CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tunggu giliran saya, nak bahagia macam Nabil dan Azad’

29-4-2025 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1163| Komen: 12|Original author: tatod

1000024286.jpg



PERNAH menangguhkan perkahwinan dua tahun lalu, penyampai radio, Radin hanya memohon doa ramai untuk menamatkan zaman bujang bersama kekasihnya, Azlina Idris.


Berkongsi lanjut, Radin atau nama lengkapnya Radin Amir Affendy, 35, mengakui pernah terdetik bergelar suami segera lebih-lebih lagi melihat rakan penyampainya, Nabil Ahmad dan Azad bahagia membina keluarga.


“Insya-Allah kita doa yang baik-baik sahaja. Masih dalam perancangan (kahwin) terutama sekarang kerja pagi dengan Nabil dan Azad, fokus lebih kepada kerja.


Untuk jaga hati banyak pihak iaitu keluarga, soal (kahwin) antara kami yang selesaikan. Kita cuma minta doa dipermudahkan.


1000024287.png



“Sudah pasti pada usia saya memang nak ke arah itu (kahwin). Tengok Nabil gembira dengan isteri dan keluarga, sama macam Azad. Saya juga tunggu giliran saya, insya-Allah harapkan yang baik-baik.


“Doakan saya. Saya perlukan doa kalian juga,” katanya kepada HibGlam semasa temu bual eksklusif di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.


Bagaimanapun, penyampai radio Era itu mahu memberi tumpuan dahulu kepada kerjaya sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.


“Saya tidak menafikan mahu membina keluarga. Memang ada perancangan ke arah itu.




Bukan nak nafi soal jodoh tetapi tiga tahun (Bersama 3 Pagi Era) dianggap masih lagi baru dalam dunia radio dan saya diberi rezeki bergabung dengan dua abang.


“Ada jatuh dan bangun. Apabila benda ini jadi (isu) saya kena fokus terhadap kerja dengan lebih lagi sebab ini salah satu periuk nasi saya,” jelasnya.


Sebelum ini, Radin mendedahkan majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada 11 November 2023 terpaksa ditangguhkan kerana keadaan kesihatan kekasihnya yang tidak mengizinkan. – HIBGLAM



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 29-4-2025 04:35 PM
better lah gf heols skrg. lawo. tggi taste ko eh din. hahaha! iols mati2 dulu ingtkan heols dgn si aydajebat yach.
Quote Carcosa 29-4-2025 10:46 PM
Makin gundu eh kau? Di cuti kan, mencekik aje ke kat rumah? Awek lawa weiii. Kau tu suam2 air suam mamak. Kang tangguh2, org lain sailang. Ayam den lopeh la ko
Quote I.K.A888990 29-4-2025 10:51 PM
lahhh ingatkan si pak andi psl tadi
Quote Homewrecker 29-4-2025 10:53 PM
Ingatkan diaorg mmg dh kawen. Blm lg rupanya. Cpt2 lah. Lawa tu gf
Quote amyfaha 30-4-2025 12:02 AM
Kalau meols jadi gf radin ni. Meol bla je. Ko semua da lengkap,dok tunda tunda tunda. Bersawaaaanggg gf dia tu. Kesiannnn.
Quote babynina30 30-4-2025 12:33 AM
BoongaKertas: better lah gf heols skrg. lawo ...


Ni gf stewardess dlu ke ? Ke lain ?
Quote acikonion 30-4-2025 12:36 AM
Kawin la radin oi… tunang ko tu lawa. Serba serbi ada. Rupa ada, karier pun ada. For sure ada hrta sndri pun ada. Kang dia bosan pula dok menunggu
Quote awenda507 30-4-2025 01:18 AM
Laaa igtkn dia dh kawen
Quote silampumeja 30-4-2025 01:21 AM
Oh dia tangguh sbb gf dia yg sakit ke... I ingat sbb mak dia sakit and meninggal je dulu tu ..then ingatkan dah clash....
Quote imransulaiman 30-4-2025 02:54 AM
Kenapa duduk macam "kepit"? Kecelaruan jantina kah?
Quote prince_marhaen 30-4-2025 09:15 AM
kuat radar denting
Quote KamikuP 30-4-2025 03:09 PM
Meolss syak si radin ni tak kukuh dari segi kewangan kot.. tu yg lamberrrtt lagi nak kawen.. atau dia ummah lemari?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.419713 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top