CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Liam Payne Tinggalkan Harta RM138 Juta Tanpa Wasiat. Bekas Kekasih Dilantik Sebagai Pentadbir Utama

9-5-2025 07:59 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 258| Komen: 2|Original author: tatod

1000031290.jpg



Penyanyi terkenal kumpulan One Direction, Liam Payne, dilaporkan meninggalkan harta bernilai £24.3 juta (RM138 juta) selepas pemergiannya yang mengejutkan pada Oktober tahun lalu.


Namun, dia meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat dan ini menyebabkan harta peninggalannya diuruskan oleh beberapa pentadbir yang dilantik.


Menurut dokumen mahkamah yang diperoleh, Cheryl Tweedy, bekas kekasihnya yang juga ibu kepada anak lelaki mereka, Bear, telah dilantik sebagai salah seorang pentadbir utama harta tersebut.


1000031294.jpg



Selain itu, peguam berpengalaman dalam industri muzik, Richard Mark Bray, turut dilantik sebagai pentadbir harta tersebut.


Nilai kasar harta peninggalan Payne dianggarkan sebanyak £28,594,888 tetapi selepas ditolak hutang dan kos perbelanjaan, nilai bersihnya adalah sekitar £24,279,728.


Cheryl yang kini berusia 41 tahun, berkemungkinan akan meletakkan harta tersebut dalam tabung amanah untuk masa depan anak mereka.


Liam dan Cheryl mula bertemu pada 2008 ketika Liam menjadi salah seorang peserta X-Factor UK dan Cheryl merupakan juri rancangan realiti nyanyian tersebut.


1000031297.jpg


Mereka kemudiannya mula bercinta sekitar 2015 sehingga 2018. Hasil hubungan itu, anak mereka, Bear, dilahirkan pada 22 Mac 2017.


Berdasarkan undang-undang intestasi di England dan Wales, pasangan hidup dan anak-anak yang ditinggalkan berhak untuk menuntut harta tersebut. Bagi Cheryl keputusan ini memberi peluang besar bagi masa depan anak mereka.


Pada bulan Mac yang lalu, Liam turut dikenang dengan penghormatan video semasa Anugerah Brit, yang menampilkan momen-momen indah bersama One Direction dan penampilannya di X-Factor UK.


Imbas kembali, laporan bedah siasat mendedahkan bahawa Liam meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan termasuk pendarahan dalaman dan luaran setelah terjatuh dari balkoni hotel di tingkat tiga di Buenos Aires, Argentina. - MEDIA HIBURAN



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 8-5-2025 09:20 PM
kaya nyaaa... harry style mesti worth atleast twofold...
Quote acikonion 9-5-2025 07:21 AM
Woooo... Kayray sungguh. Untung Bear lahir atas dulang emas

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.037717 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top