CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bella Astillah terima Anugerah Ikon Ibu Muda sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025

11-5-2025 10:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8931| Komen: 217|Original author: tatod

1000033040.jpg


KOTA KINABALU: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 31, menjadi penerima Anugerah Ikon Ibu Muda sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

Anugerah berbentuk sijil, selempang dan sejambak bunga itu disampaikan isteri kepada Yang di Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin dan disaksikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri dan isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabeela Awang Astillah ketika ditemui, berkata pada mulanya beliau berasa seperti tidak percaya apabila dimaklumkan menjadi penerima anugerah itu.

1000033042.jpg


"Pada awalnya, saya macam tidak percaya jadi saya tanya pada pengurusan, mereka mengatakan memang betul saya diberi anugerah (Ikon Ibu Muda). Saya cukup gembira dan ia perasaan yang tidak dapat digambarkan.

"Sudah tentu saya rasa lebih ramai yang layak (menerima anugerah itu) tapi mungkin ini rezeki saya dan juga anak-anak. Saya betul-betul 'speechles' (kehilangan kata-kata) dan mengharapkan semoga saya menjadi ibu yang baik selepas ini.

"Saya percaya saya pun pasti banyak kekurangan dan tidak sempurna sebagai seorang ibu, tapi dengan adanya penghargaan seperti ini, sudah tentu saya mahu buat yang terbaik untuk menjadi ibu terbaik.

"Semangat yang saya dapat untuk meneruskan kehidupan sebenarnya daripada anak-anak saya juga," katanya ketika ditemui, hari ini.


Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak itu turut berkongsi kepada golongan ibu muda khususnya ibu tunggal yang bekerjaya untuk sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama anak-anak.

"Mungkin saya belum berkelayakan sepenuhnya (untuk memberi nasihat) sebab saya pun (ibu) muda tapi sedikit sebanyak saya boleh berkongsi. Sejujurnya bila kita sudah menjadi seorang ibu, kita akan melebihkan anak-anak kita.

"Sebenarnya apa yang mereka perlukan adalah kasih sayang dan sebagai ibu seperti saya ini, di mana saya juga seorang bapa, saya mengutamakan masa kerana untuk anak-anak saya, kewangan bukan keutamaan kerana di usia kecil mereka ini, mereka perlukan 'bonding time'.

"Sebab itulah masa (ketika anak-anak masih kecil) macam ini sangat berharga. Apabila mereka membesar, mereka akan ingat di mana walaupun saya sibuk mencari rezeki tetapi mereka nampak kesungguhan ibu mereka untuk terus selit masa, menggembirakan dan meluangkan masa bersama mereka," katanya.



Sementara itu, Bella turut menyeru kepada semua golongan ibu muda untuk terus memberikan yang terbaik terutamanya kepada anak-anak.

"Kita harus sentiasa mara ke depan dan jangan terlalu memikirkan apa yang akan terjadi kerana itu bukan urusan kita. Kita hanya lalui proses ini dengan tawakal dan berlapang dada.

"Selepas itu, kita serahkan kepada Allah. Apa yang penting kita nikmati setiap detik buat masa ini, apa yang ada dengan kita, kita bersyukur... itu adalah kunci utama," katanya. - BH HARIAN



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SisLena 11-5-2025 03:39 PM
Seriously la. Ramai lagi ibu tunggal kat sabah nun. Geli betul aku kalo kerajaan pun nk spotlight mcm ni. Puihh
Quote KBW2 11-5-2025 03:40 PM
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Quote zehra2 11-5-2025 03:47 PM
lps ni boleh ler bertanding pilihanraya..
boleh jadik YB jugek,, heh
Quote Nozot 11-5-2025 03:48 PM
hmmmmm.. tang mana icon nya.. boleh eh do papar menda geletis dengan jantan tak kahwin lagi tu icon.. aduhai.. doonia.. doonia.. ramai lagi kot ibu tunggal yg layak dari bella nie..
Quote AmandaRollins 11-5-2025 03:48 PM
Seriously???????
Quote L.U.S.M 11-5-2025 03:49 PM
Ape??? Ibu sewel ni siap curang pastu dicurangi berbelas kali blh lg rujuk blk tup2 dpt award ibu terpaling?puikkkkkk

