CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cukuplah, tak perlu rasa diri awak itu teraniaya – Nabila Huda

16-5-2025 08:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5380| Komen: 58|Original author: tatod

1000034969.jpg



Selamba menggelar ibu tirinya sebagai ‘perempuan itu’, aktres versatil, Nabila Huda, kembali menjadi bahan bualan hangat orang ramai.


Seolah menggambarkan kemelutnya dengan ibu tiri iaitu Nourish Hassan tidak ada penghujung cerita, Nabila sedar panggilan ‘Perempuan Itu’ tentunya tidak manis didengar dan dibaca oleh warganet.


Namun , dia menganggap setiap orang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tabir kehidupannya dengan keluarga.


Kata pelakon berusia 41 tahun ini, apa yang diluahkannya itu bukanlah sekadar emosi semata memandangkan konflik yang melibatkan mereka bukanlah perkara baharu.




Ia sudah wujud sejak dirinya masih kecil lagi. Namun sayangnya, ia tidak pernah betul-betul menemui jalan penyelesaian.


“Kalau boleh memang saya tak akan lagi bercakap mengenai hal ini kerana ia tidak mendatangkan hasil pun kepada saya.


“Saya fikir ini semua mengarut. Jadi saya tak perlu fikirkan apa-apa pun. Saya nak teruskan hidup sendiri sebab saya rasa saya ada kebahagiaan sendiri,”katanya.


Terselit sedikit getar dalam pengakuan, pelakon berjiwa besar ini bagaimanapun mengakui sudah penat menjadi seorang individu yang berdiam diri.


“Saya rasa dah cukup baik dah Nabila Huda ini. Iyalah, sudah berapa lama bukan?


“Orang selalu cakap, kenalah bermaafan, buang ego. Tapi ini sudah berapa kali dah? Sudahlah. Cukup. Kalau nak cakap pasal terluka hati, benda ini sudah lama.




“Saya pun sudah tidak merasa terluka sebab rasanya sudah lama sembuh.


“Namun masih ada pihak (merujuk kepada ibu tirinya) yang tidak berhenti mengungkit atau menyimbah garam ke luka lama itu,”katanya.


Meluahkan rasa hati yang telah lama terpendam, Nabila turut menyentuh mengenai perasaannya terhadap bapa tersayang, penyanyi rock, Datuk Amy Search.


“Sebenarnya kalau ikutkan, saya tak perlukan semua ini sebab saya memang bahagia dengan hidup saya.


“Cuma tentulah perasaan rindu seorang anak terhadap bapanya itu tidak boleh dibuang. Apabila orang tanya, saya jadi tersentuh. Saya tak jumpa papa saya dah setahun lebih.




“Apa yang terjadi dalam hidup saya, anda tidak lalui. Cuma saya nak cakap pada perempuan itu, cukuplah. Tak payah rasa diri awak itu mangsa, dianiaya atau difitnah. Tak perlu. Lebih baik awak berhenti sebelum banyak lagi perkara buruk berlaku,”katanya.


Jelas Nabila, hal ini diluahkannya kepada umum bukanlah kerana dahagakan perhatian orang atau dianggap mahu mencipta ‘drama’ murahan.


Sebaliknya kata pelakon filem Gayong dan Telaga Suriram ini, dia mengakui sudah tiba masanya untuk kembali bertegas dan bangkit daripada terus diinjak-injak oleh pihak tertentu yang tidak bersikap rasional.


“Buat apa saya nak cipta drama? Ini bukan slot Akasia atau Samarinda di kaca tv. Terus-terang, saya ini sangat bersyukur sebab ada sebuah keluarga yang tak ada drama bersama suami dan anak, Keysha.


“Kerjaya saya pun berjalan dengan lancar. Sebelum ini pun tak pernah nak buat drama pada sesiapa.


“Cuma apa yang saya lalui ini memang realiti. Saya okey saja. Saya tak ada apa-apa. Yang mana tahu, tahulah cerita di sebalik ‘tabir’,” ujarnya.




Dalam pada itu, Nabila memberi amaran kepada ibu tirinya untuk tidak meneruskan apa yang dilakukannya kini.


“Saya tahu semua rahsia awak. Saya tahu semua yang berlaku dan ada segala-galanya,” katanya dalam nada tegas.


Dalam masa sama, Nabila tidak menolak bahawa peluang untuk ‘perempuan itu’ memperbetulkan keadaan masih terbuka, selain menyeru Nourish membuang sikap negatif.


Ini kerana apa dimahukan adalah kasih sayang seorang bapa.


“Awak jangan risau, saya memang tiada niat untuk merampas harta papa (Amy) saya. Saya berdiri dengan diri sendiri dan tak perlukan semua itu.


