CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan sampai Kak KM marah, habis hidup kau nanti

8-5-2025 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1205| Komen: 10|Original author: Raline

1.png


Usahawan sensasi Kak KM akui memiliki mulut ‘pedas’ sehingga memilih untuk tidak membalas hinaan orang kepadanya demi mengelakkan daripada memberi kesan buruk kepada individu yang terlibat.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memaklumkan bahawa dirinya tidak pernah sesekali menghina mana-mana individu mahupun musuhnya sendiri.

Berkongsi lebih lanjut, pengasas produk kecantikan, SweetDara itu pernah dihina oleh bekas suami kakaknya, Rose Azlin namun Kak KM memilih untuk berdiam diri.

Kalau aku terlampau marah, individu itu akan down seumur hidup dia.

Sebab itu, aku tak pernah hina orang.

Bekas suami Kak Nona pernah menghina aku sampai bawa kes ini ke mahkamah. Dia cakap aku nak rosakkan rumah tangga mereka.

Aku gelak saja, sebab kalau aku hina dia, sampai mati dia akan ingat mulut aku.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji personaliti anak kepada pelakon Norman Damanhuri itu yang berhati mulia sehingga mampu bersabar dengan hinaan yang diterima. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Kak KM sentiasa dipelihara Allah.

Sumber: TikTok @vnillyne

Sumber: OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 8-5-2025 04:05 PM
Hidop meolls aman setelah block kak km di ig ..dah tak lalu kat fyp dah.. hahahahah
Quote Riz_one 8-5-2025 04:49 PM
KM jamu ketat boleh dibanggakan anak cucu kemudian hari...
Quote jihyomelly 8-5-2025 05:21 PM
bila kluar kak km iols slalu terkonpius dgn KKM
Quote noor2 8-5-2025 05:56 PM
Bukan dia selalu hina laki dia ke terang2
Quote bottombikini 8-5-2025 06:26 PM
takbur sangat bunyi nye
mana kau tau org tu akan down seumur hidup??
kau boleh meramal masa depan keww
Quote slyfynx 9-5-2025 12:04 AM
Die ni kalau betul2 sekali tersungkur, mau terus cr gua sembunyi
Quote siasia 9-5-2025 06:08 AM
Mcm tuhan pula ko berasa ya
Quote shida81 9-5-2025 07:16 AM
Acah2 Sgt pompuan ni mcm mulut ko plg puaka.. Ko try la cari psal ngn diva AA
Quote orkid_amani 9-5-2025 09:39 AM
jihyomelly replied at 8-5-2025 05:21 PM
bila kluar kak km iols slalu terkonpius dgn KKM

Sama laa dgn kes yg Tokti nyanyi dekat open house KKM tuu..dok ingatkan netz bergasak sbb kak km ni banyak banyak kali ulang baca tajuk pun xfaham lg..kena baca isi jugak baru faham
Quote iraizz 9-5-2025 10:03 AM
siasia replied at 9-5-2025 06:08 AM
Mcm tuhan pula ko berasa ya

Kan.... Terpaling makbur kata2

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.059463 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top