CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Imran Aqil dah jadi bapa, isteri tunggu 15 jam untuk bukaan rahim

8-5-2025 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 792| Komen: 10|Original author: Raline

1.png


Pelakon Imran Aqil menimang cahaya mata perempuan selepas isterinya, Dahlia Rizal selamat melahirkan zuriat mereka di sebuah pusat perubatan di sini, pukul 10.35 malam tadi.

Imran berkata, puteri sulung yang diberi nama Yusra itu sepatutnya dilahirkan secara normal, namun terpaksa melalui kaedah pembedahan selepas berbelas jam belum ada bukaan.

“Disebabkan hampir 15 jam menunggu bukaan rahim selepas air ketuban pecah, doktor menyarankan Dahlia agar menjalani pembedahan.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan saya dapat menemani isteri di dalam dewan bedah walaupun takut darah,” katanya.

Peluang menyaksikan proses kelahiran anak sulung mereka itu juga membuatkannya lebih menghargai pengorbanan Dahlia.



“Rezeki melihat proses pembedahan sehingga melahirkan anak membuatkan saya cukup hargai pengorbanan seorang ibu yang bertarung nyawa demi zuriat,” ujarnya.

Sementara itu, Dahlia juga pempengaruh turut berkongsi momen menggembirakan itu dalam Instagramnya selain mendedahkan panggilan Yusra kepada dirinya adalah ‘mommy’.



“Alhamdulillah saya baik-baik sahaja. Yusra akan panggil saya dengan panggilan mommy,” katanya.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 8-5-2025 09:05 AM
Alhamdulillah dan tahniah yaa
Quote doubleA 8-5-2025 12:07 PM
Tahniah. Simple nama tapi makna bagus
Quote alien88 8-5-2025 12:26 PM
alhamdulillah, tahniah imran & dahlia
Quote syirazee 8-5-2025 11:51 PM
Alhamdulillah...congrats Dahlia dan Imran!
Quote Minami2013 8-5-2025 11:58 PM
Alhamdulillah. Moga ibu dan baby sihat.

Quote naina 9-5-2025 12:19 AM
Tahniah..
Tapi agak2la pregnant pun shawl kusut gila dgn belit2 xtentu arah..baik pakai tdung sauk je
Quote awenda507 9-5-2025 12:36 AM
Alhamdulillah tahniah n slmt berpantang
Quote slyfynx 9-5-2025 12:49 AM
Tahniah. Cpt betul masa berlalu
Aku still la nmpk beliau mcm kanak2 lg
Quote rayna_raynes 9-5-2025 01:03 AM
best betul jd cantik. Tudung komot renyuk pun menten jelita
Quote dedek12 9-5-2025 01:04 AM
Tahniah.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.037140 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top