CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya tetap beruban, ada kedut pada wajah – Marissa Yasmin

8-5-2025 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3451| Komen: 53|Original author: tatod

1000031073.jpg



PETALING JAYA – Sering dipuji kelihatan muda, pelakon Marissa Yasmin bersyukur dengan kurniaan Allah walaupun sudah menghampiri garis usia 50 tahun.


Percaya dengan kecantikan alami, Marissa atau Marissa Yasmin Mariam Yaakob, 48, mengakui melalui fasa peralihan umur tanpa perlu mengubah wajah menerusi pembedahan.


“Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Saya tetap beruban dan ada kedut pada wajah tetapi pegangan saya mudah nak ‘age gracefully’ (menua dengan anggun).


“Tidak ada di mana-mana kitab kalau tua akan jadi muda. Sudah semestinya boleh buat pembedahan tetapi bagi saya kenapa nak ‘against the clock’.




“Kadang-kadang saya was-was orang kata saya muda sebab saya tahu saya tua. Seperti yang semua lihat, cara saya berpakaian dan bergerak, memang mengikut gaya Marissa Yasmin,” katanya kepada Kosmo! Online semasa pelancaran drama Viu Pabila Dia Tersenyum, baru-baru ini.


Tidak lokek berkongsi amalan, pelakon drama Jadikan Aku Bidadari itu menitipkan pesanan agar menjaga kuantiti pemakanan untuk mengekalkan badan yang sihat.


“Benda saya nak kongsi kepada umum, makan semua makanan tetapi dalam kuantiti yang sikit. Kalau sukakan gula, ambillah tetapi selepas itu jangan makan nasi banyak.


“Kena seimbangkan, banyakkan makan sayur dan buah. Tidak mahu kata tak boleh makan itu ini sebab sistem badan kita Allah dah buat cantik.


“Kita kena makan semua benda sikit-sikit. Kadang orang kata tidak boleh makan telur sebab ada kolestrol tetapi telur banyak nutrisi,” jelasnya lagi.




Tambahnya lagi, setiap individu juga perlu menjaga waktu tidur dengan baik supaya mampu mendapatkan berat badan ideal.


“Badan kita ada hormon, 10 malam sehingga 4 pagi adalah waktu cantik untuk tidur kerana hormon nak ubah suai badan.


“Kalau tidak tidur dalam masa tersebut, badan kita akan simpan lemak dan menyebabkan berat badan kita bertambah.


“Allah dah cipta badan kita cantik, kita sahaja yang gatal tidak tidur ikut masa,” ujarnya.




Sebelum ini, penampilan Marissa semasa mempromosikan drama fenomena Walid mencuri tumpuan kerana dipuji tampak muda dan cantik. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyfaha 8-5-2025 02:55 PM
You terlalu cantik untuk masuk gosip board.  Cuma kena naikkan berat badan,makin kurus dan cengkung. I likeee you.
Quote cawanmilosuam 8-5-2025 03:15 PM
ko mmg cantikla makcik, wpun selalu jadi mak2 tp ko mak yg high class, ringkasnya ko mmg cantik, d mata aku la... hehehe
Quote kechikchomel 8-5-2025 03:37 PM
laaa...Marissa Yasmin tu memang nama betul dia ke? ingatkan nama tipu2. iolss tak pernah la jumpa acik2 umo nak masuk 5 series nama Marissa.



acik ni lawa...tapi kadang2 tu sheolss nampak la kertu dalam tv tu. maybe sebab mekap, atau sheolss kurus sangat?
Quote kucingitam 8-5-2025 03:44 PM
lawa dan pandai berlakon..makcik jelatang
Quote Riz_one 8-5-2025 03:49 PM
mAKCIK Hottt...
Quote farlis 8-5-2025 04:16 PM
Suka acik ni..mmg dia cantik...hitam manis...
Quote najib888 8-5-2025 04:31 PM
Yang aku ingat, dia penah berlakon dalam siri Jelatang kat TV3 dulu...
Quote Nnasda53 8-5-2025 04:36 PM
Suka tgk Marissa yasmin ni mmg cantik pada Iols.
Quote KakRumiMenari 8-5-2025 04:39 PM
Marissa & Aida Rahim antara pelakon yg kalau dapat watak marah2, rengus2, watak jahat, jenis suka menganiaya tapi i suka.. hahaha sbb cara dedua ni bercakap soft, classy gitu..
Quote Manusiabesa 8-5-2025 04:42 PM
Cntik ya allh... nk list yg cntik

Marissa yasmin
Kuza
Aida rahim
Wilma
Smua ni stok2 klu kt tv aku sukaaaaaa tengok... watak ibu yg baik. Ibu yg kaya lah, baju penuh manik, rambut kepuk2.... yg baru2 nk lawan batch depa ni mmg xdk... hariesa dgn ct khdijh... lambet lg.. sama level dgn ibu kaki depa ni ada lah.
Quote KakRumiMenari 8-5-2025 04:43 PM
Haaa tu dia kabo 10mlm - 4 pagi tu waktu tido.. ko pukul 2 pagi pun pegi bukak forum, acaner nak cepat kurus  -- bercakap depan cermin
Quote bankerpencen 9-5-2025 01:42 AM
Cantik dia ni. Tapi bila usia dah meningkat kadang2 kurus sgt boleh nampak muka cengkung sikit n nampak lebih berusia.
Quote acikonion 9-5-2025 01:53 AM
Muka lawa..body lawa…teringin nk menua mcm dia tp apa kn daya…duit x brpa nk ada utk penjagaan diri. Nekad pun x kukuh utk kurus kn body.
Quote mat_arof 9-5-2025 06:41 AM
mmg cantik dan hot...

so far Aida Rahim dan Marissa yasmin ni mmg makcik/nenek yang hot ..cantik...
Quote mat_arof 9-5-2025 06:42 AM
Generasi GenKRU mmg semua jenis hot dan hemsem

semua dah masuk 40an dan still hot dan hemsem


hahahha
Quote jihyomelly 9-5-2025 06:53 AM
lawa manis tapi kadang2 nampak cengkung sgt2 sbb terlalu kurus..tapi memang pandai berlakon..jdi datin2 sesuai
Quote HelgaPataki 9-5-2025 07:38 AM
She ni muka matang awal, so muka she akan nampak sama dalam 20-30 tahun ye. Lovee mak datin classy!
Quote Sesuatu… 9-5-2025 05:46 PM
Wangi je benang ni mcm OKG
Quote cahaya_almas 9-5-2025 11:05 PM
Cantik sgt marissa nie..

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.045701 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top