Byk lg ibu muda kat luar sana blh jadi role model

Bkn yang dok tergelek tergedik tergersang mengejar waibee mcm si jenab ni
Quote vender 11-5-2025 03:58 PM
International dah ke bella ni sampai tulis english kat ig?
Quote cha-cha 11-5-2025 04:03 PM
HAHAHAHAHAHH ADOIIIII
Quote TeropongThaico 11-5-2025 04:13 PM

Dasat... Dasat
Quote lolipopmanish 11-5-2025 04:18 PM
Macam ada yg tak kena je
Quote Aribaariba 11-5-2025 04:23 PM
Bagus la dia dpt anugerah tu. Ada la tu team yg nk tegur di suruh behave sebagai 'ibu'. Jgn dok kejar jantan dah..sbb tu bagi anugerah. Sebagai pressure  atau tekanan untuk di carry tittle tu dan lupakan kejar syed saddiq. Malu la ibu kejar jantan bujang
Quote cmf_premierleag 11-5-2025 04:24 PM
Maka aku yakin sgt bahawa org2 sabah mmg bodoh2 belaka.titik!
Quote SherryZass 11-5-2025 04:24 PM
Dalam pada sibuk-sibuk terkejarkan waibii boleh pulak dia dapat ikon ibu ya. Sibuk masak kat rumah anak orang lain, anak sendiri tak tahu dah makan ke belommm

Quote cmf_premierleag 11-5-2025 04:27 PM
Aribaariba replied at 11-5-2025 04:23 PM
Bagus la dia dpt anugerah tu. Ada la tu team yg nk tegur di suruh behave sebagai 'ibu'. Jgn dok keja ...

Ya...dr sudut lain, maybe ni TEGURAN buat bailah supaya sedar diri yg dia ni ada anak, so kene behave like seorang ibu
Bukan acah2 single lady yg blom penah kawen pastu bleh merenyam sana sini dgn jejantan.
so lps ni sblm bailah lupa yg dia ada anak2 kt umah, maka ingatlah ko pemah dpt award ni.
Cikgu Mahani nak ke cucu segera yg bukan dr keturunan syed?
Quote tidak_kelihatan 11-5-2025 04:31 PM
cmf_premierleag replied at 11-5-2025 04:24 PM
Maka aku yakin sgt bahawa org2 sabah mmg bodoh2 belaka.titik!

Hahahhaahahahhhhaha BETUL!!!!
Quote tidak_kelihatan 11-5-2025 04:33 PM
SherryZass replied at 11-5-2025 04:24 PM
Dalam pada sibuk-sibuk terkejarkan waibii boleh pulak dia dapat ikon ibu ya. Sibuk masak kat rumah a ...

Aku pernah Komen camni kat fb, yg membalas tu kata "tak semua benda kena tunjuk kat socmed" sekor lagi balas "anak bella tak suka makan pagi"

Ok sambung gelak
Quote black_handbag 11-5-2025 04:36 PM
Bengong ke apa org yg pilih dia ni? Dok terkinja2 dgn bf, dok masak rumah bf waktu raya, ini jadi ikon? Dah xde org lain ke sabah tu
Quote noor2 11-5-2025 04:36 PM
Cantiknya Bella dalam gambar tu...
Quote Skyline_84 11-5-2025 04:46 PM
membazir duit rkyat je keje siang malam byr tax..last2 g bagi kt babi tenuk ni..dh la anak tk bgi breakfast.ara makan pun si didi suapkn sementelah kemek dok mnggatai sebelah sadik..sama juga lpas branak,didi yg dodoikan baby kemek pula tgh main fon..

Lihat semua komen(217)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2025 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.066759 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top