CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kajian baharu dedah tanda awal perpisahan pasangan dikesan seawal dua tahun sebelum berakhirnya hubungan

6-5-2025 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 584| Komen: 0|Original author: tatod

1000029070.jpg



SATU kajian terbaharu mendapati bahawa pasangan yang berpisah sebenarnya sudah menunjukkan tanda-tanda keretakan hubungan seawal satu hingga dua tahun sebelum perpisahan berlaku secara rasmi.


Menurut Janina Buhler dari Universiti Mainz, Jerman, kepuasan dalam hubungan menurun secara beransur-ansur selama beberapa tahun sebelum merosot dengan ketara dalam tempoh setahun atau dua sebelum perpisahan.


Selepas fasa itu, hubungan sukar untuk diselamatkan.


Kajian yang dijalankan bersama Ulrich Orth dari Universiti Bern, Switzerland itu menganalisis data daripada empat kajian jangka panjang di Jerman, Australia, Britain dan Belanda, yang melibatkan soal selidik berkala terhadap peserta berkenaan kehidupan dan hubungan mereka.



Buhler menjelaskan bahawa data itu membolehkan mereka meneliti proses ke arah perpisahan secara terperinci tanpa bergantung kepada ingatan masa lampau.


Hasil kajian turut menunjukkan ramai pasangan melalui tahap paling kritikal dalam hubungan selepas sedekad bersama.


Namun, kebanyakan mereka hanya mendapatkan bantuan profesional apabila hubungan hampir berakhir iaitu satu tindakan yang sudah terlambat.


“Jika pasangan mendapatkan bantuan ketika masalah masih di peringkat awal dan belum terlalu parah, peluang untuk memperbaiki hubungan dan mengelakkan perpisahan adalah lebih besar,” kata Buhler.  — The Star



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2025 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.024529 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top