CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai persoal keputusan Ijoy nikah janda, Shiera dedah perkahwinan pernah dikatakan tak akan bertahan lama

30-4-2025 07:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3033| Komen: 34|Original author: tatod

1000024697.jpg



KEPUTUSAN pelakon Ijoy berkahwin dengan penyampai radio Sharifah Shahirah yang ketika itu merupakan seorang ibu tunggal mengundang kata-kata negatif kononnya perkahwinan mereka itu tidak akan bertahan lama.


Shahirah atau mesra disapa Shiera, 51, bagaimanapun tidak mempedulikan pandangan dilemparkan orang ramai itu, sebaliknya bersyukur perkahwinan itu masih bertahan dan mereka kini bahagia bersama empat orang cahaya mata.


“Masa mula-mula kami kahwin pun ada orang cakap yang hubungan kami tak akan lama (bertahan).


“Ada ramai juga mempersoalkan kenapa Ijoy kahwin dengan saya? Tak cantik, janda anak satu. Tapi saya tak ambil peduli pun, Alhamdulillah dah ada empat orang anak dengan Ijoy,” katanya.





Shahirah berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual podcast Borak Selebriti Sinar yang dimuat naik di YouTube pada Isnin.


Dalam pada itu, Shiera memberitahu bapanya iaitu Allahyarham Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman turut pernah mempersoalkan hubungannya dengan Ijoy.


Ini kerana bapanya bimbang sekiranya hubungan mereka tidak mendapat persetujuan daripada ibu Ijoy iaitu pelakon Datin Maria Arshad.


“Sebelum itu ayah saya tanya Ijoi nak ke dengan saya? Sebab saya akan janda anak satu, Ijoy pula satu-satunya anak lelaki Maria Arshad.




“Takkanlah mak (Maria) Ijoy nak bagi kahwin dengan janda anak satu. Tapi mungkin sebab sayang, mak dia dengar juga cakap anaknya itu,” ujarnya.


Bercerita tentang perkenalannya dengan Ijoy, Shiera memberitahu sebelum bergelar selebriti dia sudah meminati aktor berkenaan yang mula berlakon sejak berusia 15 tahun.


Kongsi Shiera, dia pernah memotong keratan foto Ijoy di akhbar dan menampalnya pada dinding.


“Sebelum itu saya tak pernah jumpa dia (Ijoy) tapi dia comel dan kacak, rasa macam sempurna sangat.


“Dia mula berlakon pada usia 15 tahun, saya rasa dia comel sebab hidung pun mancung. Tapi waktu itu saya pun sudah ada teman lelaki.




“Waktu itu saya pun ada tampal gambar dia dekat dinding dan meja belajar. Dulu kan beli surat khabar, lepas tu saya potong gambar dia,” ujarnya.


Untuk rekod, Shiera mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ijoy pada 2003.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airel, 21, Airra, 18, Audra, 16, dan Adeena, 9 tahun.


Sebelum itu, Shiera pernah berkahwin dengan penyanyi Jatt Ali dan mempunyai seorang anak bernama Tallisya yang kini berusia 27 tahun. - mStar









1000024698.png

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 29-4-2025 05:24 PM
Seb baik x kuar statement ijoi kawen dgn saya sbb frust dgn mas anizan
Quote exclusive_vvip 29-4-2025 05:29 PM
alesandra replied at 29-4-2025 05:24 PM
Seb baik x kuar statement ijoi kawen dgn saya sbb frust dgn mas anizan

dgn kak engku pun ijoy penah kapel kan? ke i salah org? Ampunnn
Quote alesandra 29-4-2025 05:32 PM
exclusive_vvip replied at 29-4-2025 05:29 PM
dgn kak engku pun ijoy penah kapel kan? ke i salah org? Ampunnn

Tak sure kapel tapi mmg rapat kann?berlakon sama matdespatch
Quote SpyLeman 29-4-2025 05:46 PM
Iols rasa cinta mereka ikhlas...tak beria nak tunjuk terpaling romantik dan sempurna. Hidup pun tak beria sgt nak show off terpaling bahagia. That's y boleh bertahan sehingga hari ni. Tapi....ijoy keja apa weyyyy??
Quote mamarilia 29-4-2025 10:03 PM
SpyLeman replied at 29-4-2025 05:46 PM
Iols rasa cinta mereka ikhlas...tak beria nak tunjuk terpaling romantik dan sempurna. Hidup pun tak  ...

dia ada 'enjoy corner' hehehe
Quote newyork 29-4-2025 10:18 PM
Heheh masa tu i kecik lg tp ingatla gosip ijoy frust menonggeng mas anizan kawin dgn org lain.
Quote sukacactus 29-4-2025 10:21 PM
SpyLeman replied at 29-4-2025 05:46 PM
Iols rasa cinta mereka ikhlas...tak beria nak tunjuk terpaling romantik dan sempurna. Hidup pun tak  ...

