CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Niat Saya Ikhlas Tapi Ada Yang Kata Gimik" - Noraniza Idris

16-5-2025 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1927| Komen: 20|Original author: tatod

1000034972.jpg



Dalam usaha menyebarkan rezeki dan berkongsi kebahagiaan bersama pelanggan setia, Che Ani Premium telah memperkenalkan inisiatif Golden Voucher yang diselitkan secara rawak di dalam pek Murukku Che Ani Premium.


Inisiatif ini dilakukan dengan niat ikhlas, tanpa sebarang paksaan untuk ditunjukkan kepada umum atau dijadikan bahan publisiti.


Menurut Pengasas Che Ani Premium, Noraniza Idris, beliau sendiri tidak berniat untuk membuat sebarang video menyerahkan wang tunai atau menunjukkan pemberian ini secara terbuka.




“Niat saya hanya ingin berkongsi rezeki dengan cara paling ikhlas. Tapi sayangnya, ada yang menuduh ini hanya gimik kerana mereka tidak menerima Golden Voucher tersebut,” jelasnya.


Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani turut meluahkan kekesalan dengan sikap segelintir pihak yang cepat berprasangka buruk.


“Dalam zaman serba moden ini, seolah-olah setiap kebaikan perlu ditayang untuk dipercayai. Sedangkan nilai keikhlasan itu lebih bermakna apabila ia dilakukan tanpa perlu diumumkan. Saya mohon agar tidak mempertikaikan niat baik ini hanya kerana tidak semua bertuah untuk menerima Golden Voucher,” tambahnya.




Sementara itu, pihak Che Ani Premium menegaskan bahawa proses penyertaan Golden Voucher ini dijalankan secara telus dan rawak. Rezeki itu datang tanpa diduga, dan nilai yang ingin disemai ialah semangat saling memberi tanpa mengharapkan balasan atau pengiktirafan.


Che Ani Premium amat menghargai sokongan berterusan daripada para pelanggan, dan berharap semua dapat terus menyebarkan kebaikan dengan hati yang terbuka, tanpa menuding jari atau menyalahkan takdir.


“Rezeki itu bukan pada apa yang kita nampak, tetapi pada keberkatan yang kita rasa.


"Bagi yang telah menerima Golden Voucher boleh terus berhubung dengan pengurusan Che Ani Premium dan transaksi akan terus dibuat," ujar wakil Che Ani Premium. - GEMPAK



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 15-5-2025 11:05 AM
mahal namampus yach kerepek nek ani
Quote Mary_jane 15-5-2025 12:21 PM
Golden voucher worth berapa rm?
Quote harkktuih 15-5-2025 01:58 PM
RM20 per 150gram...
Quote TabletSusu 15-5-2025 02:05 PM

mahal jgk ek. aku biasa tgk kat kedai mamak 1 balang rm12 muruku yang halus campur kacang tu
Quote lasagna 15-5-2025 02:07 PM
heythere123 replied at 15-5-2025 11:05 AM
mahal namampus yach kerepek nek ani

mahal tu berapa uols?
ikot gram/kg lah kan?
kerepek nk mahal2 tak faham lah..
Quote sleepandream 15-5-2025 03:07 PM
takde acikpor yg dah penah beli and rasa ke? nak jugak tau apa yg premium....
Quote heythere123 15-5-2025 04:22 PM
lasagna replied at 15-5-2025 02:07 PM
mahal tu berapa uols?
ikot gram/kg lah kan?
kerepek nk mahal2 tak faham lah..


RM8.90 untuk 75g. Ada berapa ketul je dalam tu.

ini meols check dekat tiktok la. Kadang mahal lagi pon boleh jadi sebab tiktok kan ada certain time dia ada promo
Quote slyfynx 15-5-2025 09:11 PM
Konon nk justify harga mahal yahudi dengan golden ticket tiru charlie and the chocolate factory.
Blah la
Quote cmf_premierleag 15-5-2025 09:27 PM
Amende baucer2 golden bagai nih? Beli maruku kerepek dpt baucer ke?
Baucer tu dpt apa? Cash? Rumah? Keter?..malas nk klik bideo tgk dia bercakao
Quote freesia71 16-5-2025 07:36 AM
Rengsa tul orang kalau nak menjual guna ayat berkongsi rezeki. Sama mcm penyanyi buat lagu or konsert pas tu cakap hadiah utk peminat.

Btw, sapa ada dgr podcast seram noraniza ni? Seram jugak la pengalaman dia masa  buag projek kat mini malaysia tu.
Quote Kekunci_Hitam 16-5-2025 08:01 AM
bila live jual kerepek ni maka diaorg pun krup krap krup krap tak henti2 makan depan penonton
Quote lasagna 16-5-2025 09:27 AM
heythere123 replied at 15-5-2025 04:22 PM
RM8.90 untuk 75g. Ada berapa ketul je dalam tu.

ini meols check dekat tiktok la. Kadang mahal la ...

ohhh wow.. 75g jer ke? alahaiii
ada baik beli yg jenis 1/2 kg - 1kg jer, jimat sket.
Quote cikatilia 16-5-2025 11:08 AM
tiber kau jual entah sedap entah idak mahal gila babs
yg betul2 sedap mur mur aje baik beli yg confirm sedap tu.
Quote heythere123 16-5-2025 11:31 AM
lasagna replied at 16-5-2025 09:27 AM
ohhh wow.. 75g jer ke? alahaiii
ada baik beli yg jenis 1/2 kg - 1kg jer, jimat sket.

haah, mahal kan untuk rege tu. Tapi nampak cam laku. Mungkin die hard fan nek ani pakat beli
Quote lasagna 16-5-2025 03:57 PM
heythere123 replied at 16-5-2025 11:31 AM
haah, mahal kan untuk rege tu. Tapi nampak cam laku. Mungkin die hard fan nek ani pakat beli

...atauuuuu peminat kerepek akan beli.
Quote KamikuP 16-5-2025 04:25 PM
freesia71: Rengsa tul orang kalau nak menjual guna ayat berkongsi rezeki. Sama mcm penyanyi buat lagu or konsert pas tu cakap hadiah utk peminat.Btw, sapa ada dg ...


Katne nak dengo cuolls? cerkabo..

Quote heythere123 16-5-2025 09:29 PM
lasagna replied at 16-5-2025 03:57 PM
...atauuuuu peminat kerepek akan beli.


kalau peminat kerepek patut lagi la takkan beli kaka, sebab tak berbaloi dengan rege
Quote sambaldurian 18-5-2025 08:47 AM
Klu pembeli tu introvert , xde kawan bnyk nk mintak tlg, sanggup dia lepaskan rm500 tu. Dh nk kena wat video lg, tag lg. Dlm ni ckp call je, tgk tiket tu kena buat video.
Quote imransulaiman 18-5-2025 06:16 PM
Ikhlas apa macam tu? Kalau bukan marketing strategy, bagi harga murah! Biar adil untuk semua. Ni bagi random vouchers...mesti mengharap orang beli pukal nak cuba nasib.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2025 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.049280 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top