CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Asyik kena kecam, Fattah kayu hampir nak putus asa berlakon

13-5-2025 08:02 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6653| Komen: 93|Original author: Raline

1.png


Pernah digelar ‘kayu’, pelakon Fattah Amin mengakui hampir berputus asa dalam dunia lakonan gara-gara dihujani pelbagai kecaman pada awal kemunculannya.

Ujar Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, persepsi negatif netizen sedikit sebanyak memberi tekanan hingga timbul keinginan untuk angkat kaki daripada dunia seni.

“Saya rasa di awal kemunculan saya dahulu memang rasa tertekan. Waktu zaman saya ‘kayu’ itu, orang boleh komen terus dekat media sosial.

“Kadang-kadang kita terbaca. Kita nak promosi drama, tapi terbaca pula orang cakap lakonan saya keras, tak menjadi. Ada juga yang kata tak pernah tengok pun saya berlakon, tapi dah kata kayu.

“Waktu itu saya fikir, mungkin inilah yang pertama dan terakhir berlakon. Rasa nak tarik diri daripada dunia lakonan,” ujarnya dalam audio siar Borak Selebriti Sinar bersama Dinar dan Falyq.


Pun begitu, pelakon filem Mat Kilau itu enggan menjadikan kritikan sebagai halangan, sebaliknya memilih untuk terus belajar dan membuktikan kemampuan diri.

Saya terima sahaja komen sebab kadang-kadang apa yang mereka cakap itu betul. Jadi saya cari jalan untuk perbaiki skil lakonan.

“Alhamdulillah, selepas beberapa projek, pengarah dan rakan seperjuangan mula nampak peningkatan. Daripada situlah saya teruskan dan tak pandang ke belakang,” kongsinya.

Duda satu anak itu turut mengakui tidak pernah menjejakkan kaki ke kelas lakonan, sebaliknya belajar melalui pengalaman di set penggambaran.


“Saya tak sempat pergi kelas masa itu. Bila habis satu tawaran, saya ambil yang lain. Saya banyak belajar dengan pelakon senior.

“Di set, saya banyak bertanya dan perhati. Sebab belajar lakonan bukan semestinya dalam kelas saja. Bila tengok pelakon lain jayakan watak, saya ambil sikit-sikit ilmu daripada mereka,” ujarnya.

Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular ke-32 (ABP32) itu kini dikenali sebagai antara aktor popular tanah air dan telah membintangi puluhan drama serta filem sejak 2011.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 12-5-2025 10:08 PM
Pasti penuh komen "peminat tegar" fattah


Quote amyfaha 12-5-2025 10:24 PM
Tetap kayu dan sentiasa kayu
Quote _kelly 12-5-2025 10:35 PM
jangan risau..awak masih kayu
Quote Dadooooo 13-5-2025 12:07 AM
sharlenetexas replied at 12-5-2025 10:08 PM
Pasti penuh komen "peminat tegar" fattah

Ala ala Fan in disguise
Quote Nurdianah 13-5-2025 01:12 AM
Dah knp muka he cam Budiey reporter tu pulak..
Quote pocongkiutss 13-5-2025 02:05 AM
Kayyy..kang kutuk lelebih anjing dia dtg cop meols walafake plak..yelah kau tak kayu
Quote miss_strangers 13-5-2025 06:05 AM
Kayu apenyer. Pelakon gred A aka papan atas skrg Attah ni. Bakal penerima award FFM utk filem kulit kacang kohkoh
Quote lightheaded67 13-5-2025 08:06 AM
Edited by lightheaded67 at 13-5-2025 08:17 AM

kerja lain pon sama je
org akan usik smpi nk benti

takat drop satu dua komen tu buat taktau je.
tp kalau org yg sama, drop komen/kutuk ulang2, bertahun2 harass? dats personal dan mesti ade motif
yela tak logik, smua org ade hidop masing2, tp hidop dia, tumpu pd kita? orait x orait
pastu jgn jujur sgt ckp psl kelemahan kite/bnde2 yg kite tak selesa

ni komen general ek, aku rasa smua org sama
akan ade sekor dua haters dlm kehidopan
cuma acik acik public figure, ramai lagi ler



[tiktok]7501434113665092906[/tiktok]

https://vm.tiktok.com/ZShaApAER/
Quote anakpakmaun 13-5-2025 08:20 AM
masih kayu dalam citer erma patimah keluarga
Quote asudau 13-5-2025 08:37 AM
dia tak kayu tak watak dia memaksanya menjadi kayu...gitu (done backup )
Quote HanabintiFaiz 13-5-2025 08:41 AM
Quote BoongaKertas 13-5-2025 08:52 AM
dia x kayu kalau dia berlakon jd diri dia meols rasa
Quote Sendawg 13-5-2025 09:09 AM
Always kayu. Tertengok drama dia dgn Fazura pun still kayu. Sumpah aku tak faham peminat taksub dia ni. Level Kpop
Quote ezacbee 13-5-2025 09:14 AM
Lemahnya..

AO sila bagi semangat kat abam. Dia kalau bercakap susah nak dengar.. Cam tenggelam suaranya.
Quote haruslah 13-5-2025 09:16 AM
asudau replied at 13-5-2025 08:37 AM
dia tak kayu tak watak dia memaksanya menjadi kayu...gitu (done backup )

Haha ni komen acik2 keluarga itu
Quote Kuin-Kepam 13-5-2025 09:55 AM
ezacbee replied at 13-5-2025 12:14 PM
Lemahnya..

AO sila bagi semangat kat abam. Dia kalau bercakap susah nak dengar.. Cam tenggelam suar ...

Lontaran tak jelas cam mengulum. Kena balajar dgn Nek Ogy
Quote epal_putih 13-5-2025 10:03 AM
Xpe
Bamtah leh jd modell
Quote sweetfasha 13-5-2025 10:09 AM
tetap kayu dulu kini dan selamanya..

mungkin dengan AO dia tak kayu sgt sbb selalu watak tershahshul
Quote boudinniA 13-5-2025 10:09 AM
Lainnya muka fattah dekat gambar atas sekali tu.

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.077189 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top