SEBUAH video menyayat hati tular di media sosial memaparkan seorang budak lelaki mangsa buli sekumpulan kanak-kanak lain.
Mangsa yang berpakaian sukan sekolah dan menggalas beg kelihatan menangis teresak-esak sambil mengurut dada dan perut, dipercayai akibat dipukul oleh kanak-kanak dari kumpulan terbabit.
Kejadian yang tular sejak Khamis itu dipercayai berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, Cheras, Kuala Lumpur.
Salah seorang daripada pelaku dilihat berlagak seperti samseng dengan memegang topi keledar di tangan.
Manakala seorang lagi dengan selamba menghambur kata-kata kesat, menendang dinding dan mencengkam rambut mangsa yang ketakutan.
"Lawan W*n, lawan W*n. W*n rembat In*r* balik," kedengaran suara seorang kanak-kanak cuba mengapi-apikan keadaan dalam video tersebut.
Mangsa bagaimanapun tidak langsung melawan, sebaliknya hanya mampu bangun dan cuba berjalan dalam keadaan lemah menaiki tangga untuk pulang ke rumah.
Namun langkahnya dihalang apabila salah seorang daripada mereka menyekatnya dengan melunjurkan kaki ke dinding.
Paparan video yang dipercayai dirakam oleh salah seorang daripada kumpulan pembuli itu nyata mencetuskan kemarahan warga maya.
Rata-rata netizen mengutuk tindakan kumpulan kanak-kanak lelaki tidak berperikemanusiaan tersebut.
"Yang rakam ni batu api ye. Nak dua orang tu bergaduh.
"Adik, miskin tak salah tapi salah dah miskin lepas tu perangai macam b*b*.
"Adik, pakaian dalam pun mak ayah belikan untuk kau lagi dik. Itu pun jenama yang paling murah.
"Ada hati nak jadi ketua gangster. Tunggu polis datang ya,” tambah pengguna lain yang kecewa.
Sehingga kini, punca kejadian masih belum diketahui dan tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung insiden ini.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|