CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

10 tahun bermasam muka, Afdlin akhirnya berdamai dengan Que

30-4-2025 07:48 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1739| Komen: 11|Original author: tatod

1000024401.jpg



PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki tidak dapat menahan sebak ketika bertemu semula dengan aktor, Que Haidar selepas lebih sedekad tidak bertegur sapa.


Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan,53, berkata, pertemuan tersebut membangkitkan semula kerinduan mendalam terhadap rakan seperjuangannya itu, apatah lagi mengenangkan bakat besar dimiliki Que.


“Lama tak berbual dengan Que. Sebab ada insiden yang sekarang ini kita boleh lupakan.


“Rindu nak kerja dengan Que fasal abang percaya dia adalah antara pelakon lelaki terbaik di Malaysia. Sangat versatil dan sangat dinamik,” katanya menerusi video dalam TikTok.


Tambah pelakon filem Papadom itu lagi, perasaan sebak bertambah kuat kerana menyedari betapa ruginya mereka membiarkan jarak bertahun-tahun tanpa sebarang komunikasi.


Pun begitu, dia bersyukur kerana mereka kini sudah berlapang dada dan melupakan perselisihan lama, sekali gus membuka lembaran baru dalam persahabatan.


“Perjumpaan hari itu di rumah Imilya bukan kali pertama tapi sebak di dada tak dapat dibendung kerana rasa macam ruginya kita tidak berbual selama sedekad lebih.


“Kami saling bermaafan dan harapan abang ini adalah permulaan baru untuk kami. Love you Que,” ujarnya.


Menjengah ruangan komen, ramai netizen turut tersentuh dengan momen penuh emosi itu.


“Saya menangis tengok video ini. Persahabatan sebenar akan tetap kembali walau sejauh mana terpisah,” kata seorang netizen.


“Sebak sangat tengok abang Afdlin dan Que. Harap lepas ini ada projek filem sama-sama,” komen seorang lagi.


“Dua-dua legenda. Semoga terus kekal bersahabat dan berkarya untuk industri seni kita,” tulis seorang pengguna TikTok.


Bagaimanapun, Afdlin tidak memperincikan insiden sebenar yang menyebabkan mereka berdua renggang lebih sedekad. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 29-4-2025 10:24 AM
Gemoknya berbanding Que..x takut heart attack,  kencing manis, daran tinggi ke
Quote noor2 29-4-2025 10:29 AM
Maafla aku asyik mengata org gemok...sb aku sendiri berusaha turunkan berat badan dlm.bulan puasa sampai akhir bulan syawal ni dah 5kg..dari 56kg..aku lepas jogging pagi ni turun 51kg dah..berusaha aku x minum minuman manis, kopi, tea, segala manisan ,ais dah..takut aku bila badan ada lemak2 ni..target 49kg...atau 50kg pun ok.dah...
Quote lipans 29-4-2025 10:44 AM
Kena la berbaik dengan semua orang. Tak lama lagi boleh bertanding di parlimen jadi YB
Quote apedehal 29-4-2025 12:17 PM
Eh, bila gaduh pasaipa?
Quote apedehal 29-4-2025 12:18 PM
noor2 replied at 29-4-2025 10:29 AM
Maafla aku asyik mengata org gemok...sb aku sendiri berusaha turunkan berat badan dlm.bulan puasa sa ...

Good job kanoor..cayok2..sikit lg tu
Quote September14 29-4-2025 12:23 PM
Org laki klu gaduh xde sapa tau… klu ppuan 1 dunia kecoh
Quote adeqbun 29-4-2025 01:08 PM
noor2 replied at 29-4-2025 10:29 AM
Maafla aku asyik mengata org gemok...sb aku sendiri berusaha turunkan berat badan dlm.bulan puasa sa ...

sy pon aim turun 5 kg utk capai 52..xamik air manis,kurgkan amik nasik time berbuka..sahur pon minum air kosong je..tp tulah....2 kg je turun
Quote noor2 29-4-2025 02:16 PM
apedehal replied at 29-4-2025 12:18 PM
Good job kanoor..cayok2..sikit lg tu

Terima kasih cik apedehal...mungkin hujung bulan 5 kut hihi baru turun
Quote noor2 29-4-2025 02:17 PM
adeqbun replied at 29-4-2025 01:08 PM
sy pon aim turun 5 kg utk capai 52..xamik air manis,kurgkan amik nasik time berbuka..sahur pon min ...

Teruskan cik adeqbun...mesti boleh..jom kita sama2...
Quote lilacomot 29-4-2025 02:45 PM
xtau la depa ni bergaduh...bagus la kalu dh bebaik semula...
Quote sue_liah 30-4-2025 02:38 PM
lama nya gaduh sampai dh bercerai berai masing2
gaduh pasal apa la agaknya tu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.039851 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top