CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM 4.50 sahaja kena saman

9-5-2025 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 843| Komen: 5

 


PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal yang disaman oleh anggota polis trafik mencuri perhatian orang ramai apabila dia memberikan reaksi bersahaja seolah-olah jumlah saman yang dikenakan amat murah.

Menurut perkongsian di Facebook oleh @Azarryzameriaz, dua anggota polis trafik yang berada di situ tergelak kecil melihat reaksi pak cik berkenaan.

“RM4.50 sahaja,” katanya dalam hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dan tertanya-tanya saman apakah yang dikenakan oleh pak cik berkenaan.

“Dia gurau je itu. Ini menampakkan yang pak cik itu tidak kesah kena saman sebab dia tahu dia salah. Cara orang lama bergurau,” kata @Ishraqirffan.

“Ulang kali aku tengok gelagat ‘uncle’ dan abang polis ini. Kena saman pun meriah suasana,” ulas @Faruldinamik.

“Nanti sampai kaunter memang dia akan bayar RM4.50 sahaja, kalau polis minta lebih memang kecoh la nanti,” komen @Jaysdalling. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 9-5-2025 09:08 AM
2 kali baca masih x paham dia kene saman sbb apakah?
Quote supernaturalee 9-5-2025 10:16 AM
kenapa dijadikan thread ni

penghinaan kepada intelektual acik2 porem

Quote tungkai 9-5-2025 11:19 AM
Reporter Kosmo. What do you expect. Asalkan ada berita. Isi semua tolak tepi..
Quote B40tastePosh 9-5-2025 11:50 AM
Amboii....boleh bagi ikut Polis punya harga pula....kau jual beli undang2 ke?

Kalau macam acik kepam forum Bapak Polisi Kepam charge berapa pulak?
Quote airfilterkotor 9-5-2025 12:42 PM
Mau tak mau terpaksa rendahkan stended dulu untuk mengupas isu yang dibawakan wartawan.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.038887 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top