CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Islam ke? tak ada didikan agama? -PU Syed hentam Ameera Khan dan Jefri Nichol

8-5-2025 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4286| Komen: 50|Original author: Raline

1.png


Penceramah bebas PU Syed secara terbuka menegur pasangan yang sedang hangat bercinta iaitu pempengaruh Ameera Khan dan pelakon Indonesia Jefri Nichol.

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 43, berkata teguran itu dibuat selepas Jefri memuat naik video meriba dan mencium pipi adik kepada selebriti, Neelofa di Instagram.

PU Syed dengan tegas menegur mengenai batas pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana mereka masih lagi belum menjadi pasangan yang sah di dalam Islam.



Kalian berdua ini beragama Islam kan?

Tak gerunkah kalian kepada Allah?

Tiadakah didikan agama yang kalian berdua terima sehingga tidak langsung merasa malu atas perbuatan yang kalian lakukan?

Maruah ibu dan ayah serta keluarga kalian campakkan ke mana?

Lebih-lebih lagi maruah agama Islam yang menitik beratkan tentang pergaulan lelaki dan perempuan yang bukan mahram!

Dalam teguran itu, PU Syed turut menggesa Ameera dan Jefri untuk berhenti melakukan dosa secara terang-terangan.

Adakah alasan cinta atau adakah disebabkan kalian ini kononnya public figure, justeru membenarkan segala yang ditegah agama itu sewenang-wenangnya boleh dilakukan oleh kalian?

Golongan seperti inilah yang amat merisaukan kita sebenarnya.

Kalau dalam cerita Bidaah adanya watak walid yang gilakan wanita, bagaimana pula dengan kisah pasangan ini?

Perbuatan ini boleh jadi halal jika kalian bernikah. Selepas itu, nak buat apa pun silakan selagi dibenarkan syarak, jangan asyik pergi sana sini tanpa sebarang ikatan yang sah.

Cukup-cukuplah menabur dosa, malulah kepada Allah!

Sumber: OhBulan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 7-5-2025 09:35 PM
Selamani pu shit ni sound sana sini iols tak gemar, this time iols sokom heols!
Quote beatgirlX 7-5-2025 09:47 PM
Panas muntot tak family depa?
Setepek tepat kena tegur
Quote SisLena 7-5-2025 09:51 PM
Finally.. Hahaha. Nk harapkan purit, takut bini
Quote Hoola 7-5-2025 09:58 PM
PU syed kenai tak abg ipo si pelaku?
kahkahkah
mak dia pum sllu berdoa
kak dia pum berpurdah
nnti smpai la hdayah
tara nk sampai tu......
seluruh rkyt kenyang melihat aksi manjah chenta ksh syg antara dua negara serumpum

boom shit syakalalalaa boom shit
Quote apedehal 7-5-2025 10:01 PM
Tahniah..akhirnya bersuara
Quote Kuin-Kepam 7-5-2025 10:08 PM
Sebab dia x de berkerandut berbulu bang oi..sebab tu le double standard walaupun maksiat depan mata!

Ujung2 "doakan je lah dapat hidayah"...katenyer! Cuba Bam Jat cam nak kiamat kemain menyalak!

[youtube]ub32HgRvj2w?si=kX7GldiHXiCcqeww[/youtube]
Quote sharlenetexas 7-5-2025 10:10 PM
Bak kat acik @sepitsiput, tanya mereka adakah dah khatam berdua?


Quote Zeelalala 7-5-2025 10:17 PM
barai esok putus lah tu...geram betul
Quote Nurdianah 7-5-2025 10:24 PM
So dengan erti kata lain … abg ipar lebai tu gagal lah kan sebagai Pencetos?

IMG_9586.gif
Quote Manusiabesa 7-5-2025 10:30 PM
Setuju... budak lembam ni mmg makin mlampau. Paling jelas dia xhirau maruah datin kartini dan dato halim khan. Apa sudah jadi.anak dara dh jd mcm pelacur. Pkaian tu sikit lg nmpk biji poen... bkn lawa mana  pun... rangka mcm jantan... mcm.terlebih hormon lelaki.. perasan lawa betul..... xksian ka mak hg kanser tetek tahap 1... adoi keluarga tunggang langgang. Bibi khadijah nenek kt kg tudung labuh solat xtinggal.... xtegur cucu ke. Bgus pusyed.

