PERSONALITI media sosial, Cik Epal mengejutkan ramai dengan mendakwa dia dicederakan isteri kepada bekas suaminya. Perkara itu dikongsi menerusi laman Instagram pada petang Isnin. "Bet*** hamak ni cakar dan lukakan mata aku. Ini la pasangan penyondol yang hamak barang-barang aku," tulisnya. Menerusi video singkat yang dikongsi, kelihatan Emira Delyati atau Dewi menghempas pintu rumah ketika Cik Epal sedang membuat rakaman video. Turut kelihatan dalam video itu adalah bekas suaminya, Jofliam.
Terdahulu, Cik Epal berkongsi di Instagram Story tentang rancangannya untuk berkunjung ke rumah pasangan itu.Ia bertujuan mengambil semula barang-barang miliknya yang masih berada dalam kediaman berkenaan. Antaranya adalah set pinggan mangkuk, pakaian, perabot dan jam tangan yang dibeli ketika dia masih bergelar isteri kepada Jofliam. Dalam pada itu, Jofliam menerusi Instagram Story pula berkata dia akan berkongsi kronologi kejadian dalam masa terdekat. Jelasnya, dia juga mempunyai rakaman serta dokumen lengkap berhubung kes yang tidak dinyatakan secara jelas itu. Namun, ia disyaki mempunyai kaitan dengan perkongsian video yang dimuat naik Cik Epal. Sementara itu, Dewi juga mendakwa dia cedera akibat dikasari oleh bekas isteri suaminya, Cik Epal. Dewi, 28, turut memuat naik satu salinan laporan polis menerusi Instagram pada Isnin malam.
|
kucingitam replied at 29-4-2025 09:44 AM
terpaling tersakiti la dia ni tak habih2.. pergi la hire loyer utk settlekan hak milik barang2, hart ...
kucingitam replied at 29-4-2025 01:44 AM
terpaling tersakiti la dia ni tak habih2.. pergi la hire loyer utk settlekan hak milik barang2, hart ...
kucingitam replied at 29-4-2025 09:44 AM
terpaling tersakiti la dia ni tak habih2.. pergi la hire loyer utk settlekan hak milik barang2, hart ...
toynme replied at 29-4-2025 11:53 AM
tak sangka kan dulu loving nak mampos meninggal segala rupa la
sekarang ni tanpa sekelumit ehsan tak ...
anony-mous replied at 29-4-2025 01:30 PM
I speku duit panas. Cuba check selama ni kapel ni darah daging buat mkn, melancong apa smua duit s ...
ADVERTISEMENT