CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Janganlah Jadikan Suntikan Epidural Sebagai Isu Yang Boleh Lukakan Hati Orang’ – Neelofa

28-4-2025 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 664| Komen: 10|Original author: Raline


Screenshot 2025-04-28 082102.png

Usahawan terkenal, Noor Neelofa berpendapat suntikan epidural yang membantu mengurangkan kesakitan para ibu semasa proses kelahiran tidak perlu dijadikan sebagai topik perbincangan di media sosial.

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Noor Neelofa, 36, berkata hal ini kerana setiap orang mempunyai tahap kesakitan berbeza.

Menurut Neelofa, para ibu wajar membuat keputusan yang boleh memberi kebaikan terhadap diri mereka sendiri.

Saya sendiri ambil epidural dan itu adalah pilihan saya.

Saya tidak boleh nak kongsi dengan lebih mendalam kepada orang ramai tentang keadaan saya semasa proses melahirkan anak kerana setiap orang berbeza.

Ada perkara yang kita tak perlu nak kongsi di media sosial. Baik kita buat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.

Bagi saya, janganlah kita jadikan ia sebagai topik dan isu yang boleh melukakan hati orang lain.

Neelofa berkata demikian ketika diminta untuk mengulas berkenaan isu suntikan epidural yang hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, usahawan jenama Naelofar itu tidak menafikan teknologi canggih pada zaman ini sedikit sebanyak membantu orang ramai memahami pelbagai perkara terutamanya epidural.

Negara kita sudah maju dalam pelbagai aspek, media sosial banyak dedahkan kita kepada banyak perkara untuk belajar tentang gaya keibubapaan, perubatan termasuk pengorbanan ibu dari segi melahirkan anak.

Mungkin zaman dahulu orang akan ada pemikiran tertentu tentang suntikan epidural kerana mereka tidak terlalu terdedah dan faham secara keseluruhan mengenai itu.

Sekarang ini dengan adanya perkongsian media sosial daripada banyak pihak orang lebih faham dengan lebih mendalam apa itu suntikan epidural, ubat tahan sakit dan lain-lain.

Kita tak boleh nak cakap satu benda itu sesuai untuk semua. Setiap orang mempunyai keadaan badan dan ketahanan yang berbeza.

Sebelum ini, hangat di media sosial berkenaan usahawan, Jofliam yang seolah-olah tidak menghargai pengorbanan bekas isterinya, Cik Epal melahirkan dua anaknya, Han dan Yuki dengan menggunakan suntikan Epidural.

Sumber : Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 28-4-2025 08:25 AM
Kenape lah statement dari org bodoh...di jadikan issue semasa.
Aduhhhh

Quote KamikuP 28-4-2025 02:19 PM
Jahlop punya stmt pun nak dijadikan bahan beritakah?.. very the TAIK!!!
Quote noor2 28-4-2025 02:30 PM
Apa benda la epidural pun jd isu...normal la org nk beranak suntik epidural
Quote IzzahF 28-4-2025 02:36 PM
dia igt epidural utk beranak je agaknya. esok2 kot dah tua kepala lutut tu nk kena repair, ckp kat duktur tak payah inject epidural kat dia. toreh2 je terus, dia kuat
Quote Kuin-Kepam 28-4-2025 08:59 PM
IzzahF replied at 28-4-2025 05:36 PM
dia igt epidural utk beranak je agaknya. esok2 kot dah tua kepala lutut tu nk kena repair, ckp kat d ...


Quote tumpanglalu74 29-4-2025 01:00 AM
1000045338.jpg
Quote sapeka 29-4-2025 03:11 AM
Sebenarnye takda isu pun
Masing masing sibuk hal buah ngn pizza je
Quote IzzahF 29-4-2025 08:53 AM
harini lalu lak kat fb feeds aiols buah epal dgn buah kundur dgn buah kiwi bertumbuk plk. dah kenapa teruk mcm ni skali kes dorang ni?
Quote BoongaKertas 29-4-2025 09:21 AM
iols cuma nak tggu kes saman epal vs kiwi jer. nak tgk kiwi naik court. hope by the time, 163 tu tak jumpa memana girl lain lah utk dia pndg plak.
Quote oklatu85 29-4-2025 09:28 AM
Masalahnya.. kenapa semua org nak amik berat benda yg otak senteng mcm influencer x ada faedah ni comment Dan cakap ... Penting sangat ke jo tue? Jangan layan org bodo blh? Sebb sama2 nak kan view je

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 11:03 AM GMT+8 , Processed in 5.088625 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top