CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sedekad bergelar anak seni macam tiada makna, penganjur tergamak tawar Caliph Buskers RM500 buat persembahan

8-5-2025 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 653| Komen: 11|Original author: tatod

1000030986.jpg



SEDEKAD bergelar anak seni, Caliph Buskers masih berdepan masalah bayaran apabila ada penganjur masih menawarkan harga rendah yang tidak setimpal.


Melihat perkara itu tidak sepatutnya berlaku, Caliph Busker menjelaskan harga ditetapkan mereka juga adalah wajar bagi memenuhi keperluan persembahan selain dibahagikan bersama tiga anggotanya.


“Satu dekad melalui jalan ini, kami tak pernah letak harga melampaui keperluan. Ada kalkulatornya termasuk untuk pengangkutan, tenaga kerja, latihan dan juga segala kos yang perlu.


“Setelah selesai dan dibahagi sesama kami, sama sekali tidak menjadikan kami mampu hidup bermewah. Cukup saja untuk kelangsungan hidup,” katanya.




Perkara tersebut dikongsi laman Instagram rasmi milik kumpulan ini pada Rabu.


Menerusi hantaran sama, Caliph Buskers turut memuat naik mesej beberapa pihak memberi tawaran harga tidak masuk akal termasuk serendah RM500.


Malah ada menawarkan bayaran tidak sampai RM1,000 bagi persembahan di luar Kuala Lumpur.




Kumpulan ini dianggotai oleh Azmi Saat selaku vokal, Nirwan (gitar) dan Zaki (bes).


Dalam nada kecewa, Caliph Buskers juga menganggap bayaran yang diterima jauh berbeza berbanding artis baharu.


Bukan minta dilayan seperti VIP tetapi mereka hanya berharap agar bakat dan seni diketengahkan dihargai dengan adil.


"Namun ada juga melabelkan harga kami tinggi. Mungkin mereka tak tahu, apa kami terima selalunya masih di bawah bayaran diberi kepada mereka yang baru menapak dalam industri, yang masih mencari rentak. Meski belum satu pun anugerah pengiktirafan di tangan mereka.


"Kami bukan minta bulan dan bintang mahupun layanan kelas VIP. Tetapi cukuplah kalau seni kami dihargai sewajarnya. Kerana dari situlah, kami menafkahi diri dan tanggungan," cerita mereka.




Dalam pada itu, mereka berharap pihak penganjur lebih peka selain menghargai bakat serta usaha mereka untuk terus memperjuangkan bakat dalam industri seni.


“Setiap melodi kami mainkan dan setiap lirik kami nyanyikan datang bersama semangat dan keikhlasan.


“Disertai usaha yang tak pernah putus meskipun dibatasi kekangan kami miliki. Kami langgar batas keterbatasan demi menjalani kehidupan.


"Apa kami harapkan hanyalah sebuah penghargaan yang jujur dan adil terhadap usaha dan seni yang dibawa kerana di sebalik perjalanan kami, ada perjalanan tidak ramai sanggup tempuh," jelas kumpulan itu. - mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 8-5-2025 05:08 PM
Patutnya lagi mahal, logistik untuk warga OKU sangat renyah ye...macam2 diorang kena handle...
Rm500 tu nak bersiap sendiri pun susah, nak hire stylist or MUA ke lagi lah takde bajet... kesian...
Quote L.U.S.M 8-5-2025 09:28 PM
Femes pun sbb edry
Klu xkena kutip dlu masih menyanyi kat depan sogo kan
So kena la sedar diri

Quote acikonion 9-5-2025 07:31 AM
Kalau x nak ambil 500 tu, ada je penyanyi lain yg sanggup terima offer tu
Quote swimswim 14-5-2025 01:19 PM
1k actually mahal sekadar utk nyanyi 3jam.

Kalau nk murah lagi, patutnya organizer pasang lagu utube pastu jemput sapa2 tepi pentas tolong nyanyi
Quote doubleA 14-5-2025 01:32 PM
Dorang dah ada nama pun so boleh ja demand. Iols caya retis sendu lain yg bukan oku lagi tinggi bayaran mungkin sebab “femes” atau eye candy
Quote seri_mawr 14-5-2025 04:44 PM
org pun tak agak2....derang ada nama kot..takkan RM500 jah...
agak kejam jua..
group derang semua OKU penglihatan ke..?

jgn kena kencing dgn manager sudah...org byr 5K dia ckp 500....
Quote matseh 14-5-2025 05:24 PM
suka hati la. Demand sama rate dgn Anuar Zain atau Dayang Faezah la.
Quote nadie90 14-5-2025 05:28 PM
The main point pasal isu penyanyi yg diundang buat persembahan tapi bayar ciput adalah penganjur la....penyanyi yg tekankan psl harga tu, ya rasanya rmai yg fhm

Cr pling sng...tolak saja undangan tapi bila tolak tu ibarat tolak periuk nasi sendiri

Apapun terpulang kat penyanyi tu sendiri....semua bergantung pd demand & supply....kerja jd penyanyi atau 'artis', bawa2 belajar psl demand & supply....wlpun penyanyi tu pernh ada rekod jenayah sekalipun lg2 kat Malaysia ni
Quote toynme 14-5-2025 05:29 PM
penganjur pun mcm tial perangai
ni mesti jenis kepci nak boikot tapi anak tempatan pandang rendah mcm tu je
Quote aryyan 14-5-2025 05:41 PM
depa ni bkn retis under kru company ke?
ptt concert ritu ambik depa as guest pn ok kot.
Quote sleepandream 14-5-2025 05:58 PM
realitinya kalau caliph busker ni buat konsert chuols nak beli tidak tiket?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.035891 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top