CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Buang Dendam & Jangan Bermusuh’ – Puteri Sarah Tak Ada Masalah ‘Co-Parenting’ Bersama Syamsul Yusof

28-4-2025 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2574| Komen: 31|Original author: Raline


PuteriSarahTakMungkinRujuk2.jpg


Pelakon Puteri Sarah Liyana memilih untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan bekas suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof demi anak-anak mereka.

Ketika ditemui OhBulan!, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, memaklumkan dia dan Syamsul tiada masalah untuk membesarkan anak-anak mereka bersama.

Kami berkawan baik untuk anak-anak sebab kami mahu mereka gembira.

Kami tak ada masalah langsung untuk jaga anak bersama, malah saya meminta Syamsul untuk berjumpa anak-anak setiap minggu.

Menurut aktres berusia 39 tahun tersebut, Syamsul memberikan kerjasama yang sangat baik sebagai seorang bapa meskipun perlu memenuhi komitmen kerja.

Anak-anak akan bersama dengan Syamsul juga dan dia pun akan ambil peranan untuk menjaga mereka. Walaupun dia sibuk namun dia tetap bertemu dengan mereka.

Ibu bapa mentua saya pun begitu, mereka sangat memainkan peranan dalam soal cucu-cucu mereka.

Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjurannya yang berlangsung di restoran Shook!, Kuala Lumpur pada Sabtu.

PuteriSarahLiyanaTakAnggapDiriMenang2.jpg

Dalam pada itu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya tersebut turut berkongsi tips co-parenting iaitu dengan mengetepikan ego.

Buang dendam, jangan bermusuh dan kekalkan hubungan yang baik demi anak-anak.

Lepaskan sahaja semuanya, sibukkan diri dan bergembiralah.

Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah, 6.

Sumber : Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 28-4-2025 09:12 AM
elok lahh begitu.. xyh gado2..
Quote justchu 28-4-2025 09:17 AM
fokus utk anak2
bagus mcm ni

yg satu lg terus jd sejarah
Quote apedehal 28-4-2025 09:19 AM
Rezeki psl ni sbb ada mertua yg cakna perihal anak menantu..ada mertua yg lantok ko la worse yg dengar n percaya 1 pihak anak je, xambil pedulik tnya khabar pun berkira..mertua psl ni selalu caling2 tnya khabar, xda istilah aku tua ko la yg kena call kena mesej amek tahu tanya khabar dulu..dat is all angkuh kita panggey guys
Quote Shayang 28-4-2025 10:50 AM
Td aku baru baca gosip
Pelakon lelaki ni luah kat cik bunga
Dia bercerai ngn bini baru dia sbb bini dia tak penah suka dgn anak2 bini lama.
Tak suka dia pergi umah ex wife tgk anak2

Takkan dia nih sbb cik bunga kata pelakon lelaki tu pun bkn baik juga jenis suka abaikan bini
So aku pun dah taktau sapa, takkan syuk plak? Sbb dulu kawan syuk penah dedahkan juga si saiko tu tak suka anak2 syuk.

Ahh lantakla aku terlalu mengantuk tuk memikirkanya gara2 tak cukup tidurr
Quote apedehal 28-4-2025 11:06 AM
Shayang replied at 28-4-2025 10:50 AM
Td aku baru baca gosip
Pelakon lelaki ni luah kat cik bunga
Dia bercerai ngn bini baru dia sbb bini  ...

Sape lak cik bunga tu nak diluah luah perasaan oleh pelakon lelaki..lols..gosip dr cik bunga tapernah aku nk percaya lps tu gosipnya tergantung smpai sudah

Quote SherryZass 28-4-2025 12:40 PM
Shayang replied at 28-4-2025 03:50 AM
Td aku baru baca gosip
Pelakon lelaki ni luah kat cik bunga
Dia bercerai ngn bini baru dia sbb bini  ...

Tapi memang ex bini kedua tak suka dengan ex bini pertama kan chuolls insecure orang kata
Quote chandrahusin 28-4-2025 01:01 PM
mertua super kaya
pembikin filem juta2
sayang plk cucu2
mmg kena berbaik lah
buat apa cr psl
sng hidup
Quote pocongkiutss 28-4-2025 01:33 PM
Shayang replied at 28-4-2025 10:50 AM
Td aku baru baca gosip
Pelakon lelaki ni luah kat cik bunga
Dia bercerai ngn bini baru dia sbb bini  ...

Clue artikel uols baca tu mcm shuk dgn fara..semua mengena
Quote vanilla_ice 28-4-2025 02:02 PM
ye la, masa buat anak usaha sama2 kan....bila dah dapat anak, kena la sama2 jaga jugak......takkan nak harapkan orang lain jaga....
Quote aint 28-4-2025 02:45 PM
ye la tkde masalah co parenting, sbb jantan tu dh bercerai dgn bini dia
Quote JahLupa 28-4-2025 04:37 PM
Kalau dari dulu lepaskan elok2 senang dah
Quote naina 28-4-2025 04:48 PM
Yela KO ex laki bagi duit pun berkepuk, mertua sayang ketat2. Memanglah KO xde masalah. Abby ni depan belakang kena tikam. Sembang macam masalah KO paling besar dan paling bersabar
Quote Suci_Murni 28-4-2025 04:56 PM
naina replied at 28-4-2025 04:48 PM
Yela KO ex laki bagi duit pun berkepuk, mertua sayang ketat2. Memanglah KO xde masalah. Abby ni depa ...

si polident tu kedekut kut nak bg PSL duit.. cer baca syarat dia mutaah dia bg masa nak cerai dulu. Ngan si ira pun sama.. mmg kedekut. Tang mana PSL dpt duit berkepuk. Tang mak mertua dari syurga tu mmg betul tuk PSL.

Si ira tu pun lepas cerai cari duit sendiri buat review nak support diri. x de nya si polident nak support bekas bini2 dia.


Quote lazim 28-4-2025 05:46 PM
Apaje jadi mamat indon Andy tu?
Quote cmf_premierleag 28-4-2025 05:50 PM
Takyah la gadoh2 sgt..ingatlah yg korang berdua dulu pun pernah berbogel sama2 satu masa dulu kan
Quote naina 28-4-2025 06:25 PM
Suci_Murni replied at 28-4-2025 04:56 PM
si polident tu kedekut kut nak bg PSL duit.. cer baca syarat dia mutaah dia bg masa nak cerai dulu ...

Dah jadi bekas xde keperluan pun nak tanggung. Lagi2 xde anak. Lagipun baru kawin setahun kan..ntah sempat ke x tu beli harta bersama.
At least sol bgi nafkah anak over rm5k. So alhamdulillah basic life lepas
Quote shernazz 28-4-2025 07:03 PM
cmf_premierleag replied at 28-4-2025 05:50 PM
Takyah la gadoh2 sgt..ingatlah yg korang berdua dulu pun pernah berbogel sama2 satu masa dulu kan

Adeh.
Tersedak iols
Hahahaa..
Makna.kata segala2.dah.per ah nampak dah..
Takyah nak ego sangat
Quote Joysparta 28-4-2025 07:18 PM
Gedik arrrrr
Quote fair_iza 28-4-2025 07:36 PM
Since ditanya oleh reporter oh moon, ok lh jwpn dia. Walaupn dulu x suka jg kegedikan dgn andy.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.041378 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top