CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia terancam hilang status kuasa besar

10-5-2025 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 610| Komen: 3

 


MALAYSIA berpotensi untuk hilang status sebagai salah satu kuasa besar badminton dunia sekiranya tidak ada pertambahan kejohanan di peringkat bawah umur bagi mencungkil bakat baharu.

Legenda badminton tanah air, Datuk Rashid Sidek mengakui, sekiranya situasi itu berterusan, tidak mustahil Malaysia akan dipintas pasukan-pasukan lain yang sedang membangun seperti Thailand.

Menurutnya, pemain-pemain di peringkat bawah umur pada ketika ini sekadar menjalani latihan semata-mata dan kurang didedahkan dengan suasana kompetitif akibat kurangnya kejohanan yang dianjurkan.

“Memang betul ada potensi (hilang status kuasa besar) kerana kita tengok sekarang Thailand sudah ada juara dunia dalam perseorangan lelaki dan wanita, begitu juga dengan beregu campuran mereka.

“Sebenarnya kita kekurangan bakat pemain, yang ada sekarang pun beberapa orang sahaja. Malaysia ada ramai pemain, tetapi tidak ramai boleh diketengahkan kerana kita kurang kejohanan di peringkat bawah umur,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Sukan Universiti Malaya (ASUM) 2024 di Kuala Lumpur malam kelmarin.


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai ketiadaan pemain-pemain, terutamanya dalam acara perseorangan wanita yang mampu menggalas cabaran negara di peringkat tertinggi seperti dilakukan Datin Wong Mew Choo.

Justeru, menjelang pemilihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) hari ini, Rashid berharap pimpinan baharu menjadikan kejohanan peringkat bawah umur sebagai keutamaan.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 10-5-2025 11:24 AM
Karang kata aku racist, tp tula type M skg mcm jarang jd wakil negara dh. Xtau nape, adakah sbb disiplin M x bagus, malas ke. Tp baru2 ni ada je kn team yg bkn type M xnk belajar under coach yg bukan setara dorg , dorg rs la.
Quote B40tastePosh 10-5-2025 11:51 AM
sambaldurian replied at 10-5-2025 11:24 AM
Karang kata aku racist, tp tula type M skg mcm jarang jd wakil negara dh. Xtau nape, adakah sbb disi ...

Takut kena simbah asid.

Orang Melayu bukan tak boleh maju tapi takut ditekan sana sini kiri kanan.

Ada dalam catatan Munshi Abdullah
Quote nusaraya 10-5-2025 12:12 PM
sambaldurian replied at 10-5-2025 11:24 AM
Karang kata aku racist, tp tula type M skg mcm jarang jd wakil negara dh. Xtau nape, adakah sbb disi ...

Tampaknya nanyak yang X sedar dan paham ..bahwa tanpa  keterilbatan Bangsa China ...Badminton dan cabang olahraga lainnya  sudah lama PUNAH di MalayDesh ....

Sekarang peran apa yang bisa dilakukan oleh Bangsa Melayu WAHAM Type M ... selain membanggakan diri sebagai Mahawangsa.. bangsa yang Maha Besar dan Maha Hebat .. tetapi faktanya PENUH KEBOHONGAN ...

[youtube]0QEIQBWiC10[/youtube]


[youtube]HjXKLLzG7H4[/youtube]

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.037668 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top