CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makan tuan- Lelaki mati diserang singa peliharaan sendiri

14-5-2025 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3467| Komen: 30|Original author: Raline

1.png


BAGHDAD – Seorang lelaki mati diserang oleh seekor singa peliharaannya hanya beberapa hari selepas dia membeli binatang buas itu di Kufah, Iraq, lapor portal berita metro.co.uk semalam.

Aqil Fakhr al-Din, 50, diserang Khamis lalu sebelum haiwan itu membaham sebahagian besar badan lelaki berkenaan di rumahnya.

Dia telah bertahun-tahun memelihara singa dan haiwan liar lain di taman rumahnya.

Menurut sumber kepada akhbar Al-Ghad, singa tersebut menerkam al-Din dan menggigit leher serta dadanya ketika dia mendekati sangkar haiwan itu.

Jiran Al-Din mendengar jeritan lelaki itu dan cuba menyelamatkannya dan menembak mati singa itu dengan raifal AK-47.

Polis sedang menyiasat kejadian itu.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 13-5-2025 10:22 PM
Padan muka
Quote akies 13-5-2025 11:45 PM
Mmg dh ajal tp singa tu bukan pet ye.
Gile apa bela haiwan cam gitu di rumah.
Quote B40tastePosh 13-5-2025 11:53 PM
Sebelum bela fikir keperluan Singa tu contoh nak mengawan..

Orang kalau tak dapat mengawan pun boleh menggelupur naik baran lagikan haiwan.

Fikir fikir kan.
Quote plywood 14-5-2025 12:21 AM
silap besarlah jadikan singa yang dah besar (tak cerita asal usul singa) untuk jadi pet

klu pelihara dari bayi singat tu, singa tu mungkin boleh terima sebagai keluarga tetapi tetap bahaya dgn orang lain...
Quote matbad 14-5-2025 02:53 AM
B40tastePosh replied at 13-5-2025 11:53 PM
Sebelum bela fikir keperluan Singa tu contoh nak mengawan..

Orang kalau tak dapat mengawan pun bole ...

Bila sebut pasal ni kan aku ada kenalan chinese la bela anjing tp kesian la dia ikat sungguh2 hati..pstu dok cakap anjing tu jahat la ganas la..bila aku cakp dia nak mengawan,nak main jgk tu..dia boleh cakap anjing bukan tau mengawan ni..gila la xsangka la org yg bela anjing kucing ni tak ada kesedaran bab tu..cuba dorg sendiri tak dapat,mau menggelupur
Quote BoongaKertas 14-5-2025 09:25 AM
singa makan tuan. fuh! gila betul.
Quote mejaputih 14-5-2025 09:36 AM
Awat beli singa yg dah dewasa?
Quote KamikuP 14-5-2025 09:46 AM
PADAM MUKA
Quote Cayn 14-5-2025 10:22 AM
pak arab ni bela haiwan buas cam rimau, singa nak tunjuk byk duit & berkuasa. Yang aneh2 je
Quote seri_mawr 14-5-2025 10:26 AM
beli yang dah besar kot...klu anak2 tu mungkin la dia kenal tuan...
tp ni haiwan pemangsa kot...bukannya untuk di buat pet...
Quote acikonion 14-5-2025 10:56 AM
Ingat bela singa mcm bela kucing ke? Sama la mcm bela ular. Bela dr kecik dh besar mkn tuan
Quote adawiyah_hakim 14-5-2025 01:33 PM
takziah utk keduanya
Quote midori888 14-5-2025 01:47 PM
dah ajal kena makan dgn singa peliharaan sendiri...
Quote ujio 14-5-2025 02:04 PM
matbad replied at 13-5-2025 06:53 PM
Bila sebut pasal ni kan aku ada kenalan chinese la bela anjing tp kesian la dia ikat sungguh2 hati ...

Adoii kesian nyaa dog tu..
Kucing mengaruk pun tak menahan dgr…yaa mmg ada keperluan tu even for haiwan
Quote nisako 14-5-2025 03:12 PM
ape ke jadah bela haiwan tu nasib ko la
Quote awenda507 14-5-2025 05:48 PM
sendiri yg cari bala namanya ni
Quote ketambangkang 15-5-2025 07:52 AM
punye lah banyak haiwan jinak & manja, kenapa lah singa yg ko bela
Quote IzzahF 15-5-2025 08:15 AM
patut ko bela buaya sekali
Quote dani-rox 15-5-2025 08:39 AM

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2025 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.040895 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top