CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kieda Crepe tak puas hati makanan kena kutuk, siap pergi jumpa depan-depan

8-5-2025 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1495| Komen: 33|Original author: Raline

1.png


Gara-gara memberi ulasan buruk mengenai crepe, usahawan Kieda Crepe bertindak berjumpa individu itu kerana tindakannya memberi kesan negatif terhadap syarikat miliknya.

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Siti Nur Khalieda Yusra, 28, memuat naik video memaparkan wanita bernama Nur Zamilah Shaari membuat permohonan maaf di hadapannya.



Zamilah mengakui kesilapannya kerana memberi ulasan negatif berkenaan produk makanan yang dijual Kieda.

Sementara itu, Kieda memaklumkan permohonan maaf itu diterima dan kes tersebut tidak akan diteruskan ke mahkamah.

Contohlah, awak ada beli produk Kieda dan rasa tidak sedap, cukuplah ia diberitahu dengan saya dan saudara mara sahaja.

Tidak perlu burukkan nama kedai itu di media sosial sebab syarikat saya ada banyak perut yang saya kena isi.

Saya boleh pulangkan semula duit awak.

Kata Kieda, dia berharap agar video tersebut memberi pengajaran kepada orang ramai yang cuba untuk memburukkan nama syarikatnya.

Dalam pada itu, Kieda juga memaklumkan dia sudah memulangkan semula duit Zamilah.

Sebelum ini, Zamilah memuat naik hantaran di WhatsApp Story menyatakan crepe yang dijual oleh Kieda tidak sedap seperti yang diuar-uarkan orang ramai.

Zamilah turut mencemuh produk jualan itu serta membuat perbandingan dengan jenama lain yang menjual crepe.

Sumber: OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 7-5-2025 09:17 PM
pembodohan apa plak ni
Quote prince_marhaen 8-5-2025 10:28 AM
semoga melingkopppppppp lahhh sampah ni..
Quote mizruncing 8-5-2025 10:34 AM
kedai dia full house je tgk. xtau la demi content ke apa dia ni. tak tau plak x boleh komen makanan dia tu klu x sedap
Quote BungaKencana 8-5-2025 10:39 AM
mksdnye kne bgtau dia kalau tak sedap? tp lps tu dia ttp akan buat video kecam org tu.. so baik viralkan je... HHAHHA
Quote PinkyPie 8-5-2025 10:59 AM
Lempeng je pun
Quote dewi_rina 8-5-2025 12:00 PM
Lahh, tak boleh ye.. Kena puji je ye, kieda kieda.. Semoga melingkup ye, orang support kau tapi bila support dah naik jadi mcm ni pulak dia
Quote Prickford 8-5-2025 12:11 PM
"Contohlah, awak ada beli produk Kieda dan rasa tidak sedap, cukuplah ia diberitahu dengan saya dan saudara mara sahaja."

Ok la Keda oiii. Apa kata kau niaga gitau sedara mara je? Boleh?


Quote tipah89 8-5-2025 12:18 PM
aku pernah pegi, tu pun sbb singgah Penang n kebetulan lalu, kedai plak xberatur so aku masukla. ok laki dia baik, sgt sopan n friendly, tapi aku xsuka Kida ni suka jerit2 ntah pape. btw aku rasa semua flavour crepe dia, apa yg aku buleh kata, makanan vendor yg mix fruit puding, daging grill tu sedap..crepe dia? hmmmm biashe je Nyah n cepat cair..
Quote awanysss 8-5-2025 12:35 PM
dia buat kat status ws kan?
by right status ws tu hanya orang terdekat je yg dpt tgk biasanya..
so mmg babi siapa yang screenshot dan viralkan..
and lg babi si kieda ni acah acah krepe dia paling sedap.. tgk pun tahu tak sedap/
Quote awanysss 8-5-2025 12:36 PM
mizruncing replied at 8-5-2025 10:34 AM
kedai dia full house je tgk. xtau la demi content ke apa dia ni. tak tau plak x boleh komen makanan  ...

