CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah terkejut 10,600 hektar tanah diceroboh di Raub sahaja

8-5-2025 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1939| Komen: 22|Original author: Raline



SULTAN-PAHANG-CEROBOH-TANAH-RAUB.jpeg


RAUB – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa terkejut dan dukacita terhadap pencerobohan tanah seluas 10,600 hektar yang berlaku di daerah Raub akibat aktiviti penanaman durian secara haram.

Baginda bertitah, jumlah tersebut disifatkan sebagai angka yang sangat besar sekali gus menunjukkan isu pencerobohan tanah secara haram yang semakin berleluasa di negeri itu tidak boleh dipandang ringan.

“Setelah mendengar taklimat daripada penguat kuasa negeri, saya begitu terkejutlah dengan angka yang dikeluarkan tadi, 26,000 ekar (10,600 hektar) di daerah Raub sahaja dan ini adalah satu angka yang sangat besar.

“Namun tindakan seterusnya perlu dibuat dan saya harap semua pihak harus bekerjasama kerana kita tidak boleh membiarkan amalan aktiviti haram ini diteruskan,” titah baginda selepas berkenan berangkat bercemar duli meninjau kawasan penerokaan durian musang king di Hutan Simpan Sungai Klau di sini hari ini. Turut sama berangkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sultan Abdullah bertitah, isu pencerobohan tanah haram ini perlu dinoktahkan dan diselesaikan secara baik mengikut lunas undang-undang.

Ujar baginda, mana-mana pihak yang hendak memiliki tanah perlu membuat permohonan secara rasmi melalui proses-proses yang ditentukan oleh pihak kerajaan.

“Kalau (pencerobohan tanah) ini dibiarkan seolah-olah kita tidak ada pihak penguat kuasa, tidak ada pejabat hutan, tidak ada pejabat tanah, tidak ada pejabat MB (Menteri Besar) dan sebagainya.

“Kita boleh berusaha untuk menoktahkan perkara ini secara berperingkat-peringkat. Tak boleh buat secara mengejut dan sekali gus (kerana) itu mungkin susah sikit,” titah Sultan Pahang. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pisanggoreng 8-5-2025 04:14 PM
pura-pura terkejut ???
Quote airfilterkotor 8-5-2025 04:20 PM
Pekebun durian Raub penah claimed dorang dah tanam sejak 480 purnama yang lalu.
Itu dorang kata laa... tapi lazimnya 10 cakap 11 takleh caya.
Quote pisanggoreng 8-5-2025 04:21 PM
Terkejut tak mengapa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak mengapa
Quote Decaffeinated 8-5-2025 04:38 PM
Dah kenyang makan durian patut terima kasih ja lah. Kuat drama betul la orang2 Pahang ni. Hutan simpan konon.
Quote KiddInc 8-5-2025 05:24 PM
pas pk tilam empuk dan selesa, meolls engan ulas lanjutt...
Quote renko 8-5-2025 05:35 PM
KiddInc replied at 8-5-2025 05:24 PM
pas pk tilam empuk dan selesa, meolls engan ulas lanjutt...



kannnnnnn
Quote shernazz 8-5-2025 06:21 PM
Saya pung terkejut juga...
Quote ninja boy 8-5-2025 06:39 PM
Edited by ninja boy at 8-5-2025 11:29 PM

Terkejut konon padahal jika lalu situ hari2 nampak pokok durian
nasib baik zaman tun razak dulu2 sauk tanah luas buat felcra felda ladang pertanian yg tersusun menjana economy melayu
Quote dubuk 8-5-2025 07:00 PM
Terkejutnya
Quote FOTHER-MUCKER 8-5-2025 07:01 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-5-2025 03:13 AM

asik terkejut dan terkejut:
Quote DARSITA 8-5-2025 08:35 PM


Meluat!

sama mcm kes boksit... pura pura terkejut bila air laut pun merah, jalan jalan merah budak pun ada mati dlm lombong tinggal
Quote L.U.S.M 8-5-2025 09:17 PM
Biasanya yg terkejut2 ni sama ada cacat penglihatan/pendengaran

Xlayak jadi leader klu gini
Quote cmf_jeangrey 8-5-2025 09:45 PM
Saya pun terkejut yg sultan terkejut dengan berita yg mengejutkan ini..
Quote hyie 8-5-2025 09:55 PM
lepas dah terkantoi khenzz kalau tak kantoi, sapa pun tak terkezut gichew
Quote TeropongThaico 8-5-2025 10:59 PM
Nak terkejut le jugak...
Quote sapeka 8-5-2025 11:12 PM
Jgn la terkejut kejut
Quote Pearla 9-5-2025 03:27 AM
10,600 hektar baru nak terkejut? Bukan sikit-sikit tanah tu...ermm.. Kalau tak nampak lagi, memang pelik.
Quote pokokmeranti 9-5-2025 07:34 AM
mungkin la terkejut sbb 10600 itu pencerobohan haram. selama ini nampak ingat dibuka ikut saluran yg sah. korang kena faham.
Quote kaseh80 9-5-2025 07:47 AM
Tanjat

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.040961 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top