CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Konon nak halang suami ‘makan luar’, isteri taat layan nafsu seks setiap hari - “Saya tunaikan sampai melecet!”

10-5-2025 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 398| Komen: 0|Original author: Raline



Screenshot 2025-05-09 233546.png



SEORANG wanita tular di aplikasi Thread selepas dia berkongsi kisah mengenai bekas suaminya.

Imbas wanita itu, dia perlu melakukan hubungan intim setiap hari demi mengelakkan suaminya berlaku curang.

Namun, pengorbanan itu nampaknya sia-sia apabila lelaki tersebut tetap mencari keseronokan dengan wanita lain.

"Saya bodoh sangat ke? Masa masih kahwin, suami kantoi curang. Kantoi tidur dengan ramai perempuan. Saya masih terima dia, maafkan dia tanpa mengamuk.

"Dia kata saya tak layan dia elok-elok, sebab tu dia cari perempuan lain. Saya minta maaf dan layan dia sebaik mungkin. Saya taat.

"Saya tunaikan permintaan dia sampailah (kemaluan) melecet sebab dia nak hari-hari," kongsi wanita itu pada Khamis.

Dia ajak rujuk tapi saya tak nak... bukan tak nak, cuma nak dia effort lebih. - BEKAS ISTERI

Menurut wanita itu, dia akhirnya putus asa kerana pengorbanan yang dilakukan langsung tidak dihargai oleh lelaki berkenaan.

Tambahnya, lelaki itu turut memujuk untuk mereka kembali bersama, namun dia masih ragu-ragu kerana trauma dengan kisah lalu.

"Dia ajak rujuk tapi saya tak nak. Bukan tak nak, cuma nak dia effort lebih. Sampai habis idah langsung tak rujuk. Habis idah dia ajak kahwin balik.

"Saya masih berkira-kira. Saya perlukan dia, dia perlukan saya. Tapi saya cuba untuk move on. Dia kata tak mampu move on lagi," katanya.

Tambahnya, dia turut diberi amaran oleh keluarga untuk tidak kembali bersama dengan bekas suami.

Screenshot 2025-05-09 233654.png

Menurut wanita itu, bekas suaminya juga masih lagi melakukan maksiat seperti biasa selepas mereka berpisah.

Jelasnya, dia mempunyai bukti daftar masuk ke hotel kerana masih boleh mengakses email bekas suaminya.

Malah, lelaki itu turut mengaku melakukan perkara terkutuk dengan wanita lain selepas ditanya oleh bekas isterinya.

Di ruangan komen, ramai netizen turut meminta wanita itu agar tidak melakukan pusingan U untuk menerima semula lelaki berkenaan.

"Dia tiada usaha nak berubah, jangan sampai makan diri.

"Tolong jangan patah balik. Lelaki itu tak baik untuk awak," tulis netizen.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.051590 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top