CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fasha Sandha gembira sahabat akhirnya bertemu jodoh, kongsi Luna Maya mahu segera timang anak

8-5-2025 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1658| Komen: 20|Original author: tatod

1000030813.jpg




PELAKON Fasha Sandha sanggup terbang ke Bali, Indonesia semata-mata ingin meraikan perkahwinan rakan artis Luna Maya pada Rabu.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, berkata, dia sudah lama tidak bertemu dengan sahabatnya itu namun mereka masih sentiasa berhubung antara satu sama lain.

Kata Fasha, dia tumpang gembira melihat Luna kini sudah bertemu teman hidup.

"Sejak 2001 tak selalu jumpa sebab dah lama saya tak pergi Jakarta dan dia (Luna) pun tak datang Kuala Lumpur, tapi kami selalu berhubung.

1000030810.jpg



"Saya gembira awak (Luna) sudah bertemu dengan soulmate awak Luna sayang.


"Terima kasih kerana berkongsi hari bahagia ini dengan kami. Majlis perkahwinan yang sungguh indah," katanya.


Fasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.


Dalam pada itu, Fasha memberitahu sebelum ini Luna sering tertanya-tanya bilakah dia akan mengakhiri zaman bujang.


Malah kongsi Fasha, pelakon filem Sumala itu ingin segera hamil dan meminta peminatnya untuk mengirimkan doa.


"Dia (Luna) selalu cakap entah bila dia nak kahwin tapi Alhamdulillah jodoh rahsia Allah.


“Paling penting saya berbesar hati apabila diundang ke majlis perkahwinannya.


"Jom semua tolong doakan Luna cepat-cepat dapat bayi. Dia kata ini (dapat anak) adalah impiannya selepas ini, nak cepat hamil," ujarnya.


Pada petang Rabu, Luna dan pasangannya Maxime Bouttier sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.


Luna dinikahkan sendiri oleh abang kandungnya iaitu Tipi Jabrik dan disaksikan oleh pelakon Raffi Ahmad, seorang penolong pendaftar perkahwinan serta seorang lagi saksi.


1000030811.jpg


Majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup itu hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat rapat.


Upacara pernikahan pasangan selebriti ini turut disiarkan secara langsung menerusi YouTube Luna Maya.


Untuk rekod, hubungan cinta Luna dan Maxime mula dihidu peminat sekitar tahun 2023.


Pada April lalu, Maxime melamar Luna dengan melutut dan menghulurkan sebentuk cincin ke arah aktres itu semasa mereka bercuti di Jepun. - mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 8-5-2025 09:10 AM
lebih kurang sama muka fasha maya
tahniah tahniah dpt sauk anak ikan
Quote KBW2 8-5-2025 09:17 AM
macam adik beradik
Quote gadis_tulip 8-5-2025 09:20 AM
Luna and laki dia beza 10 tahun kan? Luna 42 and laki dia 32 la kot. Tapi luna nie muslim ye?
Quote manehnya 8-5-2025 09:51 AM
laki dia helok sgt.. pelakon ticket to paradise, smoga allah kurniakan zuriat
Quote kessah 8-5-2025 10:03 AM
helok dua2 .... slmt pengantin baruuu luna !
Quote cawanmilosuam 8-5-2025 10:07 AM
heloknya laki awak.luna... dulu suka tgok luna dgn reno barak, tp x sangka skdar jaga jodoh org ..
Quote Zeelalala 8-5-2025 10:12 AM
Cantik dan hesmes....iols jelezzzz yek....
Quote annabellaruz2 8-5-2025 11:14 AM
Fasha ni dh tinggi, Luna lg tinggi rupanya.
Fasha 1.68, Luna 1.72.

Tak sia2 single lama2...dapat tangkap anak ikan helok..
Quote Haibara-san 16-5-2025 10:23 AM
manehnya replied at 8-5-2025 09:51 AM
laki dia helok sgt.. pelakon ticket to paradise, smoga allah kurniakan zuriat

filem julia roberts dgn george clooney tu kan? tersengguk-sengguk meols tahan ngantuk tengok cter tu sbb xberapa best sgt.. lemau filem psl anak dorg nak kahwin, tapi poster muka george clooney ngan julia roberts. pastu tgk behind the scene, dorg bukan shooting kat Bali pun. dorang shoot the film kat pulau apa ntah, kat Australia sne.
Quote Burong_Hantuk 16-5-2025 10:30 AM
Ok next....
Quote noor2 16-5-2025 05:19 PM
Fasha ni sama level cantik dgn Luna maya
Quote Lampuled 16-5-2025 07:24 PM
Tak sangka FS ni bff dgn LM sbb tak pernah nampak sgt FS ni share mingle dgn artis sana.
Quote sharlenetexas 17-5-2025 12:23 AM
Nasa clan dijemput tak?


Quote makcun14 17-5-2025 08:03 AM
sharlenetexas replied at 17-5-2025 12:23 AM
Nasa clan dijemput tak?

ada chuols, penampakan diana dengan boyfriend matsaleh
Quote makcun14 17-5-2025 08:38 AM
betul ada iras luna maya ngan fasha sanda padahal fs mix anak mami, luna maya mix austria belah mak.
ternyata darah nusantara kuat walaupun dah mix blood.
Quote Manusiabesa 17-5-2025 08:44 AM
Fasha ni lawa gila. Elisya pn xdpt lawan lawa kakak. LM xpelik la lawa pn sbb mostly leluhur indon mmg mix dgn belanda. Sbb tu ramai girls sana lawa2.  Tp laki2 indon xbrpa byk yg hensem tp even x hensem tp ummah indon byk dilahirkan suara sedap.
Quote imthegirl 17-5-2025 08:48 AM
Luna maya muka pre adjust sangat sangat lawa ye. Tahun 2004-2005 zaman berlakon sinetoron tu.
Quote razzia 17-5-2025 02:59 PM
kemain ye bff luna ank tokan keta malaysia tu,kan ada majlis dia minum2,nampak si D tu pegang gelas wain.pada hal umrah dh pergi berkali.silap2 haji pun dh p.i all ingt sekadar menyeksi ja skrng.
Quote dua_chzy 17-5-2025 03:02 PM
razzia replied at 17-5-2025 06:59 AM
kemain ye bff luna ank tokan keta malaysia tu,kan ada majlis dia minum2,nampak si D tu pegang gelas  ...


Saprkling water kot sis. Indomie pun hada masa resepsi deol.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050124 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top