CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa borek anak rintik, anak Watson Nyambek raih emas riben biru, pecah rekod MSS Miri

10-5-2025 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 635| Komen: 5|Original author: tatod

1000032063.jpg



SEHINGGA hari ini, nama Watson Nyambek masih mekar sebagai jaguh olahraga selepas pernah memegang rekod larian pecut 100 meter (m) kebangsaan bertahun-tahun lamanya sebelum dipecahkan Khairul Hafiz Jantan kira-kira sembilan tahun lalu.


Kejaguhan pernah ditonjolkan pada era 1990-an itu seperti berjaya diteruskan anaknya, Ryan Lizson yang baru-baru ini mempamerkan aksi memberangsangkan di peringkat sekolah.


Hal itu dikongsikan pengguna Facebook, Apai Panda yang memuat naik rakaman larian pelajar tersebut yang bersaing dalam Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Miri di Sarawak.


"Tahniah anak Watson Nyambek (raih) pingat emas 100m, 11.3 saat, rekod baharu," tulisnya.


Hantaran itu dimuat naik berserta video berdurasi 15 saat memaparkan Ryan mudah mengatasi pencabarnya yang lain untuk muncul juara perlumbaan di pusingan separuh akhir.



Momentum cemerlang tersebut diteruskan di peringkat akhir selepas pelajar tersebut hanya memerlukan masa 11.67 saat bagi meraih pingat emas, sekali gus mengesahkan reputasinya sebagai pelari terbaik di daerah berkenaan.


Kejayaan dicatatkan itu pasti mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan St Columbia, Miri selain penduduk setempat kerana mereka berpeluang menyaksikan Ryan mengikuti jejak bapanya.


1000032064.jpg


Hantaran berbeza turut dilakukan ibu kepada Ryan iaitu Patricia Phylis yang pasti berbangga akan kebolehan anaknya selain kejayaan mengulangi pencapaian pernah dilakar bapanya di atas trek.


Untuk rekod, Watson yang pernah terkenal dengan julukan The Flying Dayak pernah mewarnai arena olahraga tanah air selepas menyertai pelbagai kejuaraan di pentas antarabangsa.


Ini termasuk pada temasya Olimpik 1996 dan 2000, namun tidak berjaya mengatasi pelari pecut lain yang sudah tentu menerima pendedahan dan bantuan lebih lengkap daripadanya.


Bagaimanapun, anak jati Miri, Sarawak itu pernah menempa nama sebagai antara atlet terbaik di Asia selepas meraih pingat perak dalam Kejohana Asian 1998 di Jepun, Fukuoka.


Watson yang kini berusia 48 tahun kini terus menabur bakti dalam pembangunan bakat setempat sebagai jurulatih sepenuh masa kontrak Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak. — Majoriti





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 10-5-2025 06:52 AM
Wahh dah ada pewaris dlm acara larian.
Tahniah watson dan anak
Quote zehra2 10-5-2025 07:57 AM
berlawan-lawan ler nanti anak watson dengan anak ritarud.
Quote Dovahkiin 10-5-2025 08:59 AM
Kalau boleh media, jgn terlalu highlight "anak Watson Nyambek" ke hulu hilir. It'll put unnecessary pressure kat budak tu. Contoh -> "Tahniah Ryan Lizson (anak Watson Nyambek) raih pingat emas 100m". Highlight nama budak tu sendiri.

Or I might be wrong, mungkin dia pun ok je. Then all is fine.
Quote Skuau 10-5-2025 12:53 PM
tahniah..ada bakat muda muncul...
Quote Skuau 10-5-2025 12:55 PM
Dovahkiin replied at 10-5-2025 08:59 AM
Kalau boleh media, jgn terlalu highlight "anak Watson Nyambek" ke hulu hilir. It'll put unnecessary  ...

rhisau gak bebudak wadidaw ejek..."kata ank lejen..awat tercorot pulak'.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.031987 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top