CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Orang Tanya Kenapa Tak Maki Balik?,”- Ruhainies Ada Masa ‘Terhibur’ Lihat Komen Haters, Mungkin Bosan Dengan…

9-5-2025 07:59 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 854| Komen: 15|Original author: tatod

1000031304.jpg



Pelakon Ruhainies memilih untuk tidak terlalu melayan komen-komen negatif di media sosial yang disifatkan mampu menjejaskan kesihatan mentalnya.


Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, dia merasakan mereka yang meninggalkan sedemikian seolah-olah seperti tidak gembira dengan kehidupan sehingga terpaksa menyakiti orang lain.


“Kadang orang tanya saya, kenapa tak makikan balik je haters kat IG tu? Hmm… Kalau tak fake account, ini. Yang jenis-jenis macam ni.




“Nak marah tapi kadang comel jugak. Mungkin mereka pun bosan dengan kehidupan ke apa ke.


“Kalau mereka sibuk dan gembira dengan kehidupan sendiri, nak komen dekat IG orang lain pun mesti tak sempat.


“Jadi, saya husnuzon sahaja la. Kalau rasa rimas ke apa, saya padam,” tulisnya.


1000031307.jpg


Pandangan itu dikongsikan pelakon drama Wifi Rumah Sebelah itu menerusi sebuah hantaran di Instagram, pada Rabu.


Kongsinya lagi, dia tidak akan tersinggung dengan tindakan tersebut sebaliknya simpati terhadap mereka yang lebih memberikan tumpuan terhadap kehidupan orang lain.


“Nak benci tu tidak la. Sebab apa yang mereka tulis atau komen itu melambangkan diri mereka sendiri in a way they are trying to show to me that ‘this is me’.




“Bukan melambangkan saya. Jadi, sebab tu saya tak marah. Lebih kepada simpati,” kongsinya lagi.


Sebelum ini, nama Ruhainies menjadi perhatian ramai selepas terpalit kontroversi tangkap khalwat bersama pelakon dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz. - MEDIA HIBURAN



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 9-5-2025 07:17 AM
“Nak marah tapi kadang comel jugak. Mungkin mereka pun bosan dengan kehidupan ke apa ke."


Comel la dia ni.. Bagus la mampu husnuzon. X merentan. Ramai yg x move on lg dgn kisah2 lalu.
Quote KamikuP 9-5-2025 09:12 AM
Maknanya kami acik2 kat sini mmg bosan dgn kehidupan kami ke apa cecite.. ekekek
Quote pocongkiutss 9-5-2025 09:24 AM
Siapa yg tanya? yg puji pun..ahahahha
Quote SherryZass 9-5-2025 09:29 AM
Tehtaplah senyum kemut
Quote MadameOnion 9-5-2025 10:32 AM
baguslah ruhamis...
Quote dewi_rina 9-5-2025 11:17 AM
Tergelak tengok akak tu dok menari
Quote seri_mawr 9-5-2025 11:43 AM
bagus tu....
abaikan je...

benda pun dah jadi...nitizen mmg sejenis susah nak move on...
benci tp rindu gitu....
Quote Skyline_84 9-5-2025 11:45 AM
dewi_rina replied at 9-5-2025 11:17 AM
Tergelak tengok akak tu dok menari

hahhaahhaha..mcm tk berapa sihat ye tgk gaya dia
Quote dewi_rina 9-5-2025 11:48 AM
Skyline_84 replied at 9-5-2025 03:45 AM
hahhaahhaha..mcm tk berapa sihat ye tgk gaya dia

Tulah, kesunyian ke kak
Quote abadi84 9-5-2025 11:49 AM
Giler nak tunjuk bitter
Mcmmana nak buat penyucian.
Lama lagi kang kena cancel
Quote Skyline_84 9-5-2025 11:49 AM
dewi_rina replied at 9-5-2025 11:48 AM
Tulah, kesunyian ke kak

cikgu skipping katanyehh..hahahaha..cikgu pj ke..yeye je hahahahah..oii manusia.aku kucinggg..meoww meoow meow
Quote abadi84 9-5-2025 11:51 AM
seri_mawr replied at 9-5-2025 11:43 AM
bagus tu....
abaikan je...


Klu dia boleh abaikan
Tidaklah dia up mcmtu chuols
Satu Malaysia tau kena cekup khalwat
Kena juga buat2 cool dan x terkesan
Walau muka dah setebal tayar lori
Bergasak dgn netizen bkn pilihan.
Quote 8Queen8 9-5-2025 11:56 AM
Kalau maki balik lagi ramai netz yang akan maki dia. Bagus sedar diri.
Muka dia tak sama seperti di IG. Kalau jumpa di luar awam yah.
Quote idase76 9-5-2025 12:13 PM
Bila acik2 main tiktok gitew lah
Quote AWEKSAMURAI 9-5-2025 12:37 PM
8Queen8 replied at 9-5-2025 11:56 AM
Kalau maki balik lagi ramai netz yang akan maki dia. Bagus sedar diri.
Muka dia tak sama seperti di ...

Muka bella lagi awam dari Ruhaines hHahahahaha siap kulit kaki pun kering hahaha harap tepek bedak je muka bella tu..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.042471 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top