KUALA LUMPUR – Penyanyi dan komposer Amylea Azizan, 39, berpendapat bakat sesetengah pengkarya muzik di Malaysia masih dipandang enteng. Memberi contoh dirinya sendiri, kata Amylea ada pihak yang masih terperangkap dalam momen ketika dia menjadi peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) dulu. “Bila saya buat ‘live’ dalam media sosial, akan ada yang bertanya dah lama tak nampak saya menyanyi sejak AF3. Sedangkan saya aktif sahaja selepas tamat AF3 hingga sekarang. “Sudah berpuluh-puluh lagu yang saya hasilkan sejak 17 tahun lalu. Saya punya kalatog dan profil yang bagus untuk diceritakan. Kenapa masih bertanya tentang saya sewaktu berusia 18 tahun dulu? “Disebabkan perkara ini jugalah kadang kalau membuatkan saya rasa takut dan tidak berani untuk menonjolkan diri ke depan. Kerana orang masih melihat saya sebagai Amylea AF3,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Studio Village, di sini, semalam.
|
prince_marhaen replied at 30-4-2025 09:04 AM
She berbakat sangat-sangat, tapi sayang, she kuat merentan & too defensive jugak.
Peminat nak tegur ...
prince_marhaen replied at 30-4-2025 05:04 PM
She berbakat sangat-sangat, tapi sayang, she kuat merentan & too defensive jugak.
Peminat nak tegur ...
ADVERTISEMENT