CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sakit tahan rindu, tiap hari Wany Hasrita doa nak duduk serumah dengan suami

8-5-2025 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2481| Komen: 49|Original author: Raline

1.png


Hampir empat tahun menjalani hidup sebagai pasangan jarak jauh (PJJ) bersama suami tercinta, penyanyi Wany Hasrita mengakui masih sakit menahan rindu namun kini lebih cekal dan matang menanganinya.

Ujar Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 32, meskipun hakikatnya saling berjauhan bukan perkara mudah, dia sedaya upaya belajar untuk memujuk hati dan bersyukur atas setiap aturan Tuhan.

“Bukan mudah menjalani hubungan jarak jauh, tipulah kalau saya kata tidak sakit menahan rindu. Tapi saya dah terbiasa.

“Semuanya adalah aturan Maha Esa. Kita pujuk hati sebab tahu semua ini bukan demi dunia semata-mata. Ada tanggungjawab, ada pengorbanan yang perlu diberi keutamaan.

“Jadi, untuk soalan PJJ tu, alhamdulillah, saya dah belajar terima,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelantun Cinta Khayalan itu lagi, setiap kali mendapat cuti, dia bersama anak perempuan, Aishah Al Iman, pasti akan terbang ke Sarawak untuk bertemu suami, Mohd. Al-Adib Fahmi Harun yang bertugas sebagai juruterbang di sana.

“Bila ada ruang dan masa, saya balik Sarawak. Itu memang rutin saya.

“Tak semestinya aktiviti besar pun. Jalan-jalan pun cukup. Kawasan rumah suami saya luas, ada rumput. Suami suka ‘grounding’ bersama anak dan saya pun ikut. Itu waktu tenang kami,” kongsinya.

Meskipun tampak kuat di luar, Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-31 (ABP31) itu tidak menafikan hatinya tetap sarat doa, berharap agar suatu hari nanti mereka dapat tinggal bersama sebagai satu keluarga lengkap.

“Untuk tinggal bersama itu mestilah ada perancangan malah setiap kali solat, saya doa agar Allah bagi jalan yang baik.

“Rezeki pekerjaan, ruang untuk tinggal bersama, semua itu saya mohon supaya dapat hidup sebumbung dengan suami.

“Namun macam saya cakap tadi, kita percaya kepada ketentuan Tuhan, Dia tahu yang terbaik untuk kita,” tuturnya pada majlis pelancaran lagu Jahat bersama media dan peminat, di sini, semalam.

Untuk rekod, merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Aishah yang kini hampir mencecah usia dua tahun.

Dalam perkembangan kerjaya, Wany tampil dengan single terbaharu berjudul Jahat, karya bernuansa emosi yang turut diangkat sebagai lagu tema drama bersiri Pabila Dia Tersenyum dan ditayangkan di platform Viu sejak 24 April lalu.

Lebih istimewa, lagu tersebut menjadi detik kerjasama pertamanya bersama komposer popular Indonesia seperti Audree Dewangga, David Elsandro, Andre Lizt dan Trakast, di bawah terbitan Sony Music Malaysia.

Single Jahat kini boleh didengari dalam semua platform penstriman digital utama seperti Apple Music, Spotify, dan YouTube Music

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 7-5-2025 11:08 PM
hang p lah ikut laki dok sarawak sinun
tak menyanyi pun tak apa aih
kami tak rindu

so tak lah tanggung rindu
tak lah berPJJ lagi
Quote zuriey 7-5-2025 11:51 PM
Kahwin bt apa kalau nak pjj
Bukan laki ko tu miskin benar tak boleh tanggung ko..
Quote bankerpencen 8-5-2025 01:11 AM
Ala kau bukannya kerja opis ke apa sampai kena berjauhan dgn toklaki.
Quote AmandaRollins 8-5-2025 02:03 AM
Laki bini sombong…lalu dpn mata masa kt gpo(ye gpo je level2 dorang)..org lalu dpn mata mst la kita pandang or tgk kan..ehhh siap menjeling kau..jate hok betine sama je jeling…ehhh hello???mcm la aku hamak ngn
artis..
Quote AmandaRollins 8-5-2025 02:04 AM
Anak drg pun x comel..tgk dpn2 sgt x comel…
Quote irvene 8-5-2025 03:21 AM
semua bermuka awam. ok next
Quote Zeelalala 8-5-2025 04:09 AM
Apa pula masalahnya kau x boleh ikut laki kat Swk? Kau keje ofis ke makcik? Ehhhhh....

Next!
Quote shania88 8-5-2025 05:42 AM
dah dah..tak payah nyanyi dah..duduk dediam bwh ketiak laki kau kat sarawak tu .. dun wori rakyat malaysia okey jer..
Quote IzzahF 8-5-2025 08:10 AM
lah igtkan laki dia kat NZ ke Sweden ke pjj nau la Sarawak je pun. ko retis je bukan keje ikut office hr
Quote adeqbun 8-5-2025 08:11 AM
HHAHA KESIAN..xde komen murni2 yg keluar..
Quote SherryZass 8-5-2025 08:15 AM
irvene replied at 7-5-2025 08:21 PM
semua bermuka awam. ok next

Haha. Sheolls kembaranya thomas & frienda chuolls
Quote tapirbiru 8-5-2025 08:16 AM
ko sendu dik..malaysia tak haus kalau kau takde dlm industri..so?
Quote SherryZass 8-5-2025 08:16 AM
Ala kalau dia berkambus ikut somi dia duk sarawak, takdak siapa kesaahhh pun. Bukannya kau kerja gomenn sampai kena buat surat nak transfer bagai
Quote stania83 8-5-2025 08:17 AM
Wani dalam program masak dgn suami gediknyaaaa lahaii ingatkan introvert..somi dia pandaii masakkk.
Quote syirazee 8-5-2025 08:18 AM
Ikut je la duk sarawak tu. Bukan keje gomen pun.
Quote yum3 8-5-2025 08:36 AM
stania83 replied at 8-5-2025 08:17 AM
Wani dalam program masak dgn suami gediknyaaaa lahaii ingatkan introvert..somi dia pandaii masakkk.

sejak aku tertinguk kegedikan minah dlm program tu aku terus cam tak suka minah ni hahahha.. dengor je suara dlm radio terus tuko channel. Brtapa meluatnya  sis ahahhahahhah opsss.... sorryy

Quote MakcikTermenong 8-5-2025 08:39 AM
Halah halah...next...sembang macam ko keje opis nak kena tunggu mohon pertukarang bagai...
Quote emera 8-5-2025 08:45 AM
Aku x suka minah ni.
Quote fifie_olin 8-5-2025 08:45 AM
laki sheols kata pkai tudung biar smpai tutup dada
tp melalak bole plak
apo

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.058513 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top