|
ISTERI kepada vokalis kumpulan Floor88 Ayie Elham berkongsi khabar gembira dirinya kini sedang hamil anak kedua. Menerusi hantaran di Instagram, Tasha Awie atau Nur Natasha Awi memuat naik foto kit ujian kehamilannya bersama sebiji kek bagi meraikan berita gembira tersebut. Katanya, dia dan suami teruja dapat berkongsi khabar itu selepas lama merahsiakannya. "Selepas berbulan-bulan menyimpannya antara kami, saya gembira akhirnya dapat berkongsi dengan anda semua. "Ya! Amanda (anak sulung) akan menjadi seorang kakak tak lama lagi," kongsinya. Dalam hantaran itu juga, Ayie dan Tasha terlihat teruja menyambut kedatangan anak kedua mereka. Mereka juga mengadakan majlis kecil yang untuk meraikan kegembiraan itu. Malah anak sulung mereka iaitu Nayla Amanda, 3, juga dilihat memegang foto imbasan yang memaparkan kadungan ibunya.
Pun begitu, pasangan ini tidak berkongsi lebih lanjut usia kandungan tersebut. Untuk rekod, Ayie mendirikan rumah tangga bersama Tasha pada 20 Oktober 2021. |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-6-2026 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.036030 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.