CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PDRM tugaskan 6,200 pegawai, anggota kawal keselamatan Sidang Kemuncak ASEAN

11-5-2025 10:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1168| Komen: 5|Original author: tatod

1000032776.jpg


Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain





KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menugaskan hampir 6,200 pegawai dan anggota bagi memastikan keselamatan sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung di ibu negara pada 26 dan 27 Mei ini.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan dipertingkat menerusi beberapa siri latihan termasuk Ex Rimau ASEAN pada Februari lalu dan pembabitan dalam Ex ASEAN anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berlangsung dari 5 hingga 7 Mei lalu.


"PDRM berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya. Latihan yang dilaksanakan merangkumi kawalan konvoi orang kenamaan (motorcade), pengurusan rusuhan awam, pengendalian ancaman bahan letupan serta tindakan balas terhadap serangan pengganas.



"Pasukan elit seperti Unit Tindakhas dan 69 Komando juga telah bersedia sepenuhnya untuk digerakkan pada bila-bila masa," katanya kepada Bernama.


Razarudin berkata meskipun tiada ancaman keselamatan dikesan setakat ini, PDRM tetap mengambil pendekatan berwaspada dengan merujuk kepada insiden-insiden yang pernah berlaku semasa persidangan antarabangsa sebelum ini.



"PDRM juga peka terhadap isu-isu politik dan keselamatan membabitkan negara-negara ASEAN serta rakan-rakan dialog ASEAN. Pemantauan rapi sentiasa dijalankan bagi mengenal pasti sebarang kemungkinan impak yang boleh menjejaskan keselamatan persidangan," katanya.


Sebagai sebahagian daripada pendekatan keselamatan menyeluruh, PDRM turut menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta agensi keselamatan swasta.


Razarudin berkata selain lokasi utama persidangan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, kontinjen PDRM di negeri-negeri terlibat dengan program sampingan seperti di Terengganu, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi turut diarahkan meningkatkan tahap kesiapsiagaan.


"Lazimnya, delegasi luar bukan sahaja menghadiri mesyuarat rasmi, malah turut melawat lokasi-lokasi pelancongan utama. Justeru, PDRM akan memastikan pemantauan keselamatan di kawasan tumpuan pelancong dan orang ramai berada di tahap tertinggi sepanjang tempoh persidangan," katanya. - BH ONLINE





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 12-5-2025 12:39 AM
Ramainya pegawai yg bertugas...
Quote wikedsaikel 12-5-2025 03:18 PM
Work from home ke idok? Harap MRT berjalan seperti biasa lah.
Quote Skuau 12-5-2025 08:43 PM
Ok..sumer pulis sana bizi..mari kita asing worang buat apa kita mau sini nigara....Bangla vole!
Quote totokreturn. 12-5-2025 09:01 PM
semua jalan ke klcc di katop ka?
Quote kemaruk 12-5-2025 09:18 PM
Nape la tak buat kat putrajaya ye

KL ni pusat perniagaan, kalau nak meeting antara pemimpin tu buat la dekat putrajaya

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2025 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.038165 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top