CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Filem terakhir Mission: Impossible bagi Tom Cruise?

9-5-2025 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 162| Komen: 1|Original author: tatod

1000031309.jpg



Seoul: Bintang Hollywood Tom Cruise pada Khamis berkata filem terbaharunya, "Mission: Impossible – The Final Reckoning", menandakan kemuncak francais selama 30 tahun, lapor Agensi Berita Yonhap.


Kini berada di Seoul bagi jelajah promosi filem kelapan itu, pelakon merangkap penerbit filem tersebut menjelaskan bahawa karya terbaharu itu menghimpunkan segala yang telah dipelajarinya sepanjang kerjaya dalam dunia perfileman.


"Saya cuba bawa segala yang saya pelajari dari satu filem ke filem seterusnya," kata Cruise pada sidang media, sambil menerangkan pendekatannya dalam pembikinan filem.


Seperti dalam filem terdahulu, Cruise sekali lagi melakukan aksi berbahaya dan mendebarkan, yang kali ini ditingkatkan lagi tahap kesukarannya bersama pengarah Christopher McQuarrie.



1000031318.jpg


"Saya sentiasa berharap hasilnya lebih baik," katanya.


"McQuarrie dan saya ada satu kebiasaan - pada akhir setiap filem, saya akan berkata kepadanya, 'Kita boleh buat lebih baik lagi.'"


Beliau menambah: "Sentiasa ada cabaran baharu, ada sesuatu yang kita pelajari dan boleh bawa ke tahap seterusnya...bukan sekadar aksi lagak ngeri, tetapi juga dari segi penceritaan, struktur cerita dan pembangunan watak...Kami sentiasa tetapkan matlamat baharu untuk diri kami."


Apabila ditanya sama ada ini benar-benar filem terakhir dalam francais itu, Cruise memberi jawapan samar: "Penonton perlu menonton sendiri filem ini, kerana ia adalah kemuncak kepada 30 tahun francais ini.


Jadi inilah ia. Saya tidak mahu dedahkan apa-apa yang boleh rosakkan pengalaman menonton."


1000031368.jpg


Sidang media di Seoul itu turut mengenang perjalanan 40 tahun kerjaya Cruise, termasuk tayangan montaj babak-babak ikonik daripada filem seperti "Top Gun", "Interview with the Vampire" dan "Jerry Maguire."


Frasa dalam video, "Everything you were, everything you've done has come to this?" dilihat menyerlahkan simbolik filem terbaharu ini.


Melahirkan kecintaan mendalam terhadap dunia perfileman sejak muda dan rasa syukur atas kerjayanya yang berpanjangan, Cruise berkata: "Tidak ada hari yang saya tidak berasa istimewa... saya sangat bersyukur kerana berpeluang melakukan sesuatu yang bermakna bagi saya. Terima kasih kerana membenarkan saya menghiburkan anda. Ia satu penghormatan."


Ini merupakan lawatan ke-12 beliau ke Korea Selatan sejak kali pertama pada 1994 bagi mempromosi filem "Interview with the Vampire."


Lawatan terakhirnya adalah pada 2023 untuk "Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One."


1000031369.jpg


Pengarah McQuarrie, yang mengarahkan empat filem "Mission: Impossible" dan sering bekerjasama dengan Cruise, berkata beliau "amat berbangga dengan filem ini" kerana "perincian mendalam pada setiap watak dalam cerita."


"Setiap watak mempunyai momen mereka, setiap watak melalui perjalanan emosi. Dan itulah yang kami sasarkan sejak permulaan perjalanan ini," katanya.


"Mission: Impossible – The Final Reckoning" dijadualkan tayangan tempatan pada 17 Mei.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 9-5-2025 07:13 AM
Yg ni pun dh berkedut tp msh hensem

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.038225 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top