CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hati Yuna hancur tengok ibu gajah

13-5-2025 08:02 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 456| Komen: 0|Original author: Raline

1.png


Terkesan dengan insiden anak gajah mati dilanggar lori, penyanyi Yuna mengakui tidak mampu melihat video mahupun gambar yang melibatkan nahas berkenaan.

Kata Yuna atau nama lengkapnya Yunalis Mat Zara’ai, 39, tindakan ibu gajah setia menunggu anaknya yang sudah tidak bernyawa sangat meruntun emosinya.

“Saya tak sanggup lagi melihat gambar atau video gajah malang ini yang enggan beredar dari lori yang telah meragut nyawa anaknya.

“Video ibu gajah itu benar-benar membuatkan hati saya hancur hari ini (semalam),” katanya dalam Threads.


Pada masa sama, pelantun lagu Terukir Di Bintang itu mempersoalkan bagaimana cara terbaik untuk membantu hidupan liar hidup dengan lebih selamat.

“Kita perlu buat lebih baik, Malaysia. Apa yang boleh kita lakukan sebagai manusia untuk membantu menyelamatkan hidupan liar?

“Saya ada baca tentang wildlife corridors (koridor hidupan liar) dan sememangnya pembalakan dan penebangan hutan adalah puncanya.

“Tapi apa yang boleh kita lakukan sekarang untuk menyelamatkan hidupan liar Malaysia yang begitu indah dan berharga ini?,” soalnya.


Semalam, tular sebuah rakaman video memaparkan seekor gajah betina cuba menolak sebuah lori yang dipercayai melanggar anaknya di Jalan Raya Timur-Barat-Gerik-Jeli.

Video berdurasi lebih satu minit yang mengundang reaksi sebak orang ramai itu menunjukkan kemalangan membabitkan lori muatan ayam di mana anak gajah terbabit terperosok di bawah kenderaan terbabit.


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.496186 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top