“Saya cuma perlu untuk menumpang kasih seorang ayah sahaja. Kenapa susah untuk awak terima, berhentilah untuk cemburu, buanglah sikap busuk hati, kita ini hidup sementara sahaja,” ujarnya. - UTUSAN




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 15-5-2025 10:10 AM
Gulppppp
Quote Kuin-Kepam 15-5-2025 10:12 AM


Now, papa you pilih siapa?
Quote menjad 15-5-2025 10:28 AM
setakat cerita sebelah pihak susah ler nak percaya
Quote babycc 15-5-2025 10:44 AM
Kuin-Kepam replied at 15-5-2025 10:12 AM
Now, papa you pilih siapa?

dia ni kalau nak menang mesti nak kait papa dia..
Quote mrsLucky 15-5-2025 10:56 AM
Kuin-Kepam replied at 15-5-2025 10:12 AM
Now, papa you pilih siapa?

she lupa add duit di bank berkepuk dan rumah landed...she so hard working.. tak perlu harta baba...btw mak dia mana yah?
Quote dewi_rina 15-5-2025 10:56 AM
She ni over sangat!
Quote freyayong 15-5-2025 11:11 AM
Kuin-Kepam replied at 15-5-2025 10:12 AM
Now, papa you pilih siapa?

wpun ada semua ni... tp papa you tetap pilih dia..
Quote boudinniA 15-5-2025 11:19 AM
Ada sahaja masalah timbul antara nabila dengan ibu tiri sheols. Macam tiap-tiap tahun ada masalah.
Quote alesandra 15-5-2025 04:37 PM
aku tetap kesian kat abil neh..amy tu nasib baik je.bukannya bela sgt abil tu..stgh anak mmg berdendam,marah  kt parent mcm ni.tapi abil ni tetap harapkan kasih sayang kt papanya.amy neh takde otak ke pun?
Quote dua_chzy 15-5-2025 04:47 PM
Edited by dua_chzy at 15-5-2025 08:51 AM

Team Kupu2. Bodoh punya bapak buat anak begini. Go die Amy Search. Semua la anak kau, kau abaikan. Kecuali anak2 dengan Norish la kot. Ntah2 mati nanti Norish kaut semua harta kau, tak bagi pun dengan Abil. Lagi sekalik kau bapak tak guna, Suhaimi Abdul Rahman. You don't deserve Abil. Nasib baik la Abil tu IQ ngan EQ boleh tahan, walau tak sekolah tinggi masuk U tapi mampu survive, jadik artis, kumpul harta, despite membesar dalam family yang porak peranda. Bodoh la kau. Ada anak perempuan, nak bonding dengan kau, tapi dari dia kecik kau sebok menyundal, sebok bagi perhatian kat orang lain, abaikan anak kau. Ntah kau ada didik bebetul ka Abil tu, kasik duit untuk sekolah, hantar pi SAR, etc. Eh kau masa muda dulu enjoi enjoi enjoi je la keje kau! Tak kesian ke anak sendiri? Dah bau kubo pon dok lebihkan bini yang hampir sebaya la kan dengan Abil. Eeeeeeeee kalau kau bapak yang baik, takda Abil merempan seumur hidup nakkan perhatian kau, HOKEH?!!!
Quote Kuin-Kepam 15-5-2025 07:48 PM
freyayong replied at 15-5-2025 01:11 PM
wpun ada semua ni... tp papa you tetap pilih dia..

Mestilah..selagi bernapsu lelaki berpangkat atok skalipon tetap ada keinginan...tetap nak lobang.
Tak payah bertim tim bagai lah kan.
Esok theyols berbaik-baik papa she ttp Amy Search jgk k.
You ada apa?
Quote sukacactus 15-5-2025 07:50 PM
dua_chzy replied at 15-5-2025 04:47 PM
Team Kupu2. Bodoh punya bapak buat anak begini. Go die Amy Search. Semua la anak kau, kau abaikan. K ...

Yes! Setuju 100% teacher!
Quote belilies 15-5-2025 07:58 PM
dua_chzy replied at 15-5-2025 04:47 PM
Team Kupu2. Bodoh punya bapak buat anak begini. Go die Amy Search. Semua la anak kau, kau abaikan. K ...

Iols rasa, amy ni mati esok lusa memang gerenti kupu ni londeh semua pasal mak xander
Quote adeqbun 15-5-2025 08:01 PM
Ai xtau ujung pgkal kejadian..tp btolkah yg slh belah sana sbb yg duk mencanang sorg je pon..ke die yg hangsuang smpi ditegur mak tiru pasu meroyan..die kan xbole kene tegur
Quote immortallez 15-5-2025 08:05 PM
Walaupun Abil ni dari broken family dia tak ambik dadah tu dah kira baik ie tak merosakkan diri dia. Masa kecik rasanya dia duduk dengan nenek belah mak dia. Pastu masa mak dia kawin dengan lelaki Perancis, Abil pun ikut gi France tak silap iols.

Amy keje dia bersilih ganti kawin cerai. Anak dia dengan ex wife nama Lisa tu kat US kan. Pelik gak dah 1 tahun lebih tak dapat jumpa Papa dia. Mak tiri dia control ke apa? sebab iols baca banyak komen2 negatif kt tiktok pasal bini Amy. Amy takut sangat ke nak gi jumpa anak & cucu sendiri? Pelik...pelik...
Quote makcun14 15-5-2025 08:18 PM
hanya orang dari broken home je faham macam mana seksanya terpaksa berdepan ngan mak tiri dari neraka.bagi meols abil dah buktikan she mampu independent. takde masalah disiplin bekerja and
takde la berharap duit bapak.
patut mak tiri dah tua ni pikir kubur, pikir hidup tenang.  ni tak. asik nak berdrama je ngan anak tiri
sampai kubur ke.
Quote zuri154 15-5-2025 08:28 PM
Hubungan abil dgn adik2 dia yg anak nourish tu camne? Gaduh dgn mak tiri, takkan dgn adik beradik pun gaduh jgk.
Quote asfaz 15-5-2025 09:03 PM
Bapak kau lemah lembik sis..
Quote nano 15-5-2025 09:13 PM
satu je soklan nak tanya... adik perempuan she merangkap the only anak perempuan, perempuan itu... mana pegi eh?

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2025 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.038896 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top