CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beg plastik muntah pun kena bayar, kos bersalin isteri Imran Aqil cecah RM35 ribu

13-5-2025 08:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5115| Komen: 65|Original author: Raline

1.png


Isteri Imran, Dahlia Rizal berkongsi jumlah kos rawatan yang dibelanjakannya sewaktu melahirkan anak sulung, Yusra di sebuah hospital swasta yang terletak di Damansara, Selangor.

Menerusi Instagram Story (IGs), Dahlia memaklumkan jumlah keseluruhan bagi kos rawatan bersalinnya adalah sebanyak RM35,000.

Hahah Imran terkejut mereka caj beg muntah, itu biasa sayang.



Untuk enam hari, kos menginap di sini adalah sebanyak RM2,000 satu malam jadi jumlahnya adalah RM12,000 untuk bilik sahaja.

Tetapi kalau dicampurkan jumlah untuk pembedahan sekali dengan ubat dan semuanya, menjadi RM35,000.

Dahlia berkongsi perkara tersebut selepas mendapat banyak pertanyaan daripada peminat menerusi hantaran mesej.

Dalam pada itu, Dahlia memaklumkan bahawa sudah mengumpul wang dan membuat persediaan bersama Imran sejak setahun yang lalu.

Dahlia juga meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diberikan Allah SWT ke atasnya dan Imran.


Alhamdulillah, saya sangat sarankan kalian untuk dapatkan rawatan di sini.

Memang dari tahun lepas lagi dah mula kumpul untuk bil hospital andai kata kecemasan macam ini terjadi.

Syukur kepada Allah sebab limpahkan kami rezeki yang cukup.

Kongsi pengalaman

Menerusi hantaran lain, pempengaruh berusia 24 tahun ini turut berkongsi pengalaman menariknya sepanjang mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Saya buat keputusan tepat pilih bilik ini selepas melahirkan anak sebab mereka sediakan satu bilik dengan katil serta meja yang selesa.

Macam dalam gambar, ini adalah untuk orang menjaga kita tidur dan siap ada ‘mini lounge’ di luar bilik.

Jururawat dan doktor-doktor pun baik saja.

Katil tak perlu cakaplah, empuk sangat.


Secara keseluruhan, harganya sedikit mahal tetapi sangat berbaloi.

Terdahulu, Dahlia selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara pembedahan pada Selasa.

Lebih bermakna cahaya mata sulung mereka lahir pada bulan sama dengan ibunya.

Untuk rekod, Imran dan Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023.

Sumber: OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 12-5-2025 10:15 PM
Ni kira bangga nk bgtau terpaling mahal ke apa?..artis ni terkenal ke? Pelakon? Penyanyi?
Quote doubleA 12-5-2025 10:28 PM
Ok jelah kalau mampu, kalau berhutang pun deme yg bayar bukan kita pilihan di tangan kita. Iols ok je siapa mampu dan nak beranak kt swasta. Iols pulak memilih gomen sebab iols percaya dengan segala cerewet dan kepakaran gomen, duit kita sukahati kita nak spend mana dan untuk apa
Quote anaktoyol 12-5-2025 10:40 PM
Edited by anaktoyol at 12-5-2025 10:44 PM



Quote CurangLagi 12-5-2025 10:58 PM
Kenapa bilik mcm sempit jak. Uhhh. Tp apa2pun tahniah. Walaupun...
Quote irvene 12-5-2025 10:58 PM
siannya baru merasa kaya.
Quote jihyomelly 12-5-2025 11:47 PM
ikut kemampuan memasing.,bukan kata gomen tak bagus,,private bagus.. terpulang pilihan masing2 asal jgn sampai bergolok gadai dek nak tunjuk terpaling private..ada je kenalan iols ambik personal loan 20k semata2 nak tunjuk terpaling mampu,.anak dah keluar hutang pun start bayar..berpada2 ikut kemampuan memasing
Quote SherryZass 13-5-2025 08:10 AM
jihyomelly replied at 12-5-2025 04:47 PM
ikut kemampuan memasing.,bukan kata gomen tak bagus,,private bagus.. terpulang pilihan masing2 asal  ...

Wau sanggup yachhh. Anak datang dengan hutang, tapi bukan salah anak, keinginan mak bapak :
Quote misszazaz 13-5-2025 08:42 AM
hhhmmmmm
Quote fifie_olin 13-5-2025 08:50 AM
knp smpi 6 hari..
smpi bepuloh k...agak2 nak tmbh anak lagi x
Quote mrsamz 13-5-2025 08:52 AM
6 hari 35k murah lah tu.. Sbb cover kos dua2  baby dengan mak
Quote scorpene 13-5-2025 08:54 AM
boleh guna insurance....xde hal
Quote jlo 13-5-2025 08:54 AM
mahal ya beranak skrang ..dulu sis beranak gleneagles ceaser  8800..sis ingat lagi 2001 masa tu
skang wasalammmm
Quote espri6006 13-5-2025 08:57 AM
irvene replied at 12-5-2025 10:58 PM
siannya baru merasa kaya.

Jahatnya kamu....
takpelah beliau baru nak merasa kekayaan, kekayaan itu tak datang sendiri tanpa berusaha awak.
Quote sleepandream 13-5-2025 09:01 AM
baguslah yang betul2 mampu bersalin private... takdela duit kerajaan habis kt golongan tak sepatutnya...
Quote sleepandream 13-5-2025 09:03 AM
scorpene replied at 13-5-2025 08:54 AM
boleh guna insurance....xde hal

mana ada insurance cover bersalin.. mcmtu bestla dah mengandung terus cari ejen insurans
Quote ardy 13-5-2025 10:46 AM
Edited by friedfishsoup at 14-5-2025 12:45 AM

Jijik sangat ya nk ngesek dengan bini orang. Huhuhu...
Quote meah_kelabu 13-5-2025 11:44 AM
so kpj damansara ke thompson ke sunway?
Quote evlinne 13-5-2025 11:51 AM
scorpene replied at 13-5-2025 08:54 AM
boleh guna insurance....xde hal

Kena mnc or glc yg cover pregnancy ok jela
Tpi insurans biasa xde yg cover pregnancy

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2025 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.077832 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top