WASHINGTON – Pengasas bersama syarikat Microsoft, Bill Gates mengumumkan akan mendermakan 99 peratus kekayaan beliau pada tahun-tahun akan datang dan hanya meninggalkan satu peratus untuk diri sendiri serta anak-anak, lapor portal berita MailOnline semalam. Mogul teknologi itu akan menutup Yayasan Gates menjelang 31 Disember 2045 sekali gus menamatkan projek seumur hidup beliau untuk mengagihkan kekayaan bernilai berbilion-bilion dolar bagi tujuan amal. Gates mengumumkan akan mengagihkan hampir semua kekayaannya bernilai kira-kira AS$200 billion (RM862 bilion) dalam tempoh 20 tahun akan datang. Beliau akan memegang satu peratus daripada jumlah tersebut bersamaan kira-kira AS$1.62 billion (RM7 bilion). Gates mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan dengan Melinda sebelum mereka bercerai.
Anak-anaknya ialah Phoebe, Rory dan Jennifer akan mewarisi baki wang yang dimiliki Gates selepas kematiannya. – AGENSI |
rastaf replied at 9-5-2025 04:16 PM
bapak segala aluminium..propa je 1% dia pun ntah berapa billion
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.060070 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.