ummah meleis kan bodoh piang gila glemer hamba internet haha
tak sedap pun bodoh beratur demi sekeping post di media social..
Quote mizruncing 8-5-2025 12:47 PM
tipah89 replied at 8-5-2025 04:18 AM
aku pernah pegi, tu pun sbb singgah Penang n kebetulan lalu, kedai plak xberatur so aku masukla. ok  ...

aku x pernah lg try crepe dia sbb x penah teringin pon dgn harga mahal gitu. aku beli mini mile dia je. beli ari tu mcm kureng cket . sblm ni beli sedap je. xtau tang mana yg kureng. tu pon singgah sbb kebetulan pi bertam tu. tgk map dekat ngan kedai dia so saja la singgah.. harga lain nasi2, ayam ramen dlm 12 hengget. wrap ayam rm7. laksa dia sedap rm6 xtau kot dah naik harga sbb beli tahun lepas. taufu fah dia mahal dlm rm7.. mini mile n kek2 lain pon agak pricey jugak la harga. naseb x heran sgt sbb kl ni melambak je

Quote tipah89 8-5-2025 02:11 PM
mizruncing replied at 8-5-2025 12:47 PM
aku x pernah lg try crepe dia sbb x penah teringin pon dgn harga mahal gitu. aku beli mini mile di ...

produk dia agak mahal la pada aku, n maybe dia da adjus size sbb xdela besar mana pun mcm mula2 dulu n yes memang xsedap mana pun..aku beli yg premium durian, still dia mix mcm lempuk tu, bukan durian ori n bagi aku xsesuai sgt harga dia lagu tu..kalau aku dtg penang lagi memang xde la kot nak singgah. sekali cukup .
Quote dewi_rina 8-5-2025 02:12 PM
awanysss replied at 8-5-2025 04:35 AM
dia buat kat status ws kan?
by right status ws tu hanya orang terdekat je yg dpt tgk biasanya..
so m ...

Tulah kan, dia bgtau sedara mara dia je lah tu kan
Quote mizruncing 8-5-2025 02:14 PM
tipah89 replied at 8-5-2025 06:11 AM
produk dia agak mahal la pada aku, n maybe dia da adjus size sbb xdela besar mana pun mcm mula2 du ...

ye aku pon x kan singgah dah pas ni. setakat kek2 tu belambak la haih org jual.. crepe tu je yg jarang org buat. tp dia kena la terima pendapat. bongkak sgt ni risau tersungkur je. pas ni dia buat tour kt ampang kan? nak tgk jugak sapa yg hadap sgt tu.. harapkan ps je kot yg habiskan nanti
Quote Riz_one 8-5-2025 03:31 PM
pukieda ni berlagak sebab pemakan taik dia banyak dok jadi batu api, status wssap ja pun
Quote seri_mawr 8-5-2025 05:03 PM
Edited by seri_mawr at 8-5-2025 05:08 PM

aku makan durian crepe sedap gila masa duk shah alam jah..tapi seller tu x buat daa...
selain dr itu tak pernah aku jumpa sesedap ituu....

yang makanan viral ni usah lah percaya...selera org yg beratur tu sah2 x sama dgn selera aku yang cerewet ni...huhuhu

begitu juga dgn dessert yang suka2 tu...penat beratur jah....rasa boleh menyesalll....ni gara2 anak aku lah ni nak try sgt...huhuu... siapa suka manis2 mmg kena laa...
Quote seri_mawr 8-5-2025 05:05 PM
tapikan org tu komen kat status wasap...tu kira dia nk bg tahu sedara mara n kawan2 dia je la kan maksudnya.......erti kata lain contact list dia jah.....

x leh terima hakikat lak org tak suka rasa crepe dia...haru betulll....
taste buds org kan lain2..apa ke hall sampai nak saman2....

Quote seri_mawr 8-5-2025 05:08 PM
seseungguhnya customer tu jujurrrrr....
Quote aryyan 8-5-2025 05:12 PM
so better komen kt gogel review ja la lepasni.
maybe br rs proper & profesional?

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.040559 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top