CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kalau Amira Othman kahwin, saya akan rasa sangat sedih.”- Irfan Haris

8-5-2025 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2234| Komen: 43|Original author: Raline

1.png


“Kalau kakak kahwin, saya akan rasa sangat sedih.”

Demikian luahan jujur penyanyi Irfan Haris yang berharap agar kakaknya, Amira Othman dipertemukan jodoh dengan lelaki budiman serta mampu menghargai wanita kesayangannya itu.

Menerusi siaran langsung dalam TikTok, Irfan atau nama sebenarnya Irfan Haris Othman, 23, berkata, dia terlalu menyayangi kakaknya dan sukar menerima kenyataan andai satu hari nanti Amira menjadi milik orang.

“Saya harap sesiapa sahaja yang mengahwini kakak, dapat menjaganya dengan baik.

“Kakak saya berhak untuk dapatkan lelaki yang baik, sebab dia pun seorang yang baik.

“Kalau kakak saya kahwin, saya akan rasa sangat sedih,” katanya menerusi video dalam TikTok.



Kenyataan pelantun Redha itu sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 31, sememangnya layak mendapat pasangan sehebat dirinya.

“Perempuan sebaik Amira memang patut dilamar lelaki yang tahu menghargai,” komen netizen.

“Kalau jodoh dengan Fattah, alhamdulillah. Sama cantik, sama serasi,” tulis peminat.

“Kami doakan Amira bahagia dunia akhirat,” kata pengguna media sosial.



Untuk rekod, Amira dan aktor Fattah Amin sebelum ini pernah digandingkan sebagai wajah kempen beberapa jenama popular hingga mencetuskan gosip mereka lebih daripada sekadar rakan artis.

Biarpun tidak pernah membuat sebarang pengakuan terbuka, peminat menyifatkan pasangan itu serasi dan turut mendapat ‘restu’ keluarga masing-masing.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 7-5-2025 09:37 PM
alolololo.....teeekkkkk


tapi dalam kesedihan ada gembira kan?
dapat bg long....retis paling hot malaysia. sekarang kamu pun dah hot juga.






Quote amyfaha 7-5-2025 09:38 PM
Bangla gedik. Ngade2 perasan cute
Quote silance 7-5-2025 09:46 PM
Edited by silance at 7-5-2025 09:48 PM

South asia.
Quote apedehal 7-5-2025 10:03 PM
Tebal betul kening dia ek..bayangkan kalau dia ni dgn elfira..huhuhu xterbayang plak kening anak2..utk x off topik..letih nengok dia ni belum kakaknya kawin lg sibuk naw mencapap
Quote siasia 7-5-2025 11:55 PM
Dah 23 pun umur ngapa mcm bdk sekolah je gaya bercakapnya
Quote Minyakyuyi 8-5-2025 12:54 AM
apedehal replied at 7-5-2025 10:03 PM
Tebal betul kening dia ek..bayangkan kalau dia ni dgn elfira..huhuhu xterbayang plak kening anak2..u ...

Untung xpayah lukis kening sis..sebijik sinchan
Quote bankerpencen 8-5-2025 01:10 AM
Jadah.
Quote tapirbiru 8-5-2025 08:14 AM
perlu ke ada topi khas utk si lembut berbulu ni..aku dh la meluat tgk dia ni..desperate nak stay relevan yach
Quote syirazee 8-5-2025 08:21 AM
Ipan pun kawin la sekali.Cari jodoh cepat2.
Quote SANKURIANG 8-5-2025 08:30 AM
Ni lebih sudu dari kuah…lebihnau mamat ni.
Quote IzzahF 8-5-2025 08:36 AM
tak habis2 la dia ni dari hari tu dia punya sedih
Quote MadameOnion 8-5-2025 08:40 AM
selamat pengantin baru jahmirah dan bedol..semoga kekal ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yg ramai..ni ikhlas tau takda perli ke apa..sesuai korang ni..kang ledek kata dengki dan taksub pulak...
Quote emera 8-5-2025 08:44 AM
Aku ingat amar bangla….
Quote kucingitam 8-5-2025 08:46 AM
apedehal replied at 7-5-2025 10:03 PM
Tebal betul kening dia ek..bayangkan kalau dia ni dgn elfira..huhuhu xterbayang plak kening anak2..u ...

hahaha jadi kening hagemaru anak2nya nanti..
Quote asudau 8-5-2025 08:56 AM
ni namanya mencapap
Quote noor2 8-5-2025 08:56 AM
Budak ni over....
Quote Olumis 8-5-2025 11:22 AM
Knp adik dia ni rupa very the bangla? Tengok mak ayah takde rupa bangla pun. Ker mata i kero???
Quote lightheaded67 8-5-2025 11:30 AM
ala spare him la
dia budak lagi
Quote lightheaded67 8-5-2025 11:30 AM
siasia replied at 7-5-2025 11:55 PM
Dah 23 pun umur ngapa mcm bdk sekolah je gaya bercakapnya


la same la aku ingt budak skolah haha

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.038680 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top