CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Budak Baik & Solat Tak Tinggal, Pekin Ibrahim Yakin Fattah Amin Bukan Playboy

30-4-2025 08:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 466| Komen: 9|Original author: Raline


pekin.png


Pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim berkongsikan mengenai sisi peribadi aktor Fattah Amin yang disifatkan seorang budak baik serta anak mak.

Memetik F8buzz, Pekin berkata berkongsikan pengalaman bersama Fattah ketika menjalani penggambaran filem Kulit Wayang tahun lalu.

Menurut Pekin lagi, dia senang dengan sikap Fattah yang tidak sombong dan merendah diri serta seorang ‘family man’.

Berkongsi lebih lanjut, sepanjang penggambaran dia melihat Fattah sering membuat panggilan video bersama anaknya, Fatima Aisya dan tidak tinggal solat.

Tambah Pekin lagi, melihatkan sikap Fattah itu membuatkan dia tampil mempertahankan aktor itu berikutan dakwaan yang timbul ketika perceraiannya sebelum ini.

“Dia bukan playboy, dia jenis anak mak. Budak baik. Kita tahu nak labelkan dia macam mana,” katanya.

Tahun lalu, aktres  Fazura mendedahkan dia memfailkan cerai terhadap Fattah Amin kerana aktor itu mengabaikan nafkah terhadap keluarga serta berlaku curang.

SUMBER: IG F8Buzz


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Myhappyending 30-4-2025 10:33 AM
Solat itu kewajipan, org solat xsemestinya baik, mcm aku, solat pon mengumpat kt porom
Quote jelita_millie 30-4-2025 01:29 PM
Myhappyending replied at 30-4-2025 10:33 AM
Solat itu kewajipan, org solat xsemestinya baik, mcm aku, solat pon mengumpat kt porom

hahaha setuju! baik tu bukan satu sisi je.. rilek2 sudah la..
Quote azurro 2-5-2025 07:50 AM
Ingat, solat sempurna membentuk peribadi yang mulia secara automatik, jika solat rajin perangai tak berubah, this is something wrong dngan solat anda, pandang dan perbaiki diri sendiri adalah lebih baik.
Quote MadameOnion 2-5-2025 08:19 AM
ya ampunn..pekin ni...sendu kan..berlakon pun berangan A lister..tapi hauk..terpaksa la menyebut nama bedol utk bgtau satu malaysia dia masih hidup
Quote MatDeghem 2-5-2025 08:47 AM
Amacam...the skin meletoppp tak?
Kat tiktok Attah bila live viewer pulohan ribu.
Tak kan 50% dari viewer tak support movie Attah.

Quote cmf_honeysweet 2-5-2025 08:53 AM
risau orang tak support filem kau kannnnnnnn
kannnnnnnnn

terpaksa la jual cerita mcm ni... so fans fattah boleh support....

kannnnnnnnnnnnnnn
Quote apedehal 2-5-2025 08:54 AM
teringat poster drama Playboy itu suami aku

Pekin ni msti orgnya mudah kena tipu ken
Quote cik_ingeniare 2-5-2025 08:58 AM
Justify family man atas sebab? Just sebab dia video call anak dia setiap hari? Relationship baik dgn anak tak semestinya yg sama dgn ex wife ye.. so sbg org yg tak sebantal dgn depa, better takyah komen lelebih
Quote zeetot 2-5-2025 09:02 AM
solat tu wajib, tu ke benchmark baik sekarang?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.037475 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top