CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua laporan gegaran di George Town susulan gempa bumi Sumatera

11-5-2025 10:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1249| Komen: 15

 


GEORGE TOWN – Penduduk Pulau Pinang turut merasai gegaran kecil susulan kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter di utara Sumatera, Indonesia, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan gegaran bangunan yang berlaku di dua lokasi di George Town, kira-kira pukul 5.15 petang tadi.

“Lokasi terbabit melibatkan bangunan pangsapuri di Taman Selatan, Jelutong dan di Hotel City Bayview. Pusat Gerakan Operasi Pulau Pinang menerima panggilan gegaran dan kerja-kerja pemantauan sedang dilakukan” katanya kepada Kosmo! di sini, sebentar tadi.

Terdahulu Kosmo! melaporkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia petang tadi susulan kejadian gempa bumi sederhana yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi Facebook, gempa bumi dengan kekuatan magnitud 5.9 itu berlaku pada pukul 4.57 petang dengan kedalaman 74 kilometer.


Di Pulau Pinang, antara lokasi yang terkesan gegaran adalah Batu Maung, Tanjung Tokong, Sungai Pinang dan Balik Pulau, sementara di Seberang Perai melibatkan Seberang Jaya, Bertam dan Nibong Tebal. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 12-5-2025 12:38 AM
iols tak rasa dan tak perasan, tapi ramai je yang rasa petang tadi
Quote sapeka 12-5-2025 12:59 AM
Takde kat penang
Quote dagusengett 12-5-2025 06:18 AM
I duk high rise tak perasan pulak
Quote L.U.S.M 12-5-2025 09:51 AM
Aku rasa siap 2kali goyang lg..this time paling lama aku pernah rasa
Pening gk la..huhu
Quote Decaffeinated 12-5-2025 01:57 PM
Orang Malaysia dah terlalu lama selesa. Bila selesa akan ada sedikit angkuh. Sesekali, peringatan dari alam sangat perlu.

Quote ^CUN_GILA~. 12-5-2025 02:33 PM
Edited by ^CUN_GILA~. at 12-5-2025 02:37 PM

1000047200.png [tiktok]7503113254286183688[/tiktok]
Quote Goodluckdontcry 12-5-2025 02:41 PM
Patutla smlm lps den solat asar..tgh baca2 sikit..den terasa mcm bergoyang..2 kali.. btl2 bergoyang..den ingt den vertigo ke apa..rupanya betul goyang sbb tempias gempa.bumi dekat indon sana..takut juga sbb selalu xdela.smp bergoyang bdn den...huhuhu
Quote orkid_amani 12-5-2025 04:16 PM
Bayan Lepas xrasa tp dekat Teluk Kumbar ada rasa gegaq mentua aii habaq.
Quote alesandra 12-5-2025 05:20 PM
Aku ada rasa  sikit smlm.. ingatkan mak aku tutup atau terhempas pintu sampai bergegar rumah
Quote mejaputih 12-5-2025 06:37 PM
^CUN_GILA~. replied at 12-5-2025 02:33 PM

Kuat juga goyang tu...
Quote mejaputih 12-5-2025 06:39 PM
Yg forumer2 ada rasa ni semua kat penang ke?
Quote white_musk 12-5-2025 07:45 PM
ramai juga forumer dari penang ye.
tapi gaya sembang masing2 macam duduk London
Quote BartholomewKuma 12-5-2025 08:26 PM
white_musk replied at 12-5-2025 07:45 PM
ramai juga forumer dari penang ye.
tapi gaya sembang masing2 macam duduk London

Masing2 malu nak habaq. Bila ada berita lagu ni kemain pakat2 nak kongsi sampai lupa depa dok mana selama ni dok sembang supa org keyel london apa bala
Quote kemaruk 12-5-2025 09:57 PM
Semoga penduduk penang bertaubat
Quote alesandra 12-5-2025 09:57 PM
mejaputih replied at 12-5-2025 06:39 PM
Yg forumer2 ada rasa ni semua kat penang ke?

Aku dok ipoh tapi lahir kt penang somehow rasa je gegar tu sikit

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2025 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.052363 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top