ANAK kepada pelawak Shuib iaitu Thalita mengakui sedih dan emosi sedikit terganggu apabila membaca komen netizen di media sosial.
Mahu membuktikan bakat nyanyian, Thalita atau Dzahira Thalita, 13, meminta orang ramai memberikannya peluang untuk menjadi seorang penghibur.
“Kadang-kadang rasa sedih bila baca komen tu... kadang-kadang ada rasa lawak pun ada, perasaan tu bercampur aduk.
“Kalau saya nak bermula perkara baru mesti akan rasa takut, semua orang pun rasa macam tu kan tapi kalau sudah terbiasa nanti mungkin segala kecaman tu saya tidak peduli dah.
“Segala komen netizen tu Daddy (Shuib) cakap jangan baca sangat, kalau rasa seronok teruskan saja” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|