SELEPAS 30 tahun bergelar selebriti, penyanyi Kim Jong Kook akhirnya membeli sebuah vila mewah bernilai KRW6.2 bilion atau RM18,678,120 pada April lalu. Memetik laporan Biz. Chosun, rumah mewah itu terletak di kawasan elit di Seoul iaitu Gangnam. Lebih menarik perhatian lagi apabila ia dibeli secara tunai memandangkan tiada gadai janji di dalam pendaftaran hartanah tersebut. Malah segala proses pembelian didakwa selesai dalam masa sehari.
Menurut sumber, Jong Kook akan mula menetap di vila mewah tersebut pada Jun depan. Kawasan berkenaan antara penempatan selebriti yang mementingkan privasi kerana dilengkapi dengan 180 kamera litar tertutup (CCTV) dan dinding luar lima lapisan.
Selain Jong Kook, pelakon Jang Geun-suk dan Lee Yo-won dipercayai turut menetap di kawasan berkenaan. Sebelum ini, Jong Kook dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak KRW100 bilion (RM304 juta) namun dia terkenal dengan sikap kedekutnya. Dia juga pernah mendedahkan masih memakai seluar dalam berlubang untuk kegunaan harian. - mStar |
silance replied at 3-5-2025 10:12 AM
RM epi 250 Kwang Soo and Jae Sok balas dendam bogelkan ahjushi ni. Selalu berlagak dengan kekuatan b ...
Orix replied at 6-5-2025 10:14 PM
eh heols ad biz ke ? byaknya aset dia....
acikonion replied at 7-5-2025 12:01 AM
Rumah besar tp nnti tisu tetap pakai selai je. ????
lasagna replied at 7-5-2025 02:36 PM
dia ni hya buat game series RM jer ke ek?
mcm tak prasan plak ada drama ke movie amek dia.
pya lah k ...
MistrezHermanaz replied at 13-5-2025 12:45 PM
dia ada variety show lain jgk my little old boy tp RM la paling besar, maybe masyukk tu payment, s ...
lasagna replied at 13-5-2025 01:41 PM
waaa senang hidup dia yaa.. tp mmg prasan laa dlm RM paling byk income dia.
byk game show jer, utk ...
ADVERTISEMENT