CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Sukan Lihat artikel

Bintang Liverpool, Mohamed Salah dinobatkan pemain terbaik tahunan kali ketiga

10-5-2025 10:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 831| Komen: 0|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-10 100154.png


London: Bintang Liverpool, Mohamed Salah membuktikan dia berada di kelas tersendiri apabila dinobat sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Tahunan oleh Persatuan Penulis Sukan Bola Sepak (FWA) buat kali ketiga dalam kariernya.

Penyerang Mesir berusia 32 tahun itu mempamerkan prestasi luar biasa musim ini dengan mencetak 33 gol dan 23 bantuan jaringan dalam semua kejohanan sepanjang musim 2024/2025.

Persembahannya menjadi kunci utama kejayaan Liverpool menamatkan penantian sejak 2020 untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris sekali gus menyamai rekod 20 kejuaraan milik Manchester United.

Salah meraih hampir 90 peratus undian daripada ahli FWA, menjadikan kemenangan ini sebagai yang paling dominan sejak awal abad ini.

Dia juga, 'menyingkirkan' pencabar terdekat termasuk rakan sepasukan Virgil van Dijk, penyerang Newcastle United Alexander Isak, dan tonggak tengah Arsenal Declan Rice.

Anugerah ini adalah kali ketiga diraih Salah, selepas meraihnya pada tahun 2018 dan 2022 sekali gus menyertai legenda Arsenal Thierry Henry sebagai satu-satunya pemain yang pernah memenangi anugerah itu sebanyak tiga kali.

Dengan 28 gol dan 18 bantuan jaringan dalam saingan Liga Perdana, Salah menamatkan musim ini dengan jumlah sumbangan gol ketiga tertinggi dalam sejarah liga iaitu hanya kurang satu sumbangan di belakang rekod milik Alan Shearer (1994/1995) dan Andrew Cole (1993/1994).


Sumber : Harian Metro


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2025 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.123801 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top