CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Sarah bukan ‘redflag’, bagi saya dia baik’ - Andi Arsyil

29-4-2025 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2866| Komen: 22|Original author: tatod

1000024283.jpg



RAMAI kata dia kasar tetapi bagi saya, Sarah itu orang baik.”


Demikian respons aktor Indonesia, Andi Arsyil berhubung spekulasi yang mendakwa rakan kongsinya, Puteri Sarah Liyana seorang yang ‘red flag’.




Selepas bekerjasama sebagai rakan niaga, Andi atau nama lengkapnya Andi Arsyil Rahman, 37, menyedari sisi menarik dan menyenangkan pada Sarah.


"Waktu pertama kali bekerjsama dengan dia, banyak yang kata dia ‘red flag’. Ada yang kata dia kasar.


“Bagi saya, Sarah seorang yang sangat profesional. Apabila mengenalinya, saya boleh kata dia seorang yang baik,”katanya kepada HibGlam ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Puteri Sarah, baru-baru ini.


1000024284.jpg


Dalam masa sama, pelakon drama Ketika Cinta Bertasbih itu berharap orang ramai boleh menerima baik perspektifnya mengenai personaliti pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.


“Saya tidak perlu menilai orang terlalu jauh. Walaupun kita berbeza pandangan, tetapi itu hanya pendapat saya kerana setiap manusia ada kelebihan masing-masing.


“Jadi saya harap orang boleh terima. Dia juga ada kebaikan dan keburukan tetapi yang baik perlu kita ucapkan, yang buruk-buruk perlu kita perbaiki.


"Allah sudah tuliskan semuanya di Luh Mahfuz. Jadi, kalau itu adalah sesuatu yang baik buat saya, saya akan berharap kebaikan tetapi kalau itu sesuatu yang tidak baik buat saya, saya akan berusaha untuk membuatkan segalanya jadi baik,” jelasnya.




Meskipun hubungannya dengan Sarah kelihatan mesra, Andi mengakui ibu kepada dua anak itu hanyalah sekadar rakan kongsi dalam perniagaan yang sudah terjalin sejak November 2023.


"Pertama kali Sarah hubungi saya apabila dia suka selepas mencuba sendiri produk tersebut. Dari situ Sarah cakap ‘boleh tak kalau saya mahu bawa ini (produk) ke Malaysia?’


“Saya cakap tiada masalah dan kami berjumpa untuk memulakan perniagaan ini dari zero,” ujarnya lagi.


Sebelum ini, Sarah pernah meluahkan rasa kesal terhadap gossip liar yang mendakwanya bakal berkahwin dengan Andi.


Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul 8 Mac 2014 namun, pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu.


Hasil perkongsian hidup, Puteri Sarah dan Syamsul dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5. -HIBGLAM



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sesuatu… 29-4-2025 06:15 AM
Cuma temenen tp mesra je ke kome?
Quote noor2 29-4-2025 08:19 AM
Moga berjodohan...
Quote BoongaKertas 29-4-2025 09:25 AM
kenapa redflag?
Quote ayukpingu 29-4-2025 09:32 AM
Andy awal2 dh pangkah sarah ni kan?
Quote lilacomot 29-4-2025 09:38 AM
ok..noted
Quote anakpakmaun 29-4-2025 09:42 AM
entahla aku masih berharap sarah balik semula dgn sol sol...sepadan depa berdua..anak2 pun comey cerdik hensem..
Quote milafida 29-4-2025 09:46 AM
Kesian psl kena friend zone .
Quote LadyWhistledown 29-4-2025 02:56 PM
hari tu ada sekejap masing2 unfollow kan..
Quote OsHiN_hOnEy 29-4-2025 03:09 PM
open day sarah ada tak mertua glam dia dtg sekali?
parents sarah ada kan?

they are not only biz partner lar, sapa yg percaya mmg IQ takda digit
but don't know why andi takmo move on to the next step dgn sarah
yet

he is a good calming factor for sarah, dia very level headed and wise
Quote Zeelalala 29-4-2025 03:43 PM
Tak tau nak bgtau camne...tapi aku mmg rasa PS ni redflag dan sedikit toxic.
Quote wangi08 29-4-2025 04:28 PM
OsHiN_hOnEy replied at 29-4-2025 03:09 PM
open day sarah ada tak mertua glam dia dtg sekali?
parents sarah ada kan?


Mmg sesiapa yg follow mereka kat liveTikTok tiap kall live tahu lah betapa rapat dan mesra mereka.. hal peribadi mmg bagi mereka rahsia…..
Quote IzzahF 29-4-2025 04:30 PM
nampak dorang mcm ok je berdua..
Quote kepompong 29-4-2025 05:06 PM
Zeelalala replied at 29-4-2025 03:43 PM
Tak tau nak bgtau camne...tapi aku mmg rasa PS ni redflag dan sedikit toxic.

Petanda mahu sambung gossip ke atau nak bagi silent treatment????
Quote Zeelalala 29-4-2025 05:12 PM
kepompong replied at 29-4-2025 10:06 AM
Petanda mahu sambung gossip ke atau nak bagi silent treatment????

kalau i rasa nak sambung i sambung, kalau i rasa malas sambung i bagi silent treatment
Quote brainbiru 29-4-2025 07:43 PM
PS dh x baik dgn  bestie, Bella ke.. #tanyaje
Quote immortallez 30-4-2025 12:31 AM
Mamat Indon ni macam ada ciri2 lelaki  lembut sikit kan
Quote JahLupa 1-5-2025 12:44 AM
Nnti tiber plot twist. Sarah balik ke soley soley
Quote cawanmilosuam 1-5-2025 09:14 PM
Andi x nak sarah.. sarah x capai spek andi...
Quote royaldanish 1-5-2025 10:02 PM
cawanmilosuam replied at 1-5-2025 01:14 PM
Andi x nak sarah.. sarah x capai spek andi...

andi ni nak spek yg mcm mana cuols?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.054887 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top