CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hampir 10 Tahun Kahwin, Setiap Malam Hairul Hantar Mesej Cinta Buat Hanis Zalikha - “Saya Tetap Mesej Hanis Setiap Malam Sebelum Tidur"

30-4-2025 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1940| Komen: 36|Original author: Raline



hairuul.png


Pelakon Hairul Azreen mendedahkan dia sentiasa berusaha untuk menyemai rasa cinta terhadap isterinya, Hanis Zalikha meskipun usia perkahwinan mereka bakal mencecah 10 tahun pada Jun depan.

Memetik Harian Metro, Hairul berkata sejak awal perkahwinan lagi dia akan menghantar mesej romantis buat isterinya setiap malam sebelum tidur dan pelbagai topik dibualkan antara mereka.

“Saya tetap mesej Hanis setiap malam sebelum tidur walaupun kami duduk sebumbung. Walaupun boleh saja berbual, saya tetap lebih suka hantar mesej.

“Kebiasaannya, waktu malam saya akan berada di bilik gimnasium di rumah, manakala Hanis bersama anak-anak. Ketika itulah saya ambil peluang untuk mesej dia.

“Kami memang kerap berbual mengenai macam-macam perkara seperti perniagaan, perancangan dan sebagainya. Tapi bagi saya, sebelum tidur sangat penting untuk luahkan apa yang saya rasa melalui mesej,” katanya.



Sementara itu, Hairul berkata dia bukan lelaki yang pandai meluahkan isi hati serta perasaan secara bersemuka dan perasaannya terhadap isteri seperti ketika mereka di awal bercinta.

“Mungkin ada yang anggap tak perlu dah nak cakap benda-benda manis sebab dia dah jadi isteri. Tapi bagi saya, walaupun dah hampir 10 tahun berkahwin, perasaan saya tetap macam awal bercinta.

“Hanis pun selalu balas mesej saya panjang-panjang. Bila bercakap mengenai keluarga, itu cara saya. Saya tak pandai cakap banyak, hanya mampu berikan yang terbaik saja,” katanya.

Hairul dan Hanis kemudian mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

SUMBER: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misszazaz 30-4-2025 08:42 AM
hhrrrmmmmm
Quote tapirbiru 30-4-2025 08:48 AM
ok si lembam..next...
Quote Piramida 30-4-2025 08:51 AM
Alhamdullilah bagus lah.

Andai kata esok lusa jadi lain..
Jgn lah pulak berperang bertikam lidah mcm pasangan2 yg sedang bertempur kat soc med ya. Dijauhkan laaa.
Quote chandrahusin 30-4-2025 08:52 AM
Hairul ni dgn Shaheizy Sam
diorg ni nmpak ada bonding dgn anak2
mmg anak2 rapat & comfortable
Quote justchu 30-4-2025 08:59 AM
takde sapa tanya
Quote apedehal 30-4-2025 09:03 AM
chandrahusin replied at 30-4-2025 08:52 AM
Hairul ni dgn Shaheizy Sam
diorg ni nmpak ada bonding dgn anak2
mmg anak2 rapat & comfortable

Mmg jenis2 bapak yg rajin melayan anak2
Quote mizruncing 30-4-2025 09:08 AM
yelahhh nextttt.. takda sapa nk tau pasal korang ni kot
Quote SherryZass 30-4-2025 09:51 AM
Yelah sejenis hp berjahit kat tangan
Quote noor2 30-4-2025 10:07 AM
Lorrrr kalau ucapan I love you kebanyakan org mmg ucap hari2 kat laki bini...kehkeh...semua nk jd terpaling nk bgtau satu dunia..padahal org lain dlm diam2 pun biasa ucap
Quote HelgaPataki 30-4-2025 10:19 AM
Walaupun cringe tp okay la jugak ada effort. Semoga berkekalan.
Quote fifie_olin 30-4-2025 10:35 AM
hala...hala
terpaling ada bini
Quote BoongaKertas 30-4-2025 01:57 PM
even nmpk dia mcm sengal jer kan, tp iols kagum gak lah mamat ni jaga family dia. nampak dia family man even idoklah bertggu tgga kat surat/masjid selalu.
Quote aciksenah 30-4-2025 02:03 PM
Iyokan aje la..
Quote miracle_forever 30-4-2025 02:10 PM
kenapa si lembsm herul ni nmpk kecut?? faktor penuaan kah
Quote bazlina 30-4-2025 02:11 PM
hmmmmm yelaaa layannnn
Quote selipar_hijau 30-4-2025 03:45 PM
agak2 keknis bosan tak?
Quote MissVixen 30-4-2025 03:52 PM
Diam2 je. Nanti dipuja dipuji, alih2 jadi macam edika, epaliah dan lain2.
Quote newyork 30-4-2025 03:59 PM
Untung aa keknis. Kerol mmg cinta mati la tidal tak la propose time akademj fantasia..
Quote mizterpaling88 30-4-2025 05:08 PM
yelaaaaa.. jgn beria sangat. dari kes buah dgn pizza, netizen dh belajar banyak benda pasal terpaling loving ni

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.041099 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top