk brain uol.  Kurang susu dalam coffee pulak boleh kurangkan sakit jantung. Lebih daripada 3 cawan boleh jadi addict.
Quote KucingBiru 28-4-2025 05:43 PM
Camno tak ambik kafein, nak celikkan mata buat kerja 8-10 jam kat ofis terpaksa ambik juga.

Nasihat utk geng2 princess syndrome dok rumah most time boleh lah kot....
Quote OsHiN_hOnEy 28-4-2025 05:49 PM
dagu tu ikut petua cosmetic surgeon lar kan?
tapi dia lagi lawa dari mak dia - mcm muka arwah ayah dia
cuma mak dia pun badan slim
Quote DukunSentet 28-4-2025 05:50 PM
Bab2 coffee nie ai pon fail..sehari x kena boleh stress..try gak nak stop tapi naik pening xleh nak tumpu kerja..dapat sip seteguk panas2 serupa bateri full 100%..
Quote cm_vungtau 28-4-2025 06:07 PM
Orang tak minum kopi mostly membosankan Sebab orang minum kopi ni boleh pergi sana sini testing2 kopi best tak best
Quote September14 28-4-2025 06:10 PM
Mungkin sbb masa muda dia nmpk tua… so bila tua x bbeza sgt.. tiber dengki
Quote GummyBear123 29-4-2025 12:48 PM
Mungkin sebab tak berlaki sebab tu awet muda
Quote Zezo 29-4-2025 02:16 PM
Aku kena amok coffee gak. Xde caffeine, satu kerja tak jadi.



Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.078103 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top