Dlm podcast tu shira ckp “nak sgt laki handsome. Selalu yg handsome ni duit xbyk” camtu la lbh kurang
Janji dapat laki handsome u!
Quote LaskarHijayu 29-4-2025 10:34 PM
exclusive_vvip replied at 29-4-2025 05:29 PM
dgn kak engku pun ijoy penah kapel kan? ke i salah org? Ampunnn

Iye. Aku pon igt lg pasal ni.  Masa cite mat despatch, ijoy masih kapel ngan kak engku. Shiera pon ade blakon sama series tu masa tu. Tau2 kak engku kawen ngan ex husband dulu, ijoy kapel and kawen ngan shiera. Tp rasanya datin maria tu mmg restu je sapa pilihan ijoy. Masa ijoy ngan kak engku pon datin ok.

Off topic : mas anizan dah tua pon cantik
Quote azimodin 29-4-2025 11:28 PM
Iouls rasa perkahwinan sheouls dengan bang jatt tu lagi mengejutkan. Sheouls muda, comel pulak tu. Kawen x lama cerai.. seb baik la dengan ijoy bertahan
Quote imanjannah 29-4-2025 11:42 PM
Maria Arshad ni mmg awet muda sungguh
Quote anony-mous 30-4-2025 12:19 AM
LaskarHijayu replied at 29-4-2025 10:34 PM
Iye. Aku pon igt lg pasal ni.  Masa cite mat despatch, ijoy masih kapel ngan kak engku. Shiera pon ...

I baru google mas anizan ni dah 50an lawa gila. Another level la lawa dia
Quote shida81 30-4-2025 12:56 AM
X pernah rase ijoy tu hensem.. Ak rase rara ptt dpt lg baik dr ijoy tp yelah da taste dia.. yg laki 1st tu pun.. Aduhai...
Quote Orion_Onion 30-4-2025 06:12 AM
Asal skrg ijoy nmpk kepam

Ijoy ditangan wanita yang salah ke
Quote belacan_gurl 30-4-2025 08:03 AM
Ijoy mmg hensem dulu sampai x perasan gigi muncung beliau...skrg dah tua baru perasan hahahahahah
Quote BoongaKertas 30-4-2025 08:28 AM
alesandra replied at 29-4-2025 09:24 AM
Seb baik x kuar statement ijoi kawen dgn saya sbb frust dgn mas anizan

terus iols google mas anizan. lawonya acik tu! omg. anak sheols mas aliza tu mewarisi gak cuma lawo lg mak dia lah
Quote MatDeghem 30-4-2025 08:30 AM
Tak cerita pasal kena tangkap khalwat dgn jatt kat opis malam2. Tu terus kawin dapat anak satu.
Quote justchu 30-4-2025 08:48 AM
Edited by justchu at 30-4-2025 09:14 AM
MatDeghem replied at 30-4-2025 08:30 AM
Tak cerita pasal kena tangkap khalwat dgn jatt kat opis malam2. Tu terus kawin dapat anak satu.

zaman dlu takde socmed
lg pun dia tak ganggu rumahtgga org

msg2 lepas kejadian tu senyap
lepas cerai pun senyap
pandai bawak diri

jatt tu dgn adik beradik shira
pun ok smpai skrg. cerai pun takde isu

ijoi plk mmg sepadan sekufu sgn shira

Quote mrsLucky 30-4-2025 09:06 AM
i am happy for them...semoga mereka dan keluarga terus bahagia...
Quote alesandra 30-4-2025 09:07 AM
Edited by alesandra at 30-4-2025 09:24 AM
BoongaKertas replied at 30-4-2025 08:28 AM
terus iols google mas anizan. lawonya acik tu! omg. anak sheols mas aliza tu mewarisi gak cuma law ...

last time nampak dia berlakon andai tiada dia jadi mak pada hisyam hamid.mmg lawa.maybe baru awal 50an?kak rara ni nampak acik2 sgt

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.049853 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top