CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak lekang bergaya walau bergelar ibu, 6 selebriti wanita serlah pesona tersendiri

11-5-2025 10:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1151| Komen: 10|Original author: tatod

1000033058.jpg



GELARAN ibu bukan sekadar simbol kasih sayang dan pengorbanan, tetapi juga lambang kekuatan wanita dalam mendepani pelbagai cabaran kehidupan.


Di sebalik jadual padat dan tanggungjawab membesarkan anak-anak, beberapa selebriti wanita tanah air tetap berjaya mengekalkan penampilan bergaya serta menjadi inspirasi ramai.


Enam selebriti wanita tempatan ini membuktikan bahawa keibuan dan penampilan bergaya boleh berjalan seiring.


Sempena Hari Ibu, Majoriti senaraikan selebriti bergelar ibu yang memikat dengan gaya tersendiri:




1. Neelofa


Figura fesyen sejak awal kemunculan, Noor Neelofa, 36, kini tampil lebih sopan dan elegan selepas berhijab.


Meskipun bergelar ibu kepada dua anak, beliau kekal menjadi ikon fesyen muslimah dengan gaya moden, minimalis dan mewah.


Dari jubah potongan eksklusif hingga padanan tudung yang anggun, penampilannya sentiasa menjadi inspirasi ramai.




2. Zahirah Macwilson


Aktres berdarah kacukan, Zahirah Mac Wilson, 35, sering tampil mempesona dengan gaya feminin dan chic.


Selepas menimang cahaya mata lelaki, Zahirah tidak hilang sentuhan gaya.


Penampilan kasual bersama anaknya atau sewaktu menghadiri acara glamor membuktikan bahawa beliau mampu mengekalkan pesona sebagai ikon fesyen.




3. Intan Najuwa


Biarpun lebih sinonim dengan watak manja di kaca televisyen, Datin Intan Najuwa, 28, kini melangkah ke fasa kehidupan sebagai ibu dengan penuh gaya.


Gaya fesyennya yang ringkas tetapi classy menjadikannya pilihan jenama fesyen antarabangsa.


Penampilannya sering memperlihatkan keseimbangan antara elegan dan selesa, sesuai untuk ibu muda moden.




4. Yaya Zahir


Dikenali dengan gaya edgy dan unik, Yaya Zahir, 34, membawa nafas segar dalam dunia fesyen ibu muda.


Sejak kelahiran anak sulungnya, penampilannya tetap berani daripada warna terang ke siluet luar kotak.


Yaya bijak memadankan busana yang luar biasa dengan elemen streetwear dan sentuhan high fashion, menjadikan setiap penampilannya menonjol.




5. Fazura


Elegan, sopan dan klasik, tiga kata yang sering dikaitkan dengan gaya Fazura.


Sebagai ibu kepada Nur Fatima Aisya, Fazura, 42, kekal aktif dalam dunia hiburan dan perniagaan, sambil menjaga imej sebagai selebriti yang penuh gaya.


Beliau juga dikenali dengan gaya tudung bawal yang digayakan secara ringkas tetapi kemas, menjadikan penampilannya sentiasa manis dan bersahaja.


Sama ada dalam busana kasual harian atau gaun elegan di karpet merah, beliau sentiasa tampil mempesona dengan sentuhan peribadi yang sederhana namun cukup memikat.




6. Mira Filzah


Pelakon dan pengacara, Mira Filzah, 32, terkenal dengan penampilan sopan dan manis.


Sejak menjadi ibu, Mira tetap mengekalkan gaya anggunnya yang feminin dan berjiwa muda.


Gaya tudung kemas, pilihan warna pastel dan fesyen mesra ibu menjadikannya contoh terbaik wanita moden yang bergaya tanpa berlebihan. — Majoriti



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 12-5-2025 12:23 AM
Mira bergaya ke? Rasa mcm biasa2 je. Msh la bergaya dr acik tp idok ler mcm selebriti yg ada dlm list ni
Quote belacan_gurl 12-5-2025 01:51 AM
Semua2 nama kat atas...aku paling suka intan najuwa....hahahaa...dia comel kecik geram je
Quote sleepandream 12-5-2025 09:11 AM
ikon fashion la konon... ujong2 hutang tak bayor... pi mengaji dulu tengok ayat paling panjang dalam alquran tu pasal apa
Quote anakpakmaun 12-5-2025 10:04 AM
selamat hari ibu kepada semua ibu2 di dunia..anda awesome!!
Quote Olumis 12-5-2025 04:00 PM
Dalam list ni ada tak ibu2 yang anak lebih dari 3? Btw, mira tu kalau jumpa irl sangat keding dan cengkung ye.
Quote kucingitam 12-5-2025 04:06 PM
cubalah tunjuk artis yang jaga anak sendiri takde pembantu2 ni.. mcm elmy nadia tu ke.. ni tunjuk yg ada pembantu, maid ramai 2-3 org nak belek si anak, memang la boleh bergaya.. yang jaga sendiri ni, tudung pun senget2, anak cekau..
Quote Missjass 13-5-2025 07:27 PM
Olumis replied at 12-5-2025 04:00 PM
Dalam list ni ada tak ibu2 yang anak lebih dari 3? Btw, mira tu kalau jumpa irl sangat keding dan ce ...


Takda, jahlop ngn ZM anak 2 yang lain semua anak sorang je
Quote makcun14 13-5-2025 07:31 PM
Olumis replied at 12-5-2025 04:00 PM
Dalam list ni ada tak ibu2 yang anak lebih dari 3? Btw, mira tu kalau jumpa irl sangat keding dan ce ...

yes cengkung. ada yang spekulasi she makan hati ngan tok laki
Quote Minami2013 13-5-2025 07:41 PM
Olumis replied at 12-5-2025 08:00 AM
Dalam list ni ada tak ibu2 yang anak lebih dari 3? Btw, mira tu kalau jumpa irl sangat keding dan ce ...

Kannnn.  At least 3 org baru la boleh nak kata hebat. Tapi dlm senarai ni rase nye yg layak zahirah je sbb anak 2 org dan dia mmg nmpak kemas cantik je. Jahlopa tu walau anak dua kdg nmpak kepam jugak bila berbungkus je.
Quote DARSITA 14-5-2025 06:50 AM

Dalam 6 orang ni kan .. fashion taste aii sama dgn Faz.

Aii suka baju ni mana nak beli ek?

Screenshot 2025-05-13 154825.png

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2025 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.038382 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top