Lg 1 hrp pusyed bg perhatian jugak. Mjlis resepsi eyka akhyar kt lgkwi tu dihadiri oleh semua ttmu yg bogel. Apa sudah jdi. Nt lgkawi termasuk mainland kedah dpt bala aku pulak yg nk terasa bala.tu skli. Abil tu pkaian ya rabbi biji poen dgn puting susu dh tersembul dh. Geng bridemaid smua boleh kata bogel. Mlysia dh jd apa. Mcm indon kot??
Quote noor2 7-5-2025 10:42 PM
Edited by noor2 at 7-5-2025 10:43 PM

Satu family DAYUS...bapak x berani tegur anak,  mak x berani tegur anak, kakak dan abang ipar x berani tegur adik...ingatkan letak Allah no 1...rupanya semua WAYANG Tunjuk ALIM...lagi BANGGA tgk anak, tgk adik buat maksiat depan mata..kahkah
Quote katakauu 8-5-2025 12:17 AM
kihkihkih
tersingkap pordah jahlob kalau kena jentik cam gini

yg kitfuu tu pun tegur la skali. die tu dh betul kapir yg pompuan islam tu alahaiiii.kot ye pun utk marketing inayahhh tu elok la sikit.xkawen lg tp mcm laki bini gelikkkk
Quote immortallez 8-5-2025 08:24 AM
Bapak dia paling dayus, depan mata anak perempuan letak kaki atas peha jantan. Apa nak diharapkan kat PuBird tu. Dia bukan ada kelulusan bidang agama pun. Dia & Jahlop sama2 penunggang Agama. Iols paling benci manusia yg menunggang agama. Bini bernikab tapi tudung singkat nampak bahu. Baik kau cabut je Nikab tu. Sama macam kau hina pemakaian nikab tu kau tau tak
Quote syirazee 8-5-2025 08:32 AM
Apa yg nak dibuktikan dekat kita ni tak tau lah.Bangga betul buat benda bukan2 pastu tayang sana sini dlm media sosial.
Quote I.K.A888990 8-5-2025 08:36 AM
sebelum2 ni ada baca komen katanya yg lemak bra ni takut gila dgn tok rebonding. susah aku nak percaya bab ni..ni peel anak mcm ni mustahillah tok rebonding tak tau pape lgsg psl anak dia menonggeng menunggang jefri ni..dgn sexy seksanya menjadi2 lagi..yg nek tini tu tau lah enabler gila2..kang tiber nektini sound pulak si pu syed ni kan mcm dia sound netz psl anak dia menonggeng dgn mamat seks ni haha
Quote prince_marhaen 8-5-2025 10:10 AM
Itu hari pun bangga post gi indon, dok tayang morning2 dalam hotel ngan mat indon ni, tayang bangun pagi la, botol ubat mat indon la...keluar bfast tak pakai seluar la... macam pelacur dah..
Quote chipsmoremore 8-5-2025 01:33 PM
allahuakbar... mmg x de urat malu dah depa ni, kita tertengok pun takut tp dah keluar kat fyp dah tnmpk...igt kita nak ambik tahu pasal ank dia sgt ke huhu nambah dosa aku betul la geng2 depa ni...
Quote Zazama 8-5-2025 03:43 PM
MakPaknya pun harap seriuoslah. Jgn diamkan aje. Aksi mesra di post ke medsos pulak tu. Hentikanlah kebanggan post2 benda mcmni!
Quote babelina 8-5-2025 04:07 PM
elok la tegur ustaz oiii.. biar mak pak dia sekali rasa.. kita tgk pn segan.. ada la aku tgk live dia yg dorg cut2 tu.. mcm selamba giler.. "jgn risaukn bby.. mak ayah bby ikut jer pilihan bby.." lbh kurang gitew la.. pastu kutuk netizen..hmmm..

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.